DOME KLCC On-The-Park salah satu kafe paling terkenal di Malaysia kini kembali membuka ‘pintunya’ dengan penampilan serta suasana baharu.
Menjadi satu ikonik budaya kopi, tahun ini DOME Café meraikan ulangtahun yang ke-26 dengan menampilkan persekitaran lebih segar dan ruang lebih luas di Suria KLCC. Lokasinya juga menarik iaitu berhadapan air pancur dan taman KLCC yang cukup indah.
Berkeluasan 4.212 kaki persegi, kafe ini terletak di sudut lokasi utama. Pengunjung diberi pilihan untuk menikmati hidangan di dalam mahupun luar kafe.
Ads
Ads
Ruang makan di bahagian luar memberikan pemandangan air pancur yang menyegarkan selain taman yang indah serta lanskap kota Kuala Lumpur yang menarik.
Ads
Selain itu, tingkap kaca dan konsep kafe yang terbuka membolehkan para pengunjung yang berada di dalam kafe menikmati sinaran matahari semula jadi di samping tanaman hijau yang merimbun.
Suasana dalam ‘mood’ al fresco seluruh ruang mengingatkan pada makanan kafe di jalanan. Ini menjadikan DOME Café KLCC On-The-Park sebagai pilihan utama pengembara serta mereka yang tercari-cari destinasi makanan dalam kota dengan pemandangan paling menakjubkan, di kala siang mahupun malam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun sudah setahun berlalu namun pemergian isteri tercinta ke rahmatullah masih meninggalkan kesan mendalam terhadap Ridz Okumura sampai ke hari ini. ‘Kehilangan’ Allahyarham Akiko Okumura pada 28 Februari 2025 bukan hanya mengejutkan warga maya yang sentiasa mengikuti perkembangannya di media sosial suami, Ridz Okumura.
Bahkan menjadi satu tamparan besar buat satu-satunya cahaya mata tunggal mereka, Sky.
Walau sukar menerima hakikat wanita yang sudah 16 tahun menjadi isterinya itu pergi buat selama-lamanya namun Ridz Okumura reda menerima ketentuan takdir.
Jelas pemilik nama Abdul Ridzuan Abdul Mutalib ini, Allahyarham Akiko Okumura seorang figura isteri dan ibu terbaik yang tiada gantinya.
Mengenang kembali pemergian Allahyarham Akiko, Ridz Okumura berkongsi video kenangan dirinya bersama arwah isteri tercinta di media sosial.
Titip usahawan salun rambut ini, “Pada hari Jumaat, 28 hari bulan Februari tahun 2025, Allah telah mengambil kembali isteri tercinta saya, Akiko Okumura, meninggalkan saya dan Sky buat selama-lamanya. Dia seorang isteri yang sangat mulia, berhati bersih, suci hanya Allah sahaja Maha Mengetahui.
Keikhlasan hatinya, kesetiaannya dan kasih sayangnya menemani saya selama 16 tahun bukanlah sesuatu yang mampu dibalas dengan kata-kata.”
Tambahnya lagi, “Kini sudah setahun berlalu namun setiap waktu, setiap saat, setiap detik, nama dan wajahnya tidak pernah terpadam dari ingatan saya. Tidak pernah sekalipun saya berhenti mendoakan agar Allah menempatkannya di syurga tertinggi. Kerana bagi saya, dia adalah bidadari saya, isteri dan bidadari terbaik yang pernah Allah pinjamkan kepada saya di dunia ini.
Walaupun hati ini reda dengan ketentuan ilahi, kerinduan ini terlalu dalam. Saya rindu suaranya, senyumannya, renungan matanya rindu yang hanya Allah sahaja mengetahui beratnya. Allah lebih menyayanginya daripada kami, maka Dia memanggilnya pulang.”
Bulan Februari merupakan bulan ‘istimewa’ buat Ridz Okumura sekeluarga kerana ia bulan kelahiran dirinya, Akiko dan Sky. Sementara tanggal 14 Februari pula merupakan ulang tahun hari perkahwinan Ridz dan Akiko.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 dan hasil perkongsian hidup, Ridz dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 14 tahun.
Semoga Allahyarham Akiko Okumura ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Juga, Ridz Okumura dan Sky tabah menempuh kehidupan kelak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari demi hari, wabak Covid-19 semakin menular malah kadar peningkatann virus yang boleh membawa maut ini semakin membimbangkan. Malah, pelbagai inisiatif kerajaan seluruh dunia telah diambil bagi membasmi Covid-19 ini daripada terus merebak.
Selain rakyat biasa yang terkena virus ini, selebriti atau artis juga tidak terkecuali. Salah seorang selebriti yang terkena jangkitan virus ini ialah penyanyi terkenal, Pink. Anaknya juga turut terkena wabak merbahaya ini.
Pink mengesahkan dia dan anaknya kini menjalani pengasingan selepas disahkan positif Covid-19. Namun, beberapa hari lalu, ujian saringan yang dijalankan mendapati mereka sudah negatif daripada wabak maut itu.
Dalam laporan CNN, Pink memaklumkan dia dan anaknya Jameson, 3, mula menunjukkan simptom sejak 2 minggu lalu. Dia bernasib baik kerana doktor peribadinya menjalankan saringan terhadap dia dan Jameson.
Penyanyi itu turut kecewa atas apa yang disifatkan sebagai kegagalan kerajaan untuk menyediakan kemudahan ujian saringan. Dia berkata, ujian itu perlu disediakan demi melindungi masyarakat.
“Suatu kegagalan buat kerajaan apabila tidak menjadikan ujian saringan ini sebagai sesuatu yang mudah untuk diakses. Penyakit ini sangat serius dan nyata.
“Orang ramai perlu tahu penyakit ini memberi kesan kepada orang
muda, tua, sihat dan tidak sihat termasuk kaya atau miskin. Kita mesti melaksanakan ujian percuma secara lebih meluas bagi melindungi anak-anak, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat,” katanya.
Penyanyi itu turut mengumumkan akan menyalurkan derma RM4.35 juta kepada Tabung Hospital Universiti Temple dan Dana Krisis Datuk Bandar Los Angeles untuk Covid-19.
“Terima kasih kepada semua anggota pasukan perubatan dan mereka yang terbabit di seluruh dunia kerana sanggup melindungi orang yang kami sayangi,” katanya.
Pink kini menetap di Los Angeles bersama suami dan 2 anaknya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bahang PRN sehingga kini masih diperkatakan, walaupun sudah berakhir lewat malam Sabtu lepas! Yang menariknya, sejurus selepas keputusan diketahui, entah dari mana nama Sanusi terus hangat diperkatakan.
Walaupun sebelum bermulanya PRU, nama Sanusi menjadi ‘bahan’ di media sosial dek kelantangannya bersuara, lain pula impaknya selepas beliau menang bergaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri dengan majoriti selesa sebanyak 16,050 sabtu lalu.
Manakan tidaknya, entah dari mana wajah muda Sanusi mulai tular di media sosial sekaligus menyebabkan ramai terkejut.
I’m SORRY TO DO THIS BUT PLEASE EVERYONE GUESS WHO THE PERSON ON THE RIGHT IS 😭😭
Menyifatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor lelaki kacak ketika zaman mudanya, gambar Muhammad Sanusi itu dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, Nazeera Nasir sekaligus meraih perhatian netizen.
Yang menariknya, ramai pengguna media sosial terutama sekali di kalangan wanita yang selama ini tidak berminat kepada politik memuji ketampanan wajah Sanusi ketika muda serta ada yang menggunakan wajah ‘dulu-dulu’ Sanusi sebagai penghias skrin telefon pintar mereka.
Malah ramai yang beranggapan Sanusi sewaktu muda kelihatan sangat kacak dan mereka yakin Sanusi berjaya memikat hati ramai wanita sewaktu zaman itu.
Malah ada yang ‘bergurau’ mengatakan kepentingan menggunakan sunscreen memandangkan wajah Sanusi dilihat kini semakin gelap berbanding warna kulit sewaktunya dirinya muda-muda dahulu, dan tak mustahil Sanusi akan kekal tampan sekiranya beliau menjaga wajahnya dari usia muda.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.