Menyerlahkan citarasa yang moden ke dalam rekaan busana perkahwinan, pereka fesyen ini memberikan satu gambaran yang jelas kepada intuisi pengantin masa kini. Yang tidak mahu lagi terikat dengan potongan tradisi dan juga perincian klasik yang biasa-biasa. Sebaliknya ia adalah antara pilihan tiada perincian sarat langsung ataupun perincian dengan perletakan yang edgy dan futuristik.

Ads

Inspirasi Busana Pernikahan Moden Jenny Packham

Dalam sesetengah rekaan potongan pada alur dada lebih dalam dan menampakkan sisi penuh sensual. Jika diperhatikan kepada siluet busana secara keseluruhan jenama ini banyak bermain dengan potongan lurus, empire dan juga A-line.

Inspirasi Busana Pernikahan Moden Jenny Packham

Ia menerbitkan gaya old-hollywood glamour yang popular dengan penegasan gaya yang ringkas namun mewah. Menarik perhatian penulis adalah rekaan gaun labuh bertali spageti satin rona putih perak yang dipadankan bersama atasan yang dicorak dengan marik dan labuci bermotif grid. Ia cukup cool untuk digayakan saat resepsi percutian seperti di Bali atau Maldives.

Ads

Inspirasi Busana Pernikahan Moden Jenny Packham

Ads

Nilai fesyen eksentrik juga boleh dilihat pada sesetengah busana yang dihias dengan bulu burung, sekuin batu rubi serta ikan riben satin. Boleh penulis simpulkan yang pengantin Jenny Packham adalah wanita yang tidak dibelenggu gaya tertentu dan bebas dalam meneroka stailnya tersendiri.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI