
Sejuk perut ibu mengandung dapat melihat anak lelaki sulung menjadi imam solat. Perkongsian aktres cantik, Zahirah MacWilson di media sosialnya baru-baru ini mengenai permata hati kesayangan iaitu Isaac Raees nyata meraih perhatian warga maya. Terutamanya peminat setia bintang drama bersiri popular, Good Boys Go To Heaven berkenaan.
Isaac Raees Pimpin Solat

Dalam video pendek yang dimuat naik Zahirah, kelihatan Isaac memimpin solat berjemaah bersama dirinya dan Aiman Hakim. Walau baru berusia lima tahun namun kematangan Isaac menyentuh hati ramai pihak khususnya para ibu. Terang hati anak selebriti ini!
Berserta kapsyen, “Imam kecil” perkongsian suri hati kesayangan Aiman Hakim Ridza tersebut sehingga kini meraih lebih sejuta tontonan.
Malah ramai rakan-rakan artis dan peminat meluahkan rasa syukur dan teruja menyaksikan momen indah itu.
View this post on Instagram

Bagi yang mengikuti perkembangan pasangan suami isteri ini pasti terhibur dengan gelagat Isaac Raees. Bukan hanya kerana kecomelannya bahkan dia juga petah berbicara serta fasih cakap Melayu.
Meskipun ibu tersayang, Zahirah berketurunan British namun dia dan Aiman selesa mendidik anak sulung mereka berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.
Isaac Raees Buah Hati Zahirah & Aiman

Dilaporkan aktres jelita ini dibesarkan di Sheffield, London dan Perth, Australia. Zahirah turut mempunyai darah keturunan British dari sebelah bapa dan Melayu dari ibunya.
Sebagai anak kacukan pasti dia fasih berbahasa Inggeris namun Zahirah dan aktor kacak tersebut selesa cakap Melayu dengan anak lelaki sulung mereka.
Leka dibuatnya kalau tengok video-video Isaac yang dikongsikan Aiman dan Zahirah di media sosial mereka. Bukan saja bijak, Isaac juga seorang anak yang ceria dan suka senyum.

5 Januari lepas merupakan ulang tahun kelahiran kelima Isaac Raees.
Zahirah selamat melahirkan anak sulungnya ini pada tanggal 5 Januari 2021 di Perth, Australia.
Isteri kesayangan Aiman Hakim ini juga menimang cahaya mata kedua yang merupakan bayi perempuan. Puteri kesayangan Aiman dan Zahirah ini diberi nama Inara Raisa dan kini berusia dua tahun.
Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!





