Ads

Isu Lambakan PEREKA FESYEN MUDA, Ini Nasihat Senior Dari Azura Couture Buat Mereka!

Jenama Azura Couture memang tidak asing lagi dan sering mendapat tempat di hati penggemar fesyen tanah air. Berpengalaman selama 14 tahun dalam industri fesyen, Azura Mazaruddin yang juga pemilik Azura Couture dikenali menerusi rekaan fesyen pengantin bercirikan moden kontemporari.

Tertubuhnya Azura Couture membuktikan bahawa wanita ini mampu pergi lebih jauh dalam dunia fesyen tempatan dan peringkat antarabangsa.

Menurut Azura, lambakan pereka muda masa kini merupakan sesuatu yang positif. Walau bagaimanapum, pereka-pereka muda ini haruslah peka dan bersedia dalam bidang yang mereka ceburi terutamanya mengenai kualiti produk yang dihasilkan.

Malah mereka juga harus mempunyai ketulenan di dalam setiap rekaan kerana sikap mengambil idea daripada pereka lain untuk menghasilkan sesebuah rekaan boleh menjejaskan karier mereka sebagai seorang pereka.

Isu Lambakan PEREKA FESYEN MUDA, Ini Nasihat Senior Dari Azura Couture Buat Mereka!

“Untuk bertahan lama di dalam industri fesyen, pereka seharusnya benar-benar bersedia daripada segi kewangan, kualiti, masa dan tenaga. Kualiti setiap rekaan juga harus dititik beratkan agar rekaan yang dihasilkan bakal menjadi kekuatan buat pereka tersebut, selain mahir dalam bidang yang diceburi untuk bergelar pereka fesyen yang berjaya.

Ads

Jangan sesekali menganggap yang anda seorang pereka fesyen hanya disebabkan anda mahir dalam menentukan pakaian yang akan dipakai. Sebaiknya, dalami dahulu bidang fesyen serta belajar untuk menjadi seorang pereka fesyen yang yang baik dan disegani,” ujar Azura.

Isu Lambakan PEREKA FESYEN MUDA, Ini Nasihat Senior Dari Azura Couture Buat Mereka!

Bagi penulis, setiap individu yang ingin menceburi bidang fesyen ini perlulah sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal. Apatah lagi zaman kini terlalu banyak persaingan antara pereka fesyen itu sendiri yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Ads

Paling penting adalah usaha berterusan dan bagaimana untuk mengekalkan kualiti dan bertahan di dalam industi fesyen Malaysia ini. Jangan mudah putus asa dan percayalah setiap usaha itu akan membuahkan hasil.

Jom lihat antara busana-busana rekaan Azura Couture ketika penulis bertemu beliau di butiknya yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Fadhli Ismail

Isu Lambakan PEREKA FESYEN MUDA, Ini Nasihat Senior Dari Azura Couture Buat Mereka!

Ads

Isu Lambakan PEREKA FESYEN MUDA, Ini Nasihat Senior Dari Azura Couture Buat Mereka!

Isu Lambakan PEREKA FESYEN MUDA, Ini Nasihat Senior Dari Azura Couture Buat Mereka!

Isu Lambakan PEREKA FESYEN MUDA, Ini Nasihat Senior Dari Azura Couture Buat Mereka!

Isu Lambakan PEREKA FESYEN MUDA, Ini Nasihat Senior Dari Azura Couture Buat Mereka!

Isu Lambakan PEREKA FESYEN MUDA, Ini Nasihat Senior Dari Azura Couture Buat Mereka!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Nona Gala Awards 2026 Media Soiree

Pengiktirafan Wanita Sukses, Nona Gala Awards 2026 Media Soiree Rai Legasi...

14 Oktober 2026 melakar satu lagi sejarah buat Nona apabila buat julung-julung kalinya menganjurkan Nona Gala Awards 2026 Media Soiree. Lebih istimewa, majlis ini diadakan sempena 40 tahun penubuhan Nona yang komited meraikan dan mengangkat kisah inspirasi golongan wanita sukses di Malaysia.