
Setiap kali tarikh 21 Disember tiba, pastinya ia menjadi memori indah buat Datin Anne Ngasri. Mana tidaknya, pada tarikh keramat itulah dia sah bergelar isteri kepada ahli politik Dato’ Mohd Sumali Reduan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, selebriti jelita berkenaan tidak ketinggalan menitipkan ucapan istimewa buat suami tercinta.
Menerusi perkongsian di media sosial, Datin Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri memuat naik video romantik yang didedikasikan khas kepada Dato’ Sumali. Ia memaparkan kenangan mereka berdua termasuk anak-anak sepanjang lebih sedekad melayari rumah tangga.
Datin Anne Ngasri Rai Anniversary Ke-13


21 Disember lalu genap 13 tahun usia perkahwinan Dato’ Sumali dan Datin Anne.
“Allahumma barik… 21/12 adalah tarikh penikahan saya dan Mohd Sumali. Pernikahan adalah ibadah terpanjang. Alhamdulillah dipertemukan Allah SWT dengan insan yang sangat baik budi serta peribadinya.
Semoga ibadah dan hubungan ini sentiasa sakinah mawaddah warahmah hingga ke Jannah. Terima kasih menjadi teman suka dan duka. Aamiin.”
View this post on Instagram
Hasil perkongsian hidup selama 13 tahun, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Suri Harraz dan Nefa Naura.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Datin Anne Ngasri turut mempunyai tiga orang anak iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afroza.
Sementara suami pula memiliki seorang anak iaitu Suffian Akim dalam perkahwinan pertama.


Datin Anne Ngasri Ke Bangkok, Beri Sokongan Buat Suami
Difahamkan usahawan ini turut meluangkan masa selama beberapa hari di Bangkok, Thailand sebagai memberi sokongan kepada pasukan sepak takraw negara yang beraksi dalam Sukan SEA 2025.
Apatah lagi, suaminya merupakan Presiden Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang dikatakan arkitek kebangkitan sepak takraw negara sehingga berjaya mengutip pingat emas di temasya sukan dwitahunan tersebut.

“Walaupun kesibukan hakiki di tanah air namun perjuangan demi Malaysia kami meluangkan seluruh masa tenaga 10 hari di Bangkok. SubhanAllah Maha Kuasa Allah kita beroleh kemenangan kedua pingat emas untuk Malaysia tercinta.
Tahniah buat adik-adik wira takraw negara. Tidak lupa ucapan setinggi tahniah buat Dato’ Sumali atas usaha keringat dan dedikasi yang diberi buat sepak takraw negara. Saya adalah saksi pengorbanan serta kasih dan sayang khas sepak takraw negara.
Ya! Arkitek Sepak Takraw sememangnya tepat sekali. Saya doakan semoga Allah SWT sentiasa merahmati usaha serta tanggungjawab yang tergalas dengan baik.”
Semoga rumah tangga Datin Anne Ngasri dan Dato’ Mohd Sumali sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Juga, melakar lebih banyak pencapaian membanggakan demi mencetus inspirasi dan semangat buat masyarakat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!





