
Laksana sekuntum bunga yang mekar berkembang, manisnya menjadi pujaan sang kumbang.
Merafakkan syukur ke hadrat Ilahi, Nona turut bahagia menyaksikan temasya majlis pertunangan penyanyi terkenal, Shila Amzah dengan jejaka pilihannya, Haris Idraki, malam tadi.
Mengenakan persalinan dress merah jambu rekaan Azura Couture, riak wajah Shila yang dirias Arra Mazlan tampak berseri-seri ketika cincin pertunangan disarungkan ke jari manis.
Dijangkakan bakal memeterai ikatan nikah pada tahun depan, para peminat Shila turut berpeluang melihat bakal suaminya apabila mereka sempat merakamkan foto kenangan bersama.
Haris Idraki Elias, 28, kini dikhabarkan bertugas dalam di London dan pernah bergelar wartawan di sebuah syarikat akhbar berbahasa Inggeris, The Star, pada tahun 2015.


Selain tumpuan buat si dara perawan, perhatian Nona turut terusik dengan keindahan dekorasi pelamin bertemakan ‘Secret Garden’, hasil jemari kreatif Adidecor (Instagram @adiputra_decor). Gandingan orkid dan hydrangea menerbitkan momen romantis, oh indahnya bagai dalam taman!
Kalau tak percaya, jom tengok sendiri beberapa rakaman dekorasi yang cukup cantik ni. Menginspirasikan!







Akhir kata, tahniah jua buat kedua-dua belah ibu bapa yang bekerja keras untuk menjayakan majlis bersejarah ini. Semoga ukhuwah dan ikatan silaturahim yang terjalin kekal selamanya. Norzalina Mohd Alias
Penghargaan: Terima kasih G.i Photoshoot (Instagram @giphotoshoot_official) dan Kakifoto (Instagram @kakifoto_)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dulu Dipanggil ‘Penyakit Raja-Raja’ Tapi Kini Gout Derita Orang Muda & Foodie!

Membimbangkan, kalau dulu gout dianggap penyakit raja-raja kerana diet mewah tapi kini jadi derita orang muda dan foodie!
Gout bukan lagi hanya masalah orang tua, bahkan semakin ramai wanita muda terkesan dengan penyakit ni. Malaysia kini antara negara dengan kadar obesiti tertinggi di Asia dan ia memberi kesan besar pada peningkatan kes gout di kalangan rakyatnya.
Di Asia Tenggara sahaja, termasuk Malaysia, lebih 4.35 juta orang menghidap gout, dengan jumlah kes yang meningkat sebanyak 21% dari tahun 1990 hingga 2020.
“Ramai orang fikir gout ni masalah kecil, tapi sebenarnya ia boleh sebabkan komplikasi serius seperti penyakit buah pinggang, jangkitan dan masalah pergerakan kalau tak dirawat.
Dengan kes yang semakin meningkat, kesedaran dan tindakan awal sangat penting untuk elak masalah lebih teruk,” ujar pakar rheumatologi dan perubatan dalaman di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC), Dr. Lydia Pok Say Lee.

Gout adalah sejenis artritis radang yang disebabkan oleh asid urik berlebihan dalam darah, yang membawa kepada pembentukan kristal tajam di sendi, mencetuskan kesakitan yang amat sangat yang datang dengan tiba-tiba pada waktu malam atau awal pagi.
“Tanda utama serangan gout termasuk sakit sendi dan bengkak secara tiba-tiba tanpa kecederaan, terutamanya di ibu jari kaki, dan mungkin juga menjejaskan buku lali, lutut, siku, pergelangan tangan dan jari,” jelas Dr. Lydia.
Sendi yang terjejas menjadi merah, bengkak dan terasa suam, menjadikan pergerakan amat menyakitkan.
PENYAKIT RAJA-RAJA
Membimbangkan, kalau dulu gout dianggap penyakit raja-raja kerana diet mewah tapi kini jadi derita orang muda dan foodie!
Dikenali dalam sejarah sebagai ‘penyakit raja-raja’ kerana kaitannya dengan diet mewah, gout kini dihidapi oleh semua golongan sosioekonomi.

Dr. Lydia mengaitkan ini dengan tabiat pemakanan moden. “Peningkatan pengambilan makanan tinggi purin seperti daging merah, makanan laut, dan minuman keras meningkatkan paras asid urik, lantas menyebabkan keradangan.”
Golongan pencinta dan pengulas makanan, atau foodie, juga berisiko hidap gout. Anak muda yang gemar cafe hopping juga mesti berjaga-jaga sebelum merana masalah ini.
Obesiti juga merupakan salah satu faktor utama. “Malaysia mempunyai salah satu kadar obesiti tertinggi di Asia, dengan hampir 50% penduduk mengalami berat badan berlebihan. Berat badan berlebihan merosakkan fungsi buah pinggang, menjadikannya lebih sukar untuk menyingkirkan asid urik,” katanya.
Faktor penyumbang lain termasuk sindrom metabolik, hipertensi, diabetes, dan kolesterol tinggi. Genetik juga memainkan peranan. “Sejarah keluarga gout meningkatkan kemungkinan umtuk menghidap penyakit ini disebabkan oleh mutasi genetik yang mempengaruhi pemprosesan asid urik,” jelas Dr. Lydia.

MITOS
Mitos: Gout Hanya Menyerang Lelaki Pertengahan Umur
Fakta: Walaupun lelaki pertengahan umur berisiko lebih tinggi, wanita selepas menopaus dan kanak-kanak juga boleh menghidap gout.
Mitos: Diet Sahaja Menyebabkan Gout
Fakta: Walaupun makanan tinggi purin menyumbang, faktor lain seperti genetik, ubat-ubatan, dan kondisi kesihatan juga boleh menyebabkan gout.
Mitos: Gout Tidak Boleh Menyebabkan Komplikasi Serius
Fakta: Jika tidak dirawat, gout boleh menyebabkan kerosakan sendi kronik dan kehilangan mobiliti.
Mengabaikan gout boleh menyebabkan serangan yang lebih kerap dan teruk. “Jika tidak dirawat, pesakit yang pada mulanya mengalami serangan setiap beberapa bulan mungkin mula mengalaminya setiap minggu,” kata Dr. Lydia.
Apabila keadaan bertambah teruk, kesakitan meningkat, serangan berlarutan dengan lebih lama, dan pelbagai sendi mungkin terjejas. “Kes yang teruk boleh menyebabkan kemasukan ke hospital kerana sakit sendi yang melampau,” tambahnya.
Gout jangka panjang boleh menyebabkan pembentukan tophi—deposit asid urik yang mengeras di bawah kulit—yang menyebabkan ketidakselesaan dan kecacatan sendi. Lama kelamaan, deposit ini boleh merosakkan tisu sendi, menyebabkan masalah mobiliti yang kekal.
PENCEGAHAN
(1) Dapatkan Rawatan Perubatan
Kalau selalu kena serangan gout, jangan biarkan! Rawat dengan betul supaya paras asid urik turun dan cegah komplikasi.
(2) Jangan Takut Pada Ubat
Kadang-kadang orang bimbang tentang kesan sampingan ubat, tapi bincang je dengan doktor untuk susun pelan rawatan yang sesuai. Ubat-ubatan dan perubahan gaya hidup boleh kawal gout dengan berkesan.
(3) Amalkan Diet Seimbang
Makan dengan seimbang, kurangkan makanan tinggi purin dan pastikan dapatkan cukup nutrisi. Diet ni bukan saja bantu kawal gout, tapi juga turunkan risiko penyakit lain.
(4) Kekal Aktif
Jangan malas bergerak! Senaman ringan setiap hari boleh bantu kurangkan risiko gout dan pastikan badan sentiasa sihat.
(5) Capai Berat Badan Sihat
Berat badan yang ideal boleh bantu elakkan serangan gout. So, jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat untuk elakkan gout datang lagi.
Gout mungkin jarang mendapat perhatian, tetapi bagi mereka yang menghidapinya, kesakitannya jelas terasa. Dengan diagnosis awal, rawatan yang betul, dan penyesuaian gaya hidup, rakyat Malaysia boleh mencegah epidemik senyap ini daripada menjadi bertambah teruk. Untuk gout – kesedaran adalah kunci dan pencegahan sentiasa lebih baik daripada merawat.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/mindset-usahawan-yaana-lee-tak-sia-siakan-market-kini-jual-tiramisu-baju-raya-haji/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Rakan Sekolah Ejek Muka Saya & Tuang Susu Atas Baju” Emosinya Dengar Rintihan Mangsa Buli Ini!

“They make fun of my nose, they call me ugly. They say I don’t have friends!” Itu antara luahan mangsa buli, Keaton Jones kepada ibunya yang menyentuh hati ramai orang.
Seorang ibu dari Tennessee, Kimberly Jones, telah memuat naik video anak lelakinya, Keaton, yang menangis teresak-esak selepas dibuli dengan teruk. Video bertarikh 8 Disember tersebut telah ditonton sebanyak 17 juta kali oleh pengguna Facebook dan menarik perhatian ramai selebriti dan jaguh sukan Hollywood.
Kes buli merupakan suatu penyakit sosial yang bukan saja berlaku di negara kita, malah di seluruh pelosok dunia. Apa yang dialami oleh mangsa buli kebanyakannya bersifat emosi dan psikologi, antaranya perasaan rendah diri, sanggup mengasingkan diri daripada masyarakat, pemalu dan paling teruk sampai membunuh diri!

Dalam kes yang berlaku di Amerika Syarikat itu, luahan jujur Keaton berjaya membangkitkan kesedaran ‘memerangi pembuli’ yang sekian lama menghantui pelajar sepertinya. Banyak pihak terpanggil untuk melindungi Keaton dan bersimpati dengan keadaan dirinya selama ini.
Walaupun tidak mempunyai wajah yang normal, Keaton juga mempunyai sifat ingin tahu apa yang sebenarnya pembuli rasakan sewaktu mengejek dan mencaci insan sepertinya.
Video tersebut menunjukkan, Keaton Jones bertanya kepada ibunya, Kimberly Jones, mengapa dia sering dibuli dan apakah sebab dia dibuli, hodoh sangatkah hidung dan buruk sangatkah wajah saya?
Dalam keadaan menangis teresak-esak, Keaton terus bertanyakan kepada ibunya, “Mengapa ada yang berasa gembira apabila membuli kanak-kanak yang tidak bersalah? Perbuatan membuli itu tidak bagus,” katanya.
“Saya diejek kerana hidung saya dan mereka berkata saya mempunyai wajah yang hodoh. Mereka turut membaling roti dan menuang susu ke atas saya semasa waktu rehat di sekolah.
Manusia yang berbeza daripada normal seperti saya tidak sepatutnya dibuli, bukan salah kami dijadikan sebegini rupa. Kami sepatutnya tidak dikritik.
Saya berharap rakan-rakan lain yang dibuli seperti ini untuk terus bertahan. Jangan benarkan pembuli mengganggu anda. Saya pasti satu hari nanti, semuanya akan menjadi lebih baik,” katanya dalam keadaan penuh hiba menerusi video tersebut. Norzalina Mohd Alias

Sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kali Terakhir Jejak Kaki Di Tanah Suci 15 Tahun Lepas, ALIFF SYUKRI Terbuka Hati Tunai Haji Tahun Ini!

Musim haji tiba lagi, menyaksikan ramai selebriti, personaliti termasuk Agong dan Raja Permaisuri yang telah berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan rukun Islam ke lima itu.
Dan yang terkini, usahawan terkenal Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman apabila meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.

Menurut perkongsian yang dikongsikan di laman Instagramnya, Aliff Syukri mendedahkan ini merupakan kali pertama dirinya menjejakkan kaki di tanah suci selepas 15 tahun. Jelasnya, tahun ini baru hatinya terbuka untuk mengerjakan haji tanpa sebarang paksaan.
Malah Aliff Syukri turut berharap urusan hajinya dipermudahkan dan ibadahnya kali ini dapat menjadikannya seorang yang berguna kepada ibu bapa, keluarga serta para kenalan.
Mengerjakan haji bersama dengan anak lelaki sulungnya, Ammar Ahyyan dan ibunya, Rozita Ibrahim turut dikongsikan Aliff beberapa foto dirinya lengkap berpakaian jubah putih sambil sempat bergambar bersama keluarga, serta momen bersalaman dan berpeluikan dengan isteri Datin Shahida sebelum berangkat.

Aliff juga turut mengambil kesempatan untuk meminta maaf kepada pengikut sekiranya ada ketelanjuran bahasa sepanjang perkenalan dan meminta semua mendoakan dirinya menjadi seorang anak, suami dan ayah yang terbaik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut usahawan itu di Instagram mendoakan agar ibadah Aliff Syukri dan anaknya dipermudah dan berharap supaya mendapat haji yang mabrur.

***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


