Allahu, sememangnya setiap aturan Allah itu adalah yang terindah dan paling sempurna. Pada saat isteri Ajak Shiro diberi ujian tidak dapat masuk ke Raudhah, Dia Yang Maha Penyayang menggantikan rezeki tersebut kepada dua anak lelakinya untuk bersolat dan mendoakan ibu mereka di taman syurga idaman para muslimin dan muslimat.
Paling menggembirakan Ajak dan isterinya, Afifah Amin… rezeki yang diberikan Allah kepada kedua-dua anak mereka itu bukan sekadar mengerjakan solat di sana semata-mata. Bahkan berpeluang solat di saf paling hadapan sambil dikawal khas pasukan keselamatan yang berada di dalam Raudhah. MashaAllah, besar sungguh nikmat yang Allah berikan kepada keluarga ini. Tersentuh dan sebak menyaksikan ‘kemanisan’ itu, Ajak memuatnaik video anaknya di laman Instagram. Bukan niat untuk riak sebaliknya sebagai sumber semangat dan keyakinan bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
Kongsi pelawak, deejay radio dan juga pengacara terkenal ini, “Perancangan Allah sangat hebat. Allah gantikan rezeki ibu kepada anak-anak yang ibu lahirkan. Allah jemput dia berdua. Malaha diberi kawalan khas pada Jad dan Had. Tak perlu beratur, berpuluh ribu orang di belakang sana. Tapi ini rezeki kamu nak.
Sumpah takda benda lain yang lebih menggembirakan Baba. Kamu solat di Raudhah. Nikmatilah taman syurga yang dikurniakan di dunia ini. Allah Maha Besar… penentu rezeki seseorang.”
https://www.instagram.com/p/BvY8lgFnaGg/
Ads
Tiga anak penyeri rumah tangga Ajak dan Afifah
Berangkat ke Tanah Suci lima hari lalu, kunjungan Ajak dan isteri kali ini turut ditemani tiga anak mereka iaitu Mohamad Jad Thaqif (9 tahun), Mohamad Had Thaqif (6 tahun) dan Nada Soffea berusia 4 tahun. Lebih manis, ketiga-tiganya baru sahaj menyambut ulang tahun kelahiran masing-masing pada tarikh yang sama iaitu 25 Mac.
Hanya tiga hari berada di Mekah, isteri Ajak tidak mampu mengerjakan ibadah umrah dengan sempurna apabila dia diduga ‘datang bulan’. Dalam nada sedih, Afifah yang sudah lama memasang niat untuk solat di Raudhah meluahkan kesedihan kepada suami kerana terpaksa melupakan hasrat tersebut.
Kongsi Ajak, dia yang ketika itu mahu pergi sembahyang Subuh terkejut melihat kelibat isteri tercinta yang sedang menangis selepas usahanya untuk memasuki Raudhah sejak malam sebelumnya tidak kesampaian.
Ads
https://www.instagram.com/p/BvexXBNF01m/
Ads
“Dari sebelum Maghrib dia pergi sampailah jam 1 pagi. Tapi tak dapat. Bila dia nak cuba pagi ni, penyakit perempuan pulak datang. Ini kali kedua ibu dekat Madinah tapi rezekinya tertulis begini. Takpa sayang, inshaAllah… Raudhah ialah syurga dunia.
Awak menangis teresak-esak tak dapat masuk. Baba doakan Allah berikan syurga sebenar untuk ibu nanti. InshaAllah. Ibu pohon rezeki dengan Allah. Ada rezeki, Baba janji, Baba akan bawa ibu ke sini lagi. Aminnn…”
Semua yang berlaku atas ketentuan Allah dan sebagai hambaNya, yakin dan reda dengan takdir yang sudah tertulis. Pasti ada kemanisan yang Dia hadirkan buat mereka yang sabar.
Kredit: Instagram Ajak Shiro
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Power-couple Hollywood, Priyanka Chopra dan Nick Jonas akhirnya mendedahkan wajah anak perempuan mereka untuk tatapan umum selepas sekian lama menyembunyikan mukanya. Bintang siri televisyen Quantico itu dilihat tidak kekok mendukung anak perempuannya itu dengan penuh kasih sayang dan ramai teruja melihat kecomelan Malti.
(Kredit Foto: Getty/Shutter Images via @justjared)
Malti Marie Chopra membuat kemunculan sulungnya sewaktu ayahnya, Nick Jonas bersama dua ahli kumpulan The Jonas Brothers, Joe dan Kevin Jonas menerima ‘bintang’ mereka di acara Walk Of Fame bagi menghargai sumbangan kumpulan The Jonas Brothers dalam industri muzik Hollywood hampir dua dekad. Turut hadir ialah isteri kepada Joe Jonas, Sophie Turner, serta isteri Kevin, Daniella Jonas.
Ketika berucap di upacara tersebut, Nick Jonas sempat memberikan ucapan istimewa buat isteri kesayangannya. “Buat isteri saya, anda sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Kamu adalah anugerah terindah buat saya, dan saya gembira dapat menjalani kehidupan sebagai bapa kepada anak kita bersama kamu”.
Malti dalam bahasa Sanskrit membawa maksud ‘bunga kecil yang harum’ atau ‘cahaya bulan’. Pasangan popular tersebut berkahwin pada 1 Disember 2018 itu mengumumkan berita tentang kelahiran bayi mereka yang diperoleh menerusi kaedah ibu tumpang pada 15 Januari lalu. Difahamkan, ibu tumpang tersebut melahirkan bayi berkenaan di usia kandungan 27 minggu di Hospital Southern California.
Sophie Turner dan Priyanka bersama Malti. (Kredit Foto: Getty/Shutter Images via @justjared)
Priyanka dan Nick berkahwin pada 2018 dalam majlis gilang gemilang di India setelah dua tahun menjalinkan hubungan cinta. Semoga anak perempuan mereka membesar dengan sihat dan dapat membanggakan kedua ibu bapanya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Happy birthday, Amyra Rosli! 24 Ogos lepas genap 31 tahun umur isteri Amar Baharin ini. Pastinya kehidupan Amyra kini lebih bahagia kerana bukan hanya dikurniakan suami penyayang dan anak-anak bijak, malah kerjaya seni Amyra juga makin meningkat naik.
Bersempena ulang tahun kelahiran, Amar meraikan isteri tercinta secara sederhana bersama dua anak mereka. Daripada perkongsian video yang dimuat naik Amar di media sosial, kelihatan wajah terharu Amyra dengan sambutan tersebut.
Namun yang paling mencuri tumpuan dan menjadi bualan peminat ialah kek hari lahir yang dihadiahkan kepada Amyra. Mengamati salah satu kek berkenaan, kelihatan nasi lemak yang dibentuk menjadi kek dan dihiasi dengan hirisan timun, telur rebus, sambal dan taburan beberapa ekor udang di atasnya. Memang rare!
Dalam pada itu, Amar turut menitipkan ucapan romantis buat Amyra Rosli. “Selamat Hari Lahir Sayang, Amyra Rosli. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan di dunia dan di akhirat.”
Tak dinafikan sejak berkahwin dan berhijab, kerjaya seni Myra makin meningkat naik. Bermula dengan karier lakonan, selebriti cantik ini terus mengembang bakat bergelar duta dan diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai pengacara televisyen.
Amyra atau nama sebenarnya Nur Amirah Izzati Rosli seorang wanita yang sarat dengan naluri keibuan. Cara Myra melayan dan mendidik dua cahaya mata penuh dengan kelembutan.
Meskipun sudah beranak dua, bintang drama popular Nur ini cukup pandai menjaga penampilan diri. Mana tidaknya, dari zaman anak dara sampai sekarang maintain menawan.
Amyra Rosli mendirikan rumah tangga dengan pelakon Amar Baharin pada tanggal 11 November 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu anak lelaki Aqeef Anaqi dan anak perempuan Ayra Aryssa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2023 kepada 11 penuntut institut pengajian tinggi (IPT) di Istana Negara.
Enam penerima biasiswa ialah bagi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD), manakala lima di peringkat sarjana (penyelidikan).
Lima penerima akan melanjutkan pengajian di luar negara, manakala enam lagi telah dan akan melanjutkan pengajian di universiti penyelidikan dalam negara tahun ini.
BYDPA merupakan biasiswa berprestij negara yang diperkenalkan pada 2006 dan sehingga kini 18 sesi penawaran dilaksanakan merangkumi 198 penerima yang diberi penajaan untuk pengajian dalam bidang Ekonomi, Undang-undang, Sains dan Teknologi serta Kewangan Islam.
Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed dan Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jamalulail Abu Bakar.
Salah seorang penuntut yang terpilih, Thenesh dari Muar, Johor ketika ditemui Bernama berkata beliau menjunjung kasih atas penganugerahan biasiswa terulung itu dan menjadikan ia satu motivasi untuk kembali menyumbang kepada negara selepas tamat pengajian.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masih kekal berbisa dan tiada tandingan! Itulah ungkapan paling tepat yang boleh menggambarkan kehebatan persembahan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada...