1.
Khasiatnya yang kaya dengan antioksidan dan flavonoid turut berfungsi sebagai antikanser, selain diakui baik untuk meneutralkan radikal bebas yang bermaharajalela. Tetapi tahukah anda cara pengambilannya yang disyorkan?
Sejak zaman dahulu lagi buah-buahan sitrus sering digunakan untuk tujuan perubatan, khasnya dalam mengatasi mabuk laut dan merawat penyakit usus. Kandungan antioksidannya yang tinggi turut membuatkan ia sinonim untuk mengekalkan kecantikan wanita dan melambatkan penuaan.
3.
Bahkan kajian ke atas 69,000 orang wanita juga turut mendapati risiko strok dapat dikurangkan sehingga 10% bagi mereka yang mengamalkannya setiap hari.
Jus oren dan limau gedang kerap kali diambil bersama sarapan pagi. Manakala jus lemon dan limau nipis yang kaya dengan asid sitrik pula lazimnya dibancuh ke dalam minuman atau makanan untuk memberikan rasa masam semula jadi. Ia juga boleh diperah ke atas ikan mentah untuk menyingkirkan bau yang tidak menyenangkan.
4.
5 KHASIAT KESIHATAN
- Pengambilan buah-buahan sitrus dan vitamin C tidak dapat mencegah demam, namun dos vitamin C yang tinggi (sekitar 400-500mg) dapat mengurangkan simptom atau mempercepatkan proses penyembuhan.
- Buah oren, limau gedang, limau nipis dan lemon amat tinggi dengan kandungan flavonoid seperti ‘hesperidin’. Ia dapat meningkatkan kolesterol HDL yang baik dan merendahkan kolesterol LDL yang jahat serta trigliserida.
- Kaya dengan kandungan air dan serat semula jadi, buah-buahan sitrus dapat membantu mengenyangkan perut. Malah kajian oleh Journal of Medicinal Food Study 2006 juga menunjukkan bahawa amalan memakan setengah biji limau gedang segar sebelum makan dapat mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan yang dilakukan.
- Buah sitrus dan garam sama-sama berfungsi untuk menambah perisa. Justeru, elakkan menabur garam tetapi perahkan jus sitrus untuk menjadikan hidangan anda lebih sihat dan lazat.
- Limonoids merupakan sejenis antioksidan di dalam buah sitrus yang dapat membantu menentang ancaman kanser maut.
5.
INFUSI AIR LEMON
Pernahkah anda berkunjung ke restoran Itali yang menghidangkan air sejuk berlemon kepada pengunjung? Sebenarnya, infusi air lemon ini mengandungi khasiat tersendiri. Idea ini juga sebenarnya telah pun diamalkan dalam ilmu perubatan Ayurveda sejak lima ribu tahun yang lampau. Berikut di antara kebaikan minum air lemon pada waktu pagi.
- Air lemon dapat membantu penghadaman. Khasiat air suam yang baik untuk merangsang pergerakan usus (bowel movement) dengan beberapa keping hirisan lemon dapat mengaktifkan serta membersihkan organ hati.
- Amalan ini juga dapat mengalkalikan tubuh. Tubuh kita boleh menjadi terlampau berasid jika mengamalkan pemakanan atau gaya hidup yang tidak sihat. Lemon bersifat asid, mampu membantu mengalkalikan tubuh dan darah apabila diambil. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pH yang sihat.
- Sifatnya yang diuretik secara semula jadi dapat membantu tubuh menyingkirkan cecair dan toksin. Asid sitrik yang terkandung di dalamnya juga membantu fungsi buah pinggang serta penghasilan enzim untuk detoksifikasi.
- Paling baik, kandungan vitamin C pada lemon dapat mengekalkan kesihatan kulit serta bertindak sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang merosakkan kulit. Ia juga dapat menghasilkan kolagen untuk keanjalan kulit.
- Minum air lemon pada waktu pagi membantu tubuh membakar lemak dengan lebih efisien. Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan lancar untuk pengurusan berat badan.
2.
Cara membuat: Tuangkan air suam pada suhu bilik ke dalam gelas. Basuh sebiji lemon dan potong separuh. Buangkan bijinya dan perahkan jus daripada sebelah lemon tadi ke dalam gelas. Kacau dan minum. Anda juga memasukkan beberapa hirisan timun ke dalam gelas tadi untuk membantu proses penyingkiran toksin dalam badan.
6.