Kuala Lumpur Fashion Week menjadi taruhan pereka-pereka tempatan dalam menampilkan idea masing-masing. Antara jenama popular yang menarik perhatian penulis adalah Arared. Jenama yang terkenal di kalangan wanita-wanita urban dan moden ini melangkah setapak lagi ke hadapan dengan penyertaan sulung mereka di KLFW.

Ads

Inspirasi GADIS Perancis ARARED. Rekaan Yang Cukup Feminin Di KLFW 2017

Mempertaruhkan koleksi musim spring/summer 2018, Arared menyuntik aura gadis perancis ke dalam 12 rekaan mereka. Daripada perincian tulle, draping, half-peplum, riben besar sehinggalah cetakan tulisan oui yang bermaksud ya dalam bahasa perancis, kesemua rekaan ini pastinya bakal menjadi kegilaan wanita yang berani bergaya.

Inspirasi GADIS Perancis ARARED. Rekaan Yang Cukup Feminin Di KLFW 2017

Ads

Dari segi pemilihan warna, Arared selesa bermain dengan warna pastel lembut yang sesuai digayakan ke apa jua acara. Boleh dikatakan, warna pastel sebenarnya memiliki aura timeless yang tidak akan lapuk dek zaman. Rekaan yang menarik perhatian penulis dari koleksi ini t-shirt bercetak Oui! yang diberikan sentuhan ropol pada penhujung lengan baju. Ia satu penyataan fesyen yang cukup elegan dalam gaya yang santai.

Ads

Melengkapkan setiap look yang dipersembahkan, sepatu dari jenama tempatan, Kulet menghiasi kaki setiap peragawati.

Inspirasi GADIS Perancis ARARED. Rekaan Yang Cukup Feminin Di KLFW 2017
Sepatu Kulet

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI