Ads

“Ini Bos Next Level!” Bawa Staf Bercuti Ke Pulau Redang, HAIRUL AZREEN & HANIS ZALIKHA Raih Pujian Ramai

Setiap kali perkongsian kisah travel atau percutian pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang dipaparkan di media sosial, pastinya  sentiasa menjadi tumpuan peminat. Maklumlah, Hairul dan Hanis sering kali bercuti ke destinasi yang bukan ‘biasa-biasa’.

Baru-baru ini, pasangan dua sejoli itu sekali lagi menarik perhatian apabila mereka dilihat menempah sebuah pesawat untuk membawa kesemua kakitangan mereka bercuti ke sebuah pulau peranginan di Pantai Timur.

“Ini Bos Next Level!” Bawa Staf Bercuti Ke Pulau Redang, HAIRUL AZREEN & HANIS ZALIKHA Raih Pujian Ramai

Hairul dan Hanis dipercayai membawa rombongan tersebut ke Pulau Redang, Terengganu untuk bercuti selain menjalani penggambaran produk terbaharu keluaran syarikat mereka.

Ads

“Ini Bos Next Level!” Bawa Staf Bercuti Ke Pulau Redang, HAIRUL AZREEN & HANIS ZALIKHA Raih Pujian Ramai

Yang menariknya, Hairul memilih pengangkutan kapal terbang sebagai pengangkutan utama ke pulau peranginan itu. Menerusi video di TikTok, aktor berumur 34 tahun menyatakan pesawat itu dikhaskan untuk dirinya dan keluarga serta pekerja-pekerja.

@hairul_azreen881 flight untuk team Cakenis♬ original sound – Hairul Azreen

Ads

Difahamkan, mereka ke sana bagi menjalankan penggambaran untuk produk baharu keluaran Cakenis.

Menerusi video yang dikongsikan, ramai memuji sifat murah hati pasangan berkenaan yang tidak lokek menghabiskan bajet yang besar demi menghargai semua staf. Kagum melihat percutian mereka, ada dari kalangan wargamaya dengan nada bergurau mahu bekerja dengan pasangan itu demi merasai percutian mewah seperti itu.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Sebelum ini, Hairul dan Hanis pernah tular kerana berpeluang menikmati percutian atas kapal layar mewah milik jutawan Tan Sri Vincent Tan selepas dipelawa secara tidak sengaja ketika bercuti di pulau berkenaan.

Pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan dikurniakan Yusof Iskandar, 6, dan Alisa Aisyah, 3.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Puan Sri Tiara Jacquelina Tampil Bertenaga & Awet Muda

Debaran PGL The Musical, Puan Sri Tiara Jacquelina Tampil Bertenaga &...

Melihat susuk tubuh dan penampilan Puan Sri Tiara Jacquelina pasti ramai tidak menyangka selebriti ini sebenarnya sudah pun menginjak usia 59 tahun. Meskipun menghampiri usia 60 tahun namun Puan Sri Tiara seorang wanita aktif dan sentiasa berfikiran positif.