
Daripada raut wajahnya sedikit pun tidak menggambarkan usia sebenar beliau. Tidak dinafikan, isteri kesayangan Raja Jordan ini persis seorang ratu cantik yang memukau pandangan. Kecantikan yang dimiliki membuatkan khalayak ingin memandangnya berkali-kali!
Dikenali sebagai Queen Rania, Rania Al Abdullah dilahirkan pada 31 Ogos 1970 dan merupakan graduan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari American University of Cairo pada tahun 1991 yang pernah berkhidmat di sektor perbankan dan teknologi sebelum berkahwin dengan anak lelaki sulung Raja Jordan, King Hussein iaitu Putera Abdullah Al Hussein pada 10 Jun 1993. Hasil perkahwinan selama 27 tahun, Queen Rania dan Putera Abdullah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Putera Hussein, Puteri Iman, Puteri Salma dan Putera Hashem.


Sebagai Ratu Jordan, Queen Rania dikenali di seluruh dunia bukan saja kerana kecantikan yang dimiliki bahkan jiwa penyayang beliau membela nasib golongan kurang bernasib baik terutamanya kanak-kanak dan wanita di Jordan. Selain itu, beliau juga dilihat sangat komited merapatkan jurang perbezaan kaum dan budaya di peringkat antarabangsa.
Tumpuan utama Queen Rania adalah pendidikan dan beliau percaya setiap kanak-kanak Jordan sama ada lelaki mahupun perempuan perlu diberikan hak pembelajaran sepenuhnya mengikut peredaran masa kini. Demi memastikan ia bukan sekadar cakap kosong, Queen Rania mewujudkan pelbagai inisiatif antaranya menerusi Jordan Education Initiative, Queen Rania Teachers Academy, Madrasati (atau bermaksud sekolah) dan Edraak yang bermaksud kesedaran.
Tidak cukup dengan itu, Queen Rania juga terlibat dengan United Nations Foundation dan World Economic Forum serta menjadi individu penting dalam UNICEF dan dilantik UN sebagai Panel Kehormat yang berperanan meningkatkan taraf kehidupan penduduk dunia menjelang tahun 2030.


Paling mengagumkan, kerana naluri keibuan yang menebal dalam diri Queen Rania berpeluang menghasilkan beberapa buku kanak-kanak yang berkisar pengalaman beliau
sewaktu kecil. Antara naskhah istimewa karya Queen Rania adalah The Sandwich Swap, Eternal Beauty, Maha of the Mountains dan The King’s Gift.
Memang terinspirasi dengan semangat dan jiwa besar Ratu Jordan ini. Malah, personaliti Queen Rania turut menjadi perhatian penggemar fesyen lantaran gaya dan cita rasa
menawan yang ditampilkan Queen Rania tatkala berada di khalayak. Tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau tidak ubah seperti supermodel yang cantik berjalan di karpet merah. Cukup memukau!
https://www.instagram.com/p/CCVXruhhGAa/

Disebabkan kecantikan, usaha murni dan peribadi menarik yang dimiliki, Queen Rania turut diberi julukan sebagai antara Personaliti Diraja Tercantik Di Dunia. Sebaris dengan kenamaan diraja terkenal seperti mendiang Lady Diana. Setiap kali muncul bertemu rakyat dan menghadiri majlis rasmi, kelibat Queen Rania pasti mencuri tumpuan. Apa sahaja busana yang dipakai nampak terletak kemas di tubuh langsingnya.
Terbaru, Queen Rania berkongsi foto terkini di samping dua puteri kesayangan. Daripada perkongsian tersebut jelas terserlah keanggunan ibu empat cahaya mata ini. Sekaligus membuktikan kedua-dua puterinya mewarisi kecantikan beliau dan suami!
Sumber: queenrania.jo
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!



Rambut bukan sahaja melindungi kulit kepala daripada terdedah kepada anasir luar seperti kotoran dan pencemaran malah boleh menyerlah penampilan seseorang. Namun, akibat stres, pengambilan makanan yang tidak berkhasiat, perubahan cuaca, penggunaan produk penjagaan rambut yang tidak sesuai merupakan punca masalah rambut.
Memang benar masalah rambut tidak menjejaskan keadaan fizikal tubuh tetapi boleh mencacatkan penampilan, menurunkan keyakinan diri dan prestasi kerjaya merosot. Oleh itu, sebaik-baiknya sebelum berlaku masalah rambut lebih baik mencegahnya dengan melakukan pemeriksaan rambut dan kulit kepala. Jika pemeriksaan kesihatan dilakukan setahun sekali, pemeriksaan kesihatan rambut begitu juga.
Kulit kepala manusia mempunyai kira-kira 100,000 hingga 150,000 folikel rambut. Biasanya kita akan keguguran lebih kurang 100 helai rambut setiap hari. Apabila usia kita meningkat, pertumbuhan rambut kita mula menjadi perlahan. Bagaimanapun, sekiranya kita sentiasa keguguran lebih daripada 100 helai rambut sehari, kita perlu mendapatkan khidmat pakar rambut.
Bagi mengenal pasti keadaan rambut sebaik-baiknya jalani pemeriksaan rambut atau kulit kepala enam bulan sekali atau sekurang-kurangnya setahun sekali. Memandangkan kulit kepala boleh menimbulkan masalah kulit atau dermatologi, kesihatan kulit kepala penting untuk kesihatan rambut.
Rambut Cepat Beruban
Masalah Kulit Kepala (contohnya kelemumur)
Rambut Gugur (bertompok-tompok)
Keguguran Rambut Yang Kronik












