Biarpun namanya cukup tersohor, namun Fauziah Latiff atau mesra disapa Gee masih kekal dengan sifat mesra dan merendah diri. Mungkin itulah yang membuatkan nama Gee masih meniti di bibir peminat. Ada sahaja yang merindui kemunculan dan ramai sungguh yang menyenangi sikapnya.

IKLAN

Pentas nyanyian masih belum mahu ditinggalkan. Gee tetap aktif menerima undangan walaupun tanpa album baru. Malah, dia juga baru menubuhkan perniagaan studio iaitu Diastudio.broadway.

“Bermula akhir tahun lalu, saya memulakan Diastudio.broadway, kolaborasi bersama seorang family friend. It’s a small place, sesuai untuk sesi latihan tarian seperti Zumba, aerobik dan kini sedang digunakan untuk sebuah program. Sambil-sambil itu saya juga sedang mencari beberapa pilihan lagu untuk direkod,” katanya.

Kesibukan menguruskan studio juga membataskan waktu untuk Gee meneruskan obsesinya dalam aktiviti permotoran. Malah, dia juga terpaksa melupakan seketika hobi menyelam. “Jika berkelapangan, saya tetap dengan dua aktiviti ini, lebih-lebih lagi diving.

Pada usia begini, shopping bukan lagi keutamaan kerana I’ve been there and done that. Saya lebih banyak menghabiskan duit untuk diving. I am a water baby, sejak kecil lagi, dan lautan itu banyak memberi pengajaran kepada saya tentang kehidupan.

Apabila berada di tengah-tengah lautan, saya terasa sangat kerdil berbanding kebesaran Allah. Pernah sekali saya memerhatikan seekor anak ikan kecil yang cuba menyeberangi karang laut yang besar. Dengan rasa takut dan tidak yakin, si ikan tadi masih tidak berganjak, membuatkan saya terfikir lebih mendalam mengenai kehidupan. Mensyukuri setiap kelebihan diberikan Allah dan meneruskan perjuangan walaupun ditimpa ujian.

IKLAN

Begitulah saya meletakkan diri saya. Saya gembira kerana masih disayangi dan diingati peminat. Saya mencuba sebaik mungkin to give back to the society especially kepada peminat saya. I want to make them happy so that they can enjoy their life for what they have been through. Their smile is my smile. Itu yang saya ingin berikan semula kepada mereka,” akhiri Gee.

IKLAN

Baca kisah selanjutnya dalam majalah Nona edisi April 2019.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI