Sekalung tahniah Nona ucapkan buat Datin Anne Ngasri atas pelantikannya sebagai Timbalan Pengerusi GiatMara! Pastinya penglibatan dan kejayaan wanita ini dalam bidang seni serta politik menjadi inspirasi buat ramai wanita.
Sekaligus mendapat perhatian pihak institusi latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada golongan belia berkenaan.
Pencapaian terbaharu ini dikongsikan Datin Anne atau nama sebenarnya Datin Naszriah Ngasri di media sosial miliknya.
Menerusi video yang dimuat naik, pelakon dan penerbit filem tersebut tampil ceria dan anggun dalam persalinan jubah biru ketika menghadiri Majlis Graduasi GiatMara Malaysia ke-36 Zon Timur.
Difahamkan istiadat konvokesyen itu berlangsung pada 20 September lepas bertempat di Duyong Marina & Resort, Terengganu.
Ads
Ibu berusia 39 tahun ini yang manis bertudung bawal rona pastel memberitahu, “Alhamdulillah menjadi sebahagian keluarga besar GIATMARA Malaysia. Kenangan indah bersama melakar sejarah di Majlis Konvensyen Graduasi GIATMARA Ke-36 Zon Pantai Timur 2023.
Syukur Ya Allah dan terima kasih pada yang selalu mendoakan saya, saya juga doakan semua dilindungi dan diberi yang terbaik sepanjang perjalanan yang mendatang.”
Lana Nodin juga seperti ibu yang lain tak sanggup melihat anak yang dikandung selama 9 bulan di dalam rahimnya menderita sakit. Demam panas pun hati dah tak keruan ini kan pula dikhabarkan menderita sakit jantung.
Kisah anak lelaki Lana Nodin yang jantungnya terhenti 10 minit ketika doktor membuat persediaan memulakan pembedahan membetulkan injap jantungnya di Institut Jantung Negara (IJN) bulan Februari lalu telah mengemparkan seluruh keluarga dan peminatnya.
Lana ceria setiap kali bercerita tentang bayi lelaki comel yang diberi nama William Daud McKienzie atau lebih mesra disapa Billy ini. “Saya lahirkan Billy secara pembedahan dan selepas 3 hari melahirkannya saya masih tak berpeluang nak jumpa.
Saya pun tertanya-tanya juga kenapa lama sangat nak dapat jumpa anak selepas lahir. Rupa-rupanya Billy mempunyai sedikit masalah di bahagian jantung,” kongsi Lana tentang Billy yang dikesan mengalami masalah injap jantung atau aortic stenosis sejak dilahirkan.
“Tapi sebelum tu saya ingin membetulkan kenyataan sebelum ini yang mengatakan jantung Billy terhenti selama 10 minit. Sebenarnya selepas melihat report penuh bukan 10 minit tapi 15 minit jantung Billy terhenti. Bayangkan keadaan saya apabila membaca report tersebut,” kongsi wanita yang berusia 39 tahun ini.
“Momen bila doktor keluar dari bilik pembedahan dan cakap operation dah berjaya, terus tak tahu nak cakap. Hanya Allah SWT saja yang tahu apa yang ada dalam hati saya ketika itu. Baru saya rasa bagaimana nikmat mendapat anak yang sempurna. Lahir sempurna cukup sifat tu lain, ini sempurna dari segi dalaman. Kalau ibu-ibu yang melahirkan anak tu dapat anak yang sihat dan sempurna syukurlah betul-betul.
Walaupun sudah 9 bulan kisah itu berlalu rupanya Lana masih lagi fobia dan sering terjaga malam dan akan memeriksa keadaan anaknya. “Walaupun pembedahan membetulkan injap jantung Billy sudah berjaya dan keadaan dia okay tapi saya masih lagi terbangun tengah-tengah malam, sikit-sikit tengok jantung dia, sikit-sikit pegang perut dia.
Membesarkan Billy saya menjadi extra careful berbanding membesarkan kakaknya Gia. Masa tu saya tak bagi orang jaga anak saya,” cerita Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin.
Bagaimana Lana mendapat kekuatan nak menghadapi situasi getir seperti itu? “Kalau nak cakap pasal kekuatan terus terang saya memang tak kuat. Masa mula-mula doktor bagitahu Billy mengidap aortic stenosis saya rebah dan stres.
Bila ada orang yang bertanya khabar saya langsung tak angkat telefon. Padahal ketika itu orang hanya bertanya khabar saya dah bersalin atau belum saja. Saya tak jawab langsung. Dalam kotak fikiran saya berpusing laju bertanya kenapa itu kenapa ini, apa puncanya. Kes yang berlaku kepada anak saya sangat rare dan biasanya ia hanya terjadi kepada orang dewasa.
Doktor beritahu ini bukan sebab pemakanan atau keturunan. Ini adalah kecacatan. Ada baby yang lahir dengan 6 jari, itu juga dipanggil kecacatan fizikal. Ada juga bayi yang lahir dengan kecacatan organ seperti Billy. Maknanya perkembangan bayi di dalam rahim tak develop habis, kita tak tahu. Itu semua adalah kuasa Allah SWT,” kata isteri kepada Mohd Daud McKienzie ini.
Menurut Lana, suaminya juga tak kuat ketika menghadapi situasi sukar ini. “Suami pun sedih ketika itu. Mulut tak berhenti berdoa kepada Allah SWT. Suami pula merupakan keturunan terakhir McKenzie yang lelaki. Dia tak ada adik-beradik lelaki.
Kalau saya tak ada anak lelaki bermakna suami adalah orang terakhir yang membawa surname MckKenzie ini. Bila dapat pula anak lelaki diuji dengan masalah kesihatan pula. Famili di Amerika pun turut bersedih,” kongsi Lana yang dikurniakan anak sulung, Gia Quinn McKienzie berusia 3 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru sebentar tadi penyanyi kesayangan ramai Datuk Seri Siti Nurhaliza memuat naik hantaran di Instagramnya detik sebelum pemergian suaminya, Datuk K ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji.
Video berdurasi lebih seminit itu memaparkan DS Siti Nurhaliza dan anak-anak memeluk Datuk K dengan penuh erat sambil disaksikan oleh beberapa ahli keluarga.
Kelihatan Aafiyah dan Afwaa sangat manja seolah-olah tidak mahu melepaskan pelukan terhadap bapa mereka itu. Lebih-lebih lagi Afwaa yang kelihatan terlalu sedih.
Sementara DS Siti Nurhaliza yang tampil polos tanpa secalit solekan serta menyarungkan jubah hitam turut memeluk dan bersalaman dengan suami tercintanya itu dengan penuh kasih sayang.
Tulis DS Siti Nurhaliza di ruangan kapsyen: –
“Ya Allah kurniakan lah Haji yang Mabrur buat suamiku, Makbulkan segala doanya serta beri perlindungan & kelancaran sepanjang perjalanannya menunaikan ibadah Haji .. Aamin ya rabb.”
Momen syahdu itu telah meraih tumpuan para peminat dan pengikutnya termasuklah rakan-rakan selebriti.
Ruangan komen turut dihujani dengan doa serta ucapan buat Datuk K atau nama penuhnya Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa.
“Semoga dipermudahkan segala urusan haji yg mabrur buat Dato K… amin ya Allah amin…”
“Aminn aminn..semoga mendapat haji yg mabrur”
“Alhamdulillah syukur dpt tunaikan haji..Semoga dipermudahkan urusan Dato K”
Semoga dimudahkan segala urusan Datuk K serta selamat pergi dan pulang. Didoakan juga agar Datuk K memperoleh haji yang mabrur.
Untuk info, DS Siti Nurhaliza dan Datuk K berkahwin pada 2006. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata yang sangat comel iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwaa.
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai rakyat jelata kita pasti akan tertanya-tanya apakah menu santapan harian Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Pada kita, pasti akan membayangkan baginda berdua sering bersantap di hotel mewah dan menikmati hidangan ‘bandar’ mahupun western sahaja setiap hari.
Tukang masak Istana Abdulaziz, Hasnah Koming yang kini berusia lewat 60an pernah mendedahkan kepada Bernama, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebenarnya peminat masakan Melayu dan gemar bersantap masakan yang disediakan di istana.
Hasnah juga mengakui Seri Paduka berdua tidak cerewet dalam memilih juadah santapan harian. Antara lauk yang biasa dihidangkan ialah Opor Pahang. Opor, sama ada menggunakan bahan utama ayam, daging atau burung adalah juadah kegemaran Sultan Abdullah selain ikan patin masak tempoyak, kari ikan dan ikan masak taucu.
“Tunku Azizah pula gemar bersantap masak kicap, asam pedas atau stew daging. Untuk sayur, kegemaran baginda berdua adalah petola tumis air, sayur campur goreng, sawi masak sos tiram dan kobis masak lemak.
“Ramai yang sukar percaya bila saya katakan juadah kegemaran Tuanku adalah lauk-pauk ringkas. Mereka beranggapan menu di Istana Abdulaziz istimewa setiap hari,” katanya.
Hasnah secara berseloroh mengakui beliau tidak pandai memasak juadah yang rumit kerana kemahiran yang ada padanya diperoleh secara ‘tidak rasmi’ selepas diterima masuk bekerja pada 1980 di Istana Abu Bakar, Pekan sebagai pembantu dapur.
Dari situ, Hasnah mula mempelajari selok-belok memasak daripada tukang masak sebelumnya, dan kini ‘tradisi’ itu diturunkan pula kepada pembantu dapur yang lebih muda.
SERASI DENGAN SELERA SERI PADUKA
Kerana sudah terlalu lama memasak, Hasnah yang digelar ‘Mak’ dalam kalangan kakitangan istana yang bersara pada 2015 dititahkan untuk kembali bekerja kerana air tangannya sudah serasi dengan selera Seri Paduka.
“Jika memasak untuk Sultan Abdullah, kepedasannya di tahap sederhana berbanding Tunku Azizah yang memang kuat (makan) pedas. Jadi, kita kena tahu bagaimana untuk menyeimbangkan rasa pedas supaya Tuanku berdua boleh bersantap hidangan yang sama,” katanya.
Hasnah yang mengakui kehebatan Tunku Azizah di dapur berkata baginda juga tidak pernah murka jika masakan hari itu ‘tidak menjadi’, sebaliknya akan menegur dengan lembut supaya kesilapan tersebut tidak berulang.
Tunku Azizah juga, menurut Hasnah, banyak menurunkan ilmu mengenai masakan Johor kepadanya selain tangkas di dapur termasuk semasa menyediakan hidangan dalam kuantiti yang besar untuk majlis di Istana.
Katanya, Sultan Abdullah amat menggemari ‘juadah rumah’ sehingga Seri Paduka lazimnya akan bersantap sebelum berangkat ke sesuatu majlis atau jika kesuntukan waktu, akan menjamah hidangan selepas pulang ke istana.
“Baginda juga tidak suka membazir. Jika pada sebelah malam saya memasak kari, kuahnya akan dipanaskan pada keesokan hari untuk Tuanku bersantap dengan roti canai atau capati,” katanya.
Menurut Hasnah, dapur istana mula beroperasi bagi santapan tengah hari kerana sarapan baginda sama ada nasi lemak, roti canai atau capati dibeli manakala kuih seperti karipap, jemput-jemput pisang dan kuih talam dijadikan pilihan minum petang.
BAWA BEKAL KE LUAR NEGARA
Berkongsi cerita, Hasnah berkata Sultan Abdullah lazimnya akan membawa ‘bekal’ jika ke luar negara terdiri daripada sambal bilis kacang dan rendang dendeng manakala Tunku Azizah gemar membawa acar buah.
Hasnah berkata sambal belacan resepi Tunku Azizah sering dijadikan buah tangan kepada rakan terdekat dan pembesar sama ada di dalam atau luar negara.
“Mereka yang sudah tahu mengenai sambal belacan ini pasti akan mencarinya jika datang ke Istana Abdulaziz. Biasanya kami pastikan stoknya setiasa ada di peti ais, di simpan dalam balang-balang kecil.
“Di sini, kami gelarkan sambal belacan itu sebagai sambal belacan dunia kerana telah berjalan ke pelbagai tempat. Malah ada masanya rakan-rakan Tunku Azizah akan bertanya jika stok mereka habis,” katanya.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datin Intan Najuwa terus mengembangkan empayar Dico Brew dengan membuka cawangan baharu walaupun sedang sarat hamil anak kedua. Semangatnya sebagai usahawan menjadi inspirasi wanita.