Mencuri masa ‘rehat’ pelakon dan pengacara terkenal, Mira Filzah yang masih bercuti selepas resepsi perkahwinan bersama Wan Emir menjadi kesempatan terbaik untuk mencungkil kisahnya. Siapa sangka, alumni jurusan peniagaan antarabangsa dari Universiti Teknologi Mara UiTM ini juga pernah menghadiri Dewi Remaja 2014/2015 namun tersingkir daripada terpilih menjadi 20 finalis Dewi Remaja. Melihat dari perspektif berbeza, Mira akhirnya melakar kejayaan tersendiri dalam dunia seni hiburan tanah air.

Jadi Influencer Kena Pandai Pilih Versi Positif Untuk Ditonjolkan, Jangan Hanya Niat Kerana Limelight ‘ Mira Filzah

IKLAN

Membawa diri dalam dunia hiburan bukan langkah mudah. Persediaan mental dan fizikal diperlukan kerana ranjaunya, tiada siapa dapat menduga. Bagi Mira, takdir yang membawanya kepada siapa dirinya kini. Dia sendiri tidak menyangka, niat menceburi bidang modeling telah mempertemukan dia dengan ‘jodoh’ bersama dunia seni lebih sembilan tahun lalu.

 

Pemenang Bintang Paling Popular yang pernah dirangkul tahun lalu ini kini dipilih sebagai Nona Influencer Award di Nona Superwoman Award 2020. Personaliti, kekuatan daya tarikan dan penampilannya membuatkan ramai melihat Mira sebagai calon terbaik untuk membawa gelaran Influencer. Mungkinlah influencer satu title yang sukar dibawa?

“Menjadi seorang influencer kini sudah menjadi perkara biasa malah ia menjadi pekerjaan yang boleh mendapat sumber pendapatan lumayan. Ramai yang mengambil ‘tugas’ ini secara serius. Apa yang saya nampak, ada yang memilih untuk menjadi influencer sebagai kerjaya dan mungkin juga kerana mereka sukakan limelight.

 

Ramai sangat yang berkebolehan untuk create sesuatu agar dikenali, dari segi kebolehan dan mungkin dikenali kerana melihat potensi untuk mempromosikan sesuatu. Jadi saya sendiri, label influencer itu diberikan kepada Mira dan ia menjadi satu tanggungjawab untuk memberikan contoh terbaik.

 

Memegang title ini berat sebenarnya kerana at the end of the day, ia akan berbalik kepada kita. Andai kita memilih untuk menonjolkan contoh negatif maka perkara itu akan diikuti orang lain. Kita sendiri yang akan terima kesannya. Semuanya bergantung kepada niat. Bila difikirkan, benda yang tak baik itu boleh mendatangkan dosa sedangkan kita sendiri tak boleh menilai dari mana dosa itu,”ujar Mira.

Jadi Influencer Kena Pandai Pilih Versi Positif Untuk Ditonjolkan, Jangan Hanya Niat Kerana Limelight ‘ Mira Filzah

Pada usia 27 tahun, butir bicaranya begitu matang. Dia tahu apa yang ingin diperkatakan malah petah dalam melontarkan satu penceritaan. Jarang sekali membaca kontroversi memalit Mira, apatah lagi gossip panas.

 

“Apabila menjadi artis, tentunya kita tahu apa sahaja yang kita lakukan diperhatikan. Sebelum berkahwin saya kawal content untuk tatapan media sosial. Apatah selepas berkahwin, lebih banyak privasi perlu dijaga. Posting berkaitan suami dan rumahtangga bukan sesuatu yang boleh kita suka-suka tayangkan kepada umum.

 

Saya banyak belajar dari pengalaman. Iyalah, masuk ke dunia seni tanpa sengaja, tak ada niat apalagi casting. Semuanya berlaku secara tiba-tiba dan saya jenis suka go with the flow. Kurang bercakap tapi lebih banyak observe, mungkin dari situ saya belajar gaya hidup orang, cara bekerja dan semua itu saya belajar sendiri. Nak kata ada pengalaman sendiri…No tapi pemerhatian yang mengubah diri menjadi matang. Saya biasanya mengambil pengajaran dari apa yang berlaku pada orang lain,” katanya.

 

IKLAN

 

Dalam kehidupan yang dilalui, sekelumit pun rasa menyesal tidak timbul. Dengan restu kedua ibu bapanya, Mira melewati tahun demi tahun dan membina tapak untuk namanya terus dikenali. Dari kerjaya sebagai model pelbagai jenama fesyen terkemuka tanah air kepada pelakon dan kini bergelar pengacara, Mira Filzah sangat bersyukur.

 

“Sewaktu kaki mula memijak dunia lakonan, tentulah mak dan abah tak bersetuju. Tapi anak nombor dua biasanya degil sikit. Saya tetap pujuk mereka untuk menerima jalan yang saya pilih. Asalkan terpacul perkataan ‘ok’ dari mereka, saya anggap mereka merestui kerana pada saya restu mak dan abah sangat penting. Kalau tak, memang apa yang saya lakukan tak menjadi.

 

Bagi saya, rezeki yang datang saya laksanakan sehabis baik. walaupun pernah kecewa kerana tidak terpilih dalam top 20 finalis Dewi Remaja, saya merasakan hikmah itu datang dalam bentuk lebih baik di masa hadapan. Saya bayangkan juga, sekiranya terpilih, perjalanan saya dalam dunia seni ini lebih lambat kerana berada dalam pertandingan.

IKLAN

 

Tetapi hikmahnya, saya mulakan langkah terlebih dahulu. Saya menerima tawaran berlakon drama bersiri. Di saat memenangi anugerah Artis Bintang Popular, saya terfikir…macam mana kalau saya terpilih menyertai Dewi Remaja? Mungkin ini bukan ‘laluan’ saya. Saya sangat percaya, hikmah Allah akan datang kemudian. Saya tak pernah regret pun dengan apa yang berlaku.

 

Alhamdulillah, hidup saya kini lebih bahagia. Jika ditanya pencapaian terbesar dalam kerjaya, tahun 2019 adalah tahun yang intense. Semuanya back to back. Banyak anugerah diterima tahun lalu seperti anugerah Bintang Paling Popular, Anugerah Meletop dan beberapa anugerah lain. It’s one of the peak career time.

 

Dan pencapaian dalam hidup pula adalah apabila saya membuat keputusan untuk berkahwin. Dalam masa sangat singkat, saya menerima lamaran Emir untuk menamatkan zaman bujang. Semuanya falls very nicely walaupun cepat. Ramai yang tanya, tak takut ke hilang populariti apabila sudah berkahwin kerana ketika itu kerjaya saya sedang memuncak.

 

Tapi bagi saya, sentiasa ada rezeki yang Allah sediakan untuk kita. Mindset saya sebelum kahwin pun, jika tidak ada rezeki dalam lakonan, saya terima dengan hati terbuka. Cabang bisnes pun masih kuat. Pernah juga saya terfikir untuk membuka label tudung sendiri tetapi kontrak bersama Ariani masih ada. Hampir empat tahun saya bersama Ariani, saya selesa kerana it feels like family. Selagi mereka masih menerima saya dalam keluarga Ariani, saya happy!

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI