Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu bagaimana rasanya panic attack. Tak boleh dipandang mudah kerana ia boleh berlaku secara mengejut.
Baru-baru ini, pelakon dan usahawan terkenal Mawar Rashid yang juga Dewi Favourite (Dewi Remaja 2014/2015) diserang panic attack di majlis pelancaran produk terbaharunya Mawarose dan buka puasa bersama media.
Sewaktu naik ke pentas untuk memberi kata-kata aluan bersama suaminya, Raf Yaakob, secara tiba-tiba Mawar merasa terganggu lalu dilihat mengalirkan air mata sebelum ditenangkan oleh suami.
Setelah Mawar ke tepi pentas bagi menenangkan diri, Raf meneruskan acara dengan sesi pengenalan.
Raf turut memberitahu kepada wakil media, panic attack boleh terjadi kepada sesiapa saja tanpa mengira tempat atau masa seperti yang mereka saksikan itu.
Ads
Hari ini, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memuat naik satu hantaran di akaun Instagramnya berkongsi perkembangan terkininya dan kesan selepas diserang panic attack.
“My life now, 3 days after event. Masih lagi recovery dari panic attack hari tu. Pastu tengah demam juga sebab jangkit dengan anak-anak.
“Rafael demam dah 5 hari. Dr bagi antibiotic yang lebih kuat sebab demam lama sangat, dah check demam sebab bacterial infection.
“But alhamdulillah Rafael & Cinta dah tak demam. Cuma tengah nak abiskan antibiotic now.”
Ads
Kata Mawar, dia kini sering merasa penat dan tidak produktif untuk bekerja seperti selalu.
“Honestly after kene panic attack, ambil masa untuk recovery. Sampai hari ni pun masih lagi kuatkan diri untuk lawan.
“Jadi penat, tak boleh bangun, dah 2 hari Mawar jadi mengantuk, duk tidur je. Tido bangun tido bangun. Badan tu rasa melekat je kat katil.
“Rasa tak boleh buat kerja. Otak tak rasa productive seperti sedia kala.”
Mawar turut meluahkan, dia bersimpati dengan mereka yang senasib sepertinya sambil memberi kata-kata semangat.
“Kesiannya sesiapa yang struggle macam Mawar. Korang pun ada rasa macam Mawar ke? Take care tau korang. We can get through this. We just need time & support.”
Ads
Semoga Mawar sihat sepenuhnya dan kembali ceria seperti sedia kala.
Untuk info, Mawar baru saja melahirkan anak ketiga pada Januari 2023. Enam tahun bergelar isteri kepada Raf, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad (4), Raden Seri Rosabella Cinta (2) dan Raden Seri Riyanna Sayang.
Mawar turut memiliki dua anak tirinya iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Kredit Foto: Instagram Mawar Rashid
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Muda, jelita dan isteri kepada penyanyi terkemuka dunia, nama Hailey Rhode Bieber sering meniti bibir gadis muda yang mengagumi dirinya. Terkini, muncul trend baharu yang berinspirasikan rutin kecantikan Hailey, dikenali glazed donut skin, yang mula menjadi sorotan peminat.
Berusia 25 tahun, Hailey merupakan seorang model, sosialit dan personaliti media terkenal di Hollywood. Anak kepada aktor Stephen Baldwin itu merupakan seorang penari ballerina, sebelum menyertai agensi Ford Models dan IMG Models sebagai model fesyen yang kerap menghiasi kulit depan majalah.
Dengan ketinggian 171cm, wanita yang berjaya menambat hati Justin Bieber ini terus meraih pelbagai pencapaian hebat termasuk sebagai bintang televisyen dan video muzik popular. Tahun 2018, pasangan Justin dan Hailey Bieber berkahwin selepas beberapa tahun menjalin perhubungan.
Kini, Hailey mengorak langkah sebagai usahawan produk kecantikan Rhode di Amerika Syarikat.
Seperti namanya, nama trend ini berasal dari kulit kuih donat yang berkilau, lembut dan menyelerakan. Penampilan kulit wajah sebegini dikatakan boleh dicapai melalui rutin perawatan kulit pada malam hari. Caranya, pakai krim pelembap yang sesuai untuk menghidrasi kulit sebelum tidur.
******************************
Daripada pengalaman guna skincare SIMPLYSITI ni, memang kulit ketara lebih licin dan awet muda. Mudah atasi masalah kedutan, maknanya kalau nak buat trend glazed donut skin pun senang. Yang penting guna kod promo NONGSP5 untuk beli harga diskaun, murah daripada beli di kedai (klik).
******************************
Amalan memakai krim pelembap setiap malam menghasilkan wajah yang berkilau atau glowing dengan sempurna sesaat anda bangun dari tidur. Bukan berminyak ya, tapi lembapan sebenar yang terkunci di bawah lapisan kulit.
Trend glazed donut skin adalah komposisi bahan penjagaan kulit terbaik seperti gliserin dan squalane yang menjadikan kulit lebih lembut dan segar bermaya.
Melihatkan hasilnya yang minimalis dengan kemasan akhir yang natural, trend Hailey Bieber ini pantas menjadi ikutan para selebriti dan influencer ternama. Viral di Instagram dan TikTok, jom belajar cara mendapatkan glazed donut skin dengan sempurna!
Bersihkan kulit dengan teknik double cleansing.
Pakai serum yang sesuai jenis kulit.
Sapu krim pelembap untuk menghidrasi kulit.
Oleskan face oil agar terlihat glowing.
Tip Hailey Bieber
“Gunakan krim pelembap yang tepat agar kulit kelihatan seperti donat yang licin dan berkilau.” Hailey Bieber
Selamat mencuba!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mahkota wanita yang satu ini memang sering menjadi tumpuan. Baik bertudung ataupun tidak, rambut perlu dirapi dengan baik untuk elakkan dari rosak dan berbau.
Antara sedar atau tak, inilah ‘penganiyaan’ yang kita sering lakukan pada rambut. Mewarna rambut sama ada menggunakan bahan semula jadi atau bahan kimia, blow dry atau perm hanyalah memberi gambaran cantik dari luar, tetapi bagaimana pula bahagian akar rambut itu sendiri?
Jom semak punca rambut rosak:
Bleaching
Proses drastik dengan memaksa rambut menerima zat kimia masuk secara terus ke bahagian kutikel dan menyingkirkan pigmen semula jadi rambut. Ia mengubah struktur rambut malah menjadikannya lebih rosak.
Kali pertama anda melakukan bleaching, ia akan mulai mengganggu akar rambut. Ini di tambah lagi dengan kesan blow dry yang dilakukan selepas bleaching.
Mewarna dan highlight
Hanya untuk menutup uban, anda sanggup menggunakan highlight dan pewarna rambut yang boleh meninggalkan kesan rosak pada akar rambut. Highlights dan zat pewarna separuh kekal tidak meninggalkan kesan seburuk bleaching.
Tetapi, perawatan ini juga akan merosakkan struktur rambut dan membuatkan rambut menjadi kering tambah-tambah lagi jika anda sering mewarnakan akar rambut atau menutup uban.
Perming
Ramai yang idamkan rambut berombak untuk nampak lebih seksi. Tetapi anda sebenarnya memaksa struktur rambut berubah mengikut acuan secara kasar. Bahan kimia yang digunakan pula tidak selamat untuk pertumbuhan rambut sihat.
Blow dry
Kepanasan daripada alat pengering rambut megubah ikatan hidrogen yang menjadikan rambut tampak sihat dan bersinar. Rambut boleh rosak secara kekal sekiranya anda sering menggunakan pengering rambut.
Apakata biarkan rambut kering dengan alami. Hanya biarkan seketika atau gunakan kipas angin saja.
Ikat rambut
Bagi yang memakai tudung, semestinya rambut sentiasa diikat rapi dan paling teruk jika ada di antara anda yang mengikat rambut ketika ia masih basah! Rambut basah berada dalam keadaan rapuh, jadi tidak hairanlah kenapa ia gugur dengan banyak saat anda membuka ikatan.
Kerap sikat
Kekerapan menyikat rambut bukan saja memudahkan rambut menjadi bercabang dan putus malah ia juga boleh menyebabkan minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala hilang fungsinya. Jika berada di rumah, cukuplah sekadar menyisir dengan jari.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Eh, jangan terlalu teruja memakai gincu sehingga anda kelihatan seperti badut! Cuba selidik dahulu kekuatan dan kelemahan rupa paras kita, sebelum memilih gincu bibir mana yang perlu dibeli supaya nanti anda tidak ditertawakan.
PANDUAN MEMILIH
(a) Untuk kegunaan harian
Pilih warna dua kali lebih gelap daripada kulit wajah anda.
Buat perbandingan di antara warna senada merah jambu dan merah. Merah jambu dan merah sangat sesuai untuk semua jenis tona kulit dan nampak ‘kena’ untuk kebanyakan gaya penampilan dan gaya rambut.
Jangan terlalu menonjolkan warna bibir pada waktu siang, kecuali anda akan menghadiri majlis keraian.
(b) Merah yang sesuai
Kenal pasti tona kulit anda. Adakah ia cerah, sederhana cerah, kuning langsat atau gelap?
Cara pilih warna gincu yang sesuai dengan kulit:
Untuk kulit cerah, merah gelap atau coral red dengan undertones merah jambu sesuai untuk anda.
Bagi anda yang berkulit kuning langsat, merah jambu atau biasan kranberi dan merah bata menonjolkan seri wajah.
Jangan risau jika anda berkulit gelap. Pilih rona gincu seperti merah dengan biasan warna merah burgundy atau coklat.
Merah adalah pilihan terbaik dan universal. Anda tidak mungkin kelihatan janggal dengan warna ini!
(c) Tip membeli gincu
Cuba dahulu baru beli. Warna yang terpapar di bahagian luar kotak gincu biasanya boleh mengelirukan dan tidak tepat.
Bersihkan gincu yang masih bersisa sebelum mencuba warna gincu yang lain agar anda boleh membuat perbandingan dengan tepat.
Kombinasi di antara warna gincu sedia ada dan gincu yang dicuba mungkin nampak cantik bersama atau mungkin sebaliknya. Minta makeup remover daripada jurujual berhampiran.
Wajah polos tanpa solekan adalah cara terbaik untuk melihat keserasian di antara warna gincu dan kulit anda. Solekan lain hanya akan menjadi ‘halangan’ untuk anda membuat pilihan.
Minta bantuan jurujual untuk membolehkan anda membuat keputusan. Pandangan profesional membantu anda membuat pilihan yang sesuai dengan tona kulit.
(d) Padanan gincu bibir dengan penampilan
Jangan oles gincu bibir yang sama warna dengan baju anda. Baju merah dan gincu merah misalnya akan kelihatan tidak menarik.
Pilih salah satu, solekan mata dramatik atau olesan rona gincu bibir yang dramatik. Maskara dan penggaris mata berwarna coklat gelap di antara alis mata sudah mencukupi untuk kelihatan menawan.
Apabila anda menggunakan solekan smokey eye, gincu dengan rona merah jambu lembut atau nude adalah padanan terbaik. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!