Meniti usia 64 tahun, Senator Fuziah Salleh aktif melaksanakan tugasnya sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Pelantikan Senator Fuziah memegang jawatan Timbalan Menteri KPDN dibuat pada Disember 2022 dan bertugas bersama Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menerajui kementerian itu.
Bagaimanapun Menteri KPDN tersebut meninggal dunia pada 23 Julai lepas.
Menelusuri profil Senator Fuziah, terdahulu dia pernah menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) ketika pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan yang memenangi Pilihanraya Umum ke-14 pada tahun 2018.
Sebelum menjawat tugas Timbalan Menteri, Senator Fuziah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kuantan. Pun begitu, dia akur melepaskan jawatan tersebut selepas kalah pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.
Ads
Menyentuh latar belakang pemimpin wanita ini, Senator Fuziah genap berusia 64 tahun pada 13 Julai lepas. Dia dilahirkan di Johor namun membesar di Kuantan, Pahang.
Figura ini juga merupakan isteri kepada Profesor Dr Haji Russly Abdul Rahman. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan enam orang cahaya mata dan 13 orang cucu.
Seorang pelajar yang bijak, Senator Fuziah Salleh terpilih melanjutkan pelajaran ke United Kingdom (UK) pada tahun 1976 dan seorang kaunselor terlatih yang mempunyai kelayakan Profesional dalam bidang Kaunseling dari University of Reading, UK.
Ads
Selepas menimba pengalaman sebagai kaunselor, dia menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of Wales.
Ibu penyayang ini juga Juruperunding Latihan Bebas untuk syarikat multinational sebelum memenangi PRU12 pada tahun 2008. Sekaligus melayakkannya menyandang tugas sebagai Ahli Parlimen Kuantan.
Ads
Dia dilapor menceburi bidang politik pada tahun 1999 dan bergelar aktivis.
Antara sumbangan Senator Fuziah kepada masyarakat ialah kejayaannya menjadi salah seorang pengasas pusat perlindungan remaja putri, Raudhatus Sakinah pada tahun 1997 yang masih beroperasi sehingga kini.
Di musim perayaan ini, nikmati keindahan warna-warni warisan budaya dan kesenian Malaysia pada sambutan Aidilfitri di mana Pavillion REIT Malls membuka pintunya, mengalu-alukan kedatangan para pembeli bersama meraikan perayaan penuh kesyukuran dan kemaafan ini. Bersedialah untuk menghayati seni warisan sewaktu melawat Pavilion Kuala Lumpur, Intermark Mall, dan Da Men USJ di mana terletak hiasan dekorasi menakjubkan yang pasti menyerlahkan intipati budaya dan tradisi Malaysia yang unik.
Daripada dekorasi menawan di setiap pusat beli-belah, serta peluang merakam swafoto yang pasti mengamit kenangan, pelbagai aktiviti, promosi dan persembahan yang mengasyikkan, pastinya ada sesuatu yang menarik menanti anda di Pavilion REIT Malls. Ambil peluang ini dan bergembiralah bersama keluarga dan rakan taulan, di mana kempen ‘Raya Togetherness’ di Pavilion KL menampilkan gabungan tradisi dan moden, semangat keraian diserlahkan dengan ‘Rentak Irama Raya’ di Da Men USJ, dan hayati hasil kraf tenunan tradisional mengagumkan di ‘Weaving Raya’ hanya di Intermark Mall ‘.
Sama ada anda ingin menikmati suasana perayaan penuh keceriaan, memenuhi terapi membeli belah, atau sekadar ingin menghabiskan masa berkualiti bersama yang tersayang, Pavilion REIT Malls pasti menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat anda semua.
Pavilion Kuala Lumpur
Pavilion KL, destinasi membeli-belah utama Malaysia, meraikan musim Hari Raya kali ini dengan kempen ‘Raya Togetherness’. Sehingga 24 April, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti dan promosi menarik yang mempamerkan keindahan budaya tradisional dalam konteks kontemporari.
Pavilion KL bekerjasama dengan Yayasan Tuanku Nur Zahirah menampilkan rumah warisan berusia 150 tahun yang berfungsi sebagai penghubung antara warisan budaya tradisional dan dunia moden dan ianya diubahsuai menjadi rumah warisan moden menerusi hiasan batik di bahagian luar rumah dan pemetaan unjuran di dalam rumah.
Centre Court juga dihiasi dengan panel kaca berwarna yang menakjubkan dengan corak geometri yang diilhamkan dari seni bina Islam yang mencipta latar belakang Rumah Warisan tersebut. Para pengunjung turut dijemput menyelami warisan dengan demonstrasi seni tradisional seperti seni khat, pembuatan barang kemas, batik canting, ukiran kayu, tenunan dan songket.
Untuk orang ramai melakukan persiapan menyambut kedatangan Syawal, anda semua boleh mengunjungi ‘Raya Togetherness Marketplace’, yang menampilkan koleksi rekaan eksklusif daripada pereka-pereka tempatan seperti Jovian, Captain Batik, serta Pandora. Pengunjung juga dijemput mencuci mata di Artisan Malaysia Raya 2023 Pop-up di Tokyo Street Event Hall, Aras 6 dan melihat lebih dekat pelbagai hasil kraftangan.
Turut dianjurkan ialah persembahan penuh kemeriahan Gema Aidilfitri Bersama Taylor’s International School KL, The Rhythm of Eid with Clap and Tap Orchestra, dan Togetherness Cultural Dance oleh Suktra Terengganu. Bertempat di Crystal Fountain yang ikonik di pusat beli-belah itu, Coach turut menganjurkan pemasangan ‘Bespoke Raya’ yang pertama di Asia Tenggara, dengan bulan sabit, bintang dan tanglung yang bercahaya.
Pengunjung juga bakal mendapat ganjaran iaitu paket Raya eksklusif dan baucar Buka Puasa RM20 secara percuma. Pemegang kad Maybank bakal menerima set cawan dan piring Maxwell Williams percuma dengan RM1,000 dibelanjakan dalam satu resit, serta set kaca seni barok dengan setiap RM2,000 yang dibelanjakan.
Lebih menarik lagi, bagi meraikan ulang tahun ke-15 Pavilion KL, pengunjung yang membelanjakan RM8,000 akan mendapat baucar RM500 dalam pemberian khas selama sebulan dari 15 April hingga 15 Mei.
Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan promosi ‘Raya Togetherness’, layari pavilion-kl.com atau semak kemas kini nyata melalui Facebook, Instagram, atau hubungi Concierge Pavilion KL di 03 2118 8833.
Da Men USJ
Da Men USJ menceriakan suasana musim perayaan tahun ini dengan ‘Rentak Irama Raya’, menyambut Aidilfitri dan mempamerkan budaya tradisional Melayu melalui persembahan muzik yang menarik seperti gamelan berirama dan dikir barat yang rancak. Mulai 29 Mac hingga 21 Mei, jom sama-sama memeriahkan sambutan perayaan ini yang bertujuan menyatupadukan komuniti Subang sambil memupuk dan memelihara keindahan tradisi dan budaya Melayu.
Hiasan pusat beli-belah tahun ini mendapat inspirasi daripada kampung yang meriah yang dipenuhi dengan alat muzik tradisional Melayu, berlatarkan taman tropika yang subur dipenuhi dengan bunyi alam semula jadi yang menenangkan. Hiasan ini pasti memberi peluang yang sempurna kepada pembeli untuk merakam gambar OOTD Raya mereka.
Untuk menyemarakkan suasana perayaan, Da Men USJ akan mempersembahkan ‘The Longest Doodle In A Mall.’ Kerjasama Rentak Irama Raya dan Peace.Love.Design ini adalah aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga! Dengan kerjasama INTI College Subang Jaya, pengunjung boleh menyerlahkan sisi kreativiti mereka dengan lukisan bertemakan Malaysia pada 15 April mulai jam 11 pagi dan keatas.
Bagi menambahkan kemeriahan sambutan Syawal kali ini, VR Drumming Academy akan menampilkan persembahan gamelan dan dikir barat secara eksklusif pada 1, 8 dan 15 April jam 2 petang, manakala Global Art akan menganjurkan Bengkel Seni dan Kraf Raya pada 8 dan 15 April.
Ingin cabar keupayaan dan kemahiran anda? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Pertandingan Kompang yang paling dinanti-nantikan, dianjurkan oleh VR Drumming Academy, yang berlangsung pada 14 Mei dari jam 11 pagi dan keatas. Pertandingan ini terbuka kepada orang ramai dan menjanjikan persembahan bakat yang menarik. Dan jika anda seorang penggemar makanan, pastikan anda menyertai Pertandingan Makan Nasi Lemak! Untuk maklumat lanjut tentang acara ini, pastikan anda menyemak halaman media sosial kami. Jangan tunggu lama-lama – ayuh sertai kami dan penuhi hari anda dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan pasti mengujakan!
Dan jangan lupa: pengunjung juga akan diberi ganjaran apabila mereka berbelanja di Da Men USJ! Dengan setiap RM50 yang dibelanjakan dalam satu resit di seluruh pusat beli-belah, mereka akan menerima satu set paket Raya eksklusif, dan dengan setiap RM280 yang dibelanjakan di seluruh pusat membeli-belah (RM380 dengan resit Jaya Grocer), mereka akan menerima beg tote atau baucar beli-belah yang eksklusif.
Untuk maklumat lanjut tentang senarai aktiviti ‘Rentak Irama Raya’, layari damen-mall.com atau semak kemas kini nyata melalui Facebook, Instagram, atau hubungi Khidmat Pelanggan di 03 8021 0222.
Intermark Mall
‘Weaving Raya’ oleh Intermark Mall ialah sambutan meraikan warisan budaya Malaysia dan penghormatan kepada salah satu bentuk seni tradisional tertua di Malaysia. Pembeli boleh menyaksikan kecantikan anyaman dan kemeriahan Aidilfitri dengan persembahan tradisional dan aktiviti kebudayaan sehingga 30 April.
Berganding bahu dengan Puan Asmah Binti Ismail, seorang penganyam yang terkenal, Intermark Mall menganjurkan pameran eksklusif yang menampilkan ciptaan Puan Asmah yang nyata kompleks, mewakili warisan budaya dan tradisi seni kaya tenunan Malaysia. Pengunjung boleh mengagumi malah melihat reka bentuknya yang menakjubkan dengan lebih dekat, termasuk corak bunga yang rumit malah mengambil masa ratusan jam untuk disiapkan.
Selain itu, Intermark Mall bekerjasama dengan Taylor’s International School Kuala Lumpur untuk menganyam 1,000 ketupat, tujuan mengumpul dana untuk rumah anak yatim. Ketupat adalah lambang perpaduan dan kesyukuran dan biasanya digantung sebagai hiasan di sekitar rumah di Malaysia. Intermark Mall juga akan menyediakan bengkel menganyam ketupat percuma pada 31 Mac, 8, 14 April dan 20 April jam 12 tengah hari khas bagi pengunjung mendapatkan pengalaman untuk mempelajari seni kraf yang indah ini. Ketupat yang dianyam dalam tempoh ini akan diletakkan di lobi tingkat bawah sebagai hiasan, dan pembeli juga boleh membelinya dalam usaha menyokong inisiatif itu, di mana hasil pembelian tersebut akan disalurkan ke dana derma pusat beli-belah.
Selain itu, pengunjung boleh berhibur sambil menyaksikan persembahan tradisional seperti gamelan, kompang dan tarian tradisional Melayu pada 24 dan 30 Mac, 5 dan 13 April pada jam 1 tengah hari, di samping menyelami keindahan muzik dan tarian tradisional Melayu.
Pengunjung yang membelanjakan RM300 dan ke atas dalam satu resit boleh menebus set paket Raya edisi terhad, manakala mereka yang membelanjakan RM900 dan ke atas dalam satu resit boleh menebus bakul rotan hiasan dan set paket Raya edisi terhad. Setiap minggu, tiga pembeli belah terbanyak akan menerima hidangan berbuka puasa percuma untuk dua orang di Makan Kitchen DoubleTree KL, dan 10 pembeli belah terbanyak masing-masing akan dihadiahkan sebotol minyak wangi 50ml La vie est belle Flowers of Happiness daripada LANCOME!
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi ‘Weaving Raya’, layari intermark-mall.com, atau semak kemas kini nyata melalui Facebook, Instagram, atau hubungi Khidmat Pelanggan di 03 2166 8170.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Craft is one of my main interest: one that I’ve made central to LOEWE’s identity.”- JONATHAN.
Bagi mengukuhkan lagi komitmen terhadap seni kraf, tahun ini LOEWE Weaves berkolaborasi dengan Sotheby’s menerusi projek LOEWE Weaves Collection. Koleksi unik ini terdiri daripada beg kulit tenun, bakul dan aksesori. LOEWE Weaves meneroka hasil tenunan sebagai satu seni kraf dekorasi serta cara membina struktur.
Protagonis utama dalam koleksi ini ialah Chestnut roaster daripada Galicia yang merupakan periuk tanah liat buatan tangan. Antara keunikan, terdapatnya lubang-lubang yang ditebuk pada periuk. Lubang ini mempunyai fungsi tersendiri manakala rekaan teksturnya pula cukup ideal untuk teknik-teknik tenunan yang berbeza.
Untuk aksesori, LOEWE Weavers melebarkan lagi idea tenunannya kepada aksesori kulit dan raffia mewah dengan perincian artisanal seperti beg, gelang, tenunan serta knotted vase.
Sotheby’s mempamerkan koleksi 7 artist-embellished chestnut roasters yang dihiasi dengan teknik tenunan eksperimental oleh pakar seni kraf terkenal seperti Arko (Jepun), Min Chen (China) dan Laia Arqueros (Sepanyol). Periuk hasil tangan ciptaan tukang tembikar, Antonio Pereira turut diinterpretasi semula oleh ketiga tiga pakar seni kraf tadi. Ia akan dipamerkan bersama-sama karya Sotheby’s marquee May yang luar biasa dari seni Impressionist,Modern andContemporary Art di New York.
Pameran dibuka pada 1 Mei dengan menyaksikan beberapa karya seni paling luar biasa pada abad ke-20 dan 21. Ia akan dilelong oleh Sotheby’s pada 12 Mei iaitu ketika pameran berakhir. Karya seni ini akan dijual pada harga tetap di Sotheby’s Buy Now secara atas talian bermula 1 Mei sekaligus menjadikan LOEWE sebagai rumah fesyen mewah pertama yang bergabung secara eksklusif dengan platform tersebut serta terlibat sepenuhnya dalam setiap proses.
The LOEWE Weaves boleh diperolehi di stor-stor LOEWE dan loewe.com bermula pada 27 Mei 2021.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gaya hidup selebriti Indonesia ini memang ibarat kehidupan seorang puteri raja. Apa tidaknya selain mengenakan persalinan dan aksesori jenama mewah dari hujung rambut ke hujung kaki, selebriti kaya dan usahawan Syahrini juga kerap menaiki jet peribadi untuk bercuti ke luar negara!
Bukan calang-calang tempat pelancongan pula tu, kebanyakan destinasi percutian Syahrini adalah mahal dan eksklusif. Malah ada ketika juga dia dilihat menggunakan khidmat limosin mewah tatkala melawat ke negara asing.
Makin anggun sejak berhijab, penampilan Syahrini yang mengenakan jenama mewah antarabangsa dari hujung rambut ke hujung kaki sering raih perhatian.
Kebelakangan ini, penampilan selebriti kaya Syahrini yang mempunyai lebih 40 juta followers di Instagram mengundang persoalan dalam kalangan peminat.
Dilihat gemar mengenakan persalinan besar dan bergambar dengan menutup bahagian perut, peminat membuat spekulasi figura berkenaan sebenarnya sudah berbadan dua.
Akhirnya, 22 Mei Syahrini membuat pendedahan mengenai khabar tersebut beserta gambar terkini di samping suami tercinta, Reino Barack.
“Bismillahirrahmannirrahim, we made one wish, and it came true,” kongsi jelitawan berusia 42 tahun ini.
Difahamkan kandungan Syahrini sudah pun mencecah usia tujuh bulan. Sementara itu, Reino turut tidak ketinggalan mendedahkan berita gembira tersebut di laman sosial miliknya.
“Our greatest adventure is about to begin.”
Menerusi foto terkini itu, jelas kelihatan kandungan Syahrini yang kian membesar. Dia yang mengenakan dress putih tampil berseri-seri. Apatah lagi dijaga rapi dan ditatang bagai minyak yang penuh oleh suami tercinta yang segak dalam tuxedo kelabu.
Syahrini dan Reino sah bergelar suami isteri pada 27 Februari 2019. Lima tahun melayari alam rumah tangga, pasangan romantis ini tidak ubah seperti kekasih yang sedang hangat bercinta.
Meskipun sudah lima tahun majlis persandingan selebriti ini berlalu namun kegemilangan resepsi Syahrini dan Reino masih terpahat di ingatan peminat.
Mana tidaknya, busana perkahwinan Syahrini dihasilkan pereka fesyen bertaraf antarabangsa yang juga pereka ternama Indonesia, Sebastian Gunawan yang turut pernah menghasilkan busana selebriti Hollywood, Halle Berry.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.