Dalam kehidupan seharian, ada benarnya kata-kata pendakwah selebriti, usahawan dan dermawan Ustaz Ebit Lew ini tentang kenapa isteri selalu marah-marah. Terutamanya wanita berkerjaya yang perlu memikul beban tugas di pejabat, kemudian sambung pula tugas menguruskan keluarga di rumah.
Banyak kata-kata yang menyedarkan, teguran lembut dan renungan terbaik dari program Seminar Keluarga Sunnah anjuran Ustaz Ebit Lew baru-baru ini. Tapi dalam banyak-banyak ilmu yang disampaikan, ada satu perkara ini yang menyedarkan para peserta tentang keberkatan hubungan suami isteri.
Kata penceramah dan pakar motivasi terkenal itu dalam hantarannya, suami seharusnya memahami hati isteri yang selalu marah dan menjerit pada anak-anak.
“Seorang suami minta nasihat mengenai isterinya. Isterinya asyik marah anak-anak. Anak saya 3 orang ustaz. Isteri asyik marah dan jerit pada anak-anak. Terasa kasihan pada anak-anak. Terasa tiada hari anak-anak tak kena marah.
Kadang-kadang saya tengok isteri saya sayang yang kecil. Kakak sulung asyik kena marah jer. Semua salah kakak besar. Saya takut anak jadi trauma. Dia kalau menjerit atau marah saya rasa nak lari rumah. Kalau saya cuba pertahankan anak saya. Dengan saya-saya kena marah.” Ebit Lew
Sambung beliau lagi, tindakan si isteri yang kerap marah-marah itu mungkin berkait dengan hubungan suami isteri.
“Abang nak tahu tak Allah sayang abang. Bila saya dengar ketua keluarga ingin bertanya soalan begini tandanya dia seorang yang baik dan bertanggungjawab. Abang nak bantu dan selesaikan.
Sebenarnya selalu wanita tanya masalah suka cubit dan marah anak-anak. Bila saya dengar saya terus tanya ada bincang dengan suami… itu antara punca utama.
Abang nak tahu tak sebenarnya bukanlah kita nak salahkan sesiapa. Selalunya wanita yang selalu marah-marah anak dan tak boleh kawal emosinya kerana dia dahagakan perhatian dan cinta suaminya. Dia rindukan suaminya. Dia ingin suaminya bersamanya.
Isteri kita wanita yang Allah jadikan sensitif. Jiwa mereka lembut. Mereka dahagakan kasih sayang dan rasa kebersamaan dalam membuat segala urusan rumah tangga.
Wanita ini bila kita dah dapat hati dia. Semuanya akan jadi superb. Juta-juta kali lebih layanan dan kasih sayangnya kepada suami dan anak-anak. Bila dah terluka dan sakit semuanya berubah.
Kita perlu sedar. Dia bukan bibik kita. Dia bukan orang gaji kita. Mereka wanita yang kita nikahi maksudnya ingin kita cintai,sayangi, bimbing dan pembantu kita sehingga syurga Allah. Mereka bukan milik kita. Mereka amanah Allah.” Ebit Lew
KEBERSAMAAN
Antara tip bahagia yang boleh diambil daripada amalan Ustaz Ebit Lew sekeluarga ialah meluangkan masa bersama, walaupun sekejap. Amalkan:
- Bersolat jemaah.
- Adakan sesi majlis ilmu/ta’alim
- Makan bersama.
Dalam masa yang sama, doakan isteri dan anak-anak kita.
“Supaya anak rajin solat dan menjadi anak soleh, bacalah Surah Ibrahim ayat-40. Pasangan menjadi penyejuk mata dan pemimpin kepada kebaikan, baca surah Al-Furqan ayat-74. Supaya semua keluarga sentiasa bahagia dan dapat kebaikan hidayah, baca Al-Ahqaf ayat-15.”
******************************
Lazimi aktiviti kekeluargaan dengan sesi yang mendekatkan diri pada Tuhan. Boleh mulakan dengan koleksi buku-buku atau kitab motivasi dan Al-Quran yang menarik macam ni (klik sini), susun cantik-cantik di salah satu sudut di rumah dan baca sama-sama dengan anak isteri. Followers Nona boleh guna kod promo khas iaitu NONGSP5.
******************************
Sebab tu kata ulama, pintu agama sebuah keluarga ialah ayah. Pintu agama buat anak-anak ialah ibu.
“Jika kita membimbing isteri kita dengan Islam dengan cinta dan sayang, insyaAllah isteri kita akan bimbing anak-anak kita Islam dengan cinta dan sayang. Mereka dahagakan belaian dan kasih sayang.
Peluk mereka. Sayangi mereka. Lihatlah nanti mereka akan peluk dan sayang anak-anak.” Ebit Lew