Ads

Istiadat Pertabalan RAJA CHARLES III Bakal Dilangsungkan Pada 6 Mei 2023

Istiadat pertabalan Raja Charles III dijadual berlangsung pada 6 Mei tahun depan di Westminster Abbey, London, menurut perutusan Istana Buckingham.

Istiadat Pertabalan RAJA CHARLES III Bakal Dilangsungkan Pada 6 Mei 2023
Raja Charles III.

Istiadat Pertabalan RAJA CHARLES III Bakal Dilangsungkan Pada 6 Mei 2023Istiadat pertabalan itu dijadual berlangsung lapan bulan selepas kemangkatan baginda Ratu Elizabeth II, ketika berusia 96 tahun, lapor United Press International (UPI).

Charles akan ditabalkan sebagai raja, bersama isterinya Raja Permaisuri Camilla (Queen Consort).

Istiadat Pertabalan RAJA CHARLES III Bakal Dilangsungkan Pada 6 Mei 2023
Raja Charles III bersama isteri, Raja Permaisuri Camilla (Queen Consort).

Istiadat pertabalan itu akan diadakan di Westminster Abbey dan dikendalikan Ketua Biskop Canterbury Justin Welby.

Ads

“Istiadat ini telah mengekalkan struktur yang sama selama lebih seribu tahun, dan pertabalan tahun depan dijangka merangkumi elemen teras yang sama,” menurut perutusan istana.

Raja Charles akan menjalani upacara keagamaan sama seperti Ratu Elizabeth yang ditabalkan pada 2 Jun 1953, dan dikendalikan Ketua Biskop Canterbury di mana tradisi itu telah berlanjutan sejak pertabalan diraja 1066.

Ads
Istiadat Pertabalan RAJA CHARLES III Bakal Dilangsungkan Pada 6 Mei 2023
Kredit Foto: Reuters

Istiadat Pertabalan Raja Charles dijangka berlangsung lebih singkat berbanding Ratu Elizabeth yang berlangsung selama tiga jam, manakala jumlah tetamu yang hadir turut dihadkan.

Ads

Ratu Elizabeth, raja paling lama berkhidmat di Britain, mangkat di istana Balmoral di Scotland pada 8 September, tiga bulan selepas negara itu menyambut Jubli Platinum menandakan 70 tahun baginda menduduki takhta.

Istiadat Pertabalan RAJA CHARLES III Bakal Dilangsungkan Pada 6 Mei 2023Raja Charles merupakan putera sulung Ratu Elizabeth dengan mendiang Putera Philip, yang meninggal dunia tahun lalu.

Sumber: Bernama

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Nona Gala Awards 2026 Media Soiree

Pengiktirafan Wanita Sukses, Nona Gala Awards 2026 Media Soiree Rai Legasi...

14 Oktober 2026 melakar satu lagi sejarah buat Nona apabila buat julung-julung kalinya menganjurkan Nona Gala Awards 2026 Media Soiree. Lebih istimewa, majlis ini diadakan sempena 40 tahun penubuhan Nona yang komited meraikan dan mengangkat kisah inspirasi golongan wanita sukses di Malaysia.