
Hujung minggu ni tentu banyak jemputan majlis perkahwinan, kan? Lumrah bagi wanita yang suka berfesyen, tentulah nak pakai cantik-cantik walaupun sekadar tetamu.
Ya, setiap kali anda menghadiri majlis meraikan cinta rakan atau kenalan tentunya anda ingin kelihatan cantik dan sempurna. Namun harus diingatkan, penampilan anda perlulah kelihatan tidak terlalu menonjol sehingga boleh meneggelamkan aura pengantin itu sendiri.
Tip fesyen kali ini memberikan tip agar anda tampil ringkas namun masih tampak anggun dan menawan.
(a) BUSANA
Busana yang dipilih haruslah tidak terlalu menonjol. Elakkan dari memakai busana atau pakaian yang mempunyai manik atau jemeki yang terlalu sarat. Cukup sekadar di pergelangan tangan atau di bahagian kolar busana. Lebih manis sekiranya memakai dress atau kurung moden yang ringkas dan minimalis.
(b) SOLEKAN
Ada sesetengah tetamu yang datang ke majlis perkahwinan dengan mengenakan solekan yang terlalu tebal. Harus diingatkan yang berkahwin adalah rakan anda. Cukup sekadar mengenakan solekan yang nipis dan tidak terlalu menyerlah.
(c) SEPATU
Sepatu juga memainkan peranan yang penting apabila menghadiri majlis perkawhinan. Sekiranya anda dipilih rakan anda untuk menjadi pengapit atau bridesmaid, Sebaiknya pakailah kasut tumit tinggi yang sesuai. Jangan sesekali memakai selipar kerana boleh mencacatkan keseluruhan gaya anda.
(d) AKSESORI
Pakailah askesori yang tampak ringkas dan tidak terlalu menonjol. Cukup sekadar mengenakan subang ringkas dan anda pasti nampak lebih moden dan anggun. Bagi yang berhijab, elakkan dari memakai aksesori dikepala seperti kerongsang yang terlalu besar dan tudung yang mempunyai perincian manik terlalu sarat.
(e) RAMBUT
Sesuaikan rambut anda dengan majlis yang dihadiri. Sekiranya majlis diadakan pada waktu siang, cukup sekadar sanggul ringkas. Sekiranya diadakan pada waktu malam dan bertempat di dewan, dandan sedikit rambut anda agar kelihatan lebih sempurna.
Elak Jadi Mangsa Fesyen, Bijak Suai Padan & Jangan ‘Over’ Dalam Bergaya

Wanita dan fesyen memang sukar dipisahkan. Pelbagai fesyen boleh didapati dan boleh dijadikan inspirasi untuk bergaya. Namun Fesyen tidak hanya menghadkan fokus terhadap trend dan jenama semata-mata. Sense of style juga perlu selari agar dapat memberikan impak yang terbaik. Mahu kelihatan relevan sepanjang masa?
Nona kongsikan 8 tip mudah untuk elak daripada menjadi mangsa fesyen. Ingat frasa ini, jangan jadi mangsa fesyen!
KUASAI BUSANA BASICS
Busana basic seperti celana denim dan kemeja putih kosong adalah must-haves untuk setiap wanita. Mereka mungkin ringkas tetapi mereka tetap boleh glammed up. Pilih satu statement piece seperti rantai leher, tas tangan besar atau sepatu tumit spiky. Pastinya anda akan tampak lebih elegan.
BIJAK MEMILIH FABRIK
Jangan sesekali menjadikan stail atau rupa sebuah busana sebagai satu faktor utama anda memilih busana tersebut. Pilihan fabrik yang tepat dan sesuai dengan bentuk tubuh adalah perkara yang wajib anda tahu. Pemilihan fabrik yang salah akan menjadikan tubuh anda kelihatan pelik dan janggal. Untuk tampak lebih baik, pilihlah busana dari fabrik cotton, wool gabardine, wool microfiber blends, wool crepe atau silk dan cotton blends.
JANGAN OVER
Aksesori seperti rantai dempak dan blings tampak sangat tepat untuk dipakai. Tetapi jika anda mahu tampak lebih sofistikated, anda harus sentiasa beringat ketika memilih. Ingat, hiasan terlalu banyak akan mengurangkan versatiliti busana yang anda pakai. Apabila fokus kepada blings yang menyakitkan pandangan akan memperlihatkan akan tampak terlalu sarat.
ALL ABOUT PROPORTION
Busana anda mungkin kelihatan muat dan terletak pada badan anda tetapi mainan proportion adalah tip fesyen yang harus anda tahu! Rule yang perlu dipatuhi: Sebagai contoh, jika anda memakai kardigan labuh, sebaiknya top anda di dalamnya haruslah lebih pendek. Jika memakai jaket jenis cropped, sebaiknya labuhkan sedikit top anda.
PILIH CORAK YANG GELAP
Pakaian yang mempunyai motif semestinya seronok untuk digayakan namun, pilihan stail dan corak yang salah hanya akan menyemakkan keseluruhan penampilan anda. Sebaiknya, pilih pakaian yang memiliki latar belakang yang gelap atau corak yang bertona. Ini membolehkan anda yang memiliki bentuk tubuh petite atau plus size tetap boleh menggayakan busana bercorak.
KETEPIKAN KESESUAIAN
Tidak semua fesyen terbaru yang sedang menjadi trend sesuai dengan anda. Pastikan potongan, rekaan dan warna barangan yang mahu dibeli sesuai untuk anda. Selain itu, saiz juga penting. jangan ikutkan hati untuk membeli walaupun saiznya terlalu besar atau kecil buat anda. Ia hanya membuatkan anda nampak seperti badut. Bergaya juga perlu seiring dengan personaliti dan gaya hidup. Berpakaian ikut kesesuaian umur juga penting.
TUDUNG BERMOTIF
Bagi mereka yang memakai tudung dan lebih gemar memakai jenis bermotif, elakkan daripada menambah corak cetakan yang sama pada blaus, celana mahupun sepatu. Tidak perlu menggunakan satu corak yang sama dari hujung rambut hingga ke kaki. Selain itu, cuba pilih warna yang lebih neutral seperti nude, hitam dan putih pada pakaian anda apabila menggayakan hijab yang bercetak dan bercorak sarat.
SUAI PADAN
Tidak salah jika anda ingin suai padan pakaian anda tetapi biarlah hasilnya sedap mata memandang. Jangan pula anda memakai skirt bersama legging, Turtleneck dengan seluar pendek atau apa sahaja yang menampakkan anda mangsa fesyen. Jangan kerana hendak berfesyen anda diketawakan. Sebelum menyuai padan sesuatu pakaian, sebaiknya lihat dahulu kesesuaiannya dari segi potongan, warna dan majlis yang ingin anda hadiri.
Jadi Pilihan Termasuk Wan Azizah, Beg Tangan Songket Buatan Tangan SITI NOOR MISRO Terus Jadi Kegilaan VVIP!

Klasik dan eksklusif serta pada harga patut, namun beg tangan buatan Siti Noor Misro tetap menjadi pilihan isteri Perdana Menteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Masakan tidak, tas tangan terbabit diperbuat daripada fabrik songket yang jarang diketengahkan oleh pereka tempatan lain, sementara gandingan corak abstrak serta bunga pada fabrik dengan kombinasi warna pastel (pucat) dan terang menjadikan hasil tangan usahawan berusia 50 tahun itu tampak mewah.
“Saya memang minat menjahit kerana menerusi kegiatan itu saya boleh serlahkan kreativiti. Pada masa sama, saya juga suka produk buatan tangan.
“Apabila saya melihat video cara membuat beg tangan di YouTube, terdetik di hati saya untuk mencuba,” katanya ketika dihubungi di kediamannya di Seremban, Negeri Sembilan.
Kini, selepas lebih 11 tahun berkecimpung dalam bidang itu, Siti Nor berbangga dengan jenama Ct N Honey yang semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat tas tangan unik termasuk orang kenamaan.
HANYA BELAJAR SENDIRI
Mengimbas semula pembabitan beliau dalam kerjaya itu, Siti Noor berkata beliau mula menghasilkan beg tangan pada 2012 namun hanya berani menjual produk yang dihasilkannya secara dalam talian pada pertengahan 2013.
“Pada ketika itu saya gunakan pelbagai material seperti kain kapas, linen, kanvas dan kulit sintetik. Reka bentuk juga sangat ringkas dengan kebanyakan beg tangan tersebut saya buat ikut tempahan dan cita rasa pelanggan,” kata ibu kepada enam orang anak tersebut.
Melihat sambutan yang menggalakkan, Siti Noor membangunkan laman web untuk memasarkan beg tangan buatan beliau dan juga barangan jahitan untuk mereka yang ingin menghasilkan sendiri tas tangan.
Walaupun tidak mendapat sebarang pendidikan formal dalam bidang jahitan dan hanya belajar sendiri menerusi pelbagai video dalam YouTube, ternyata kerja tangan Siti Nor begitu menyerlah sehingga berjaya menarik perhatian pembantu Dr Wan Azizah pada 2019.
Bercerita lanjut, wanita itu berkata beliau dihubungi oleh pegawai Dr Wan Azizah yang pada masa itu merupakan Timbalan Perdana Menteri, memintanya menyediakan sebuah tas tangan daripada songket untuk dihadiahkan kepada isteri Presiden Turkiye Emine Erdogan yang dijadualkan datang ke Malaysia untuk menghadiri KL Summit 2019.
“Selepas mendengar tujuan tempahan itu, walaupun saya tidak pernah menggunakan fabrik songket, saya cuba sehabis baik untuk memenuhi tempahan Timbalan Perdana Menteri ketika itu,” ujar beliau.
Menurutnya, dari situlah bermula sejarah penggunaan songket dalam pembuatan tas tangan beliau.
KETENGAHKAN SONGKET
Katanya, selepas menerima tempahan sulung daripada Dr Wan Azizah, beliau memberanikan diri untuk memfokuskan pembuatan tas tangan daripada songket.
Beliau menyifatkan langkah itu sebagai serampang dua mata, iaitu mengetengahkan beg tangan songket dan mempertahankan warisan songket yang semakin kurang digunakan oleh masyarakat umum.
“… hingga kini saya masih menerima tempahan beg tangan songket daripada beliau (Dr Wan Azizah), dan saya terharu kerana beliau mempercayai (akan kualiti) produk buatan tangan ini,” kongsi Siti Nor.
Menurut usahawan itu, pembuatan beg tangan menggunakan fabrik songket khususnya, bukanlah satu kerja yang mudah kerana memerlukan ketelitian, dan beliau mengambil masa hingga dua hari untuk menyiapkan sebuah beg ringkas.
“Penghasilan beg buatan tangan ini adalah proses yang mengambil masa yang lama dan penuh ketelitian. Proses pertama ialah pemilihan reka bentuk dan material, kemudian kita akan melekatkan pengeras bagi memastikan beg lebih kukuh.
“Mesin jahit khas digunakan bagi memastikan kemasan yang rapi,” jelas beliau, menambah tugas paling rumit ialah menghasilkan rangka beg kerana kerja menjahit bagi mencantum rangka dilakukan dengan tangan.
“Selalunya saya akan mengambil masa satu ke dua jam untuk menyiapkan jahitan tersebut,” katanya yang mendapatkan bekalan songket daripada usahawan tempatan.
Menurut beliau, bagi memberikan rasa eksklusif, setiap corak songket dihadkan kepada satu beg sahaja.
PERLUASKAN PASARAN
Siti Nor berkata buat masa ini beliau melakukan kerja berkenaan di rumahnya dan dibantu oleh beberapa rakan yang dikenali menerusi media sosial.
“Rakan-rakan saya akan membantu terutama jika tempahan banyak, dan mereka menyiapkan bahagian masing-masing di rumah mereka sebelum dihantar kepada saya untuk dipastikan produk mengikut spesifikasi yang ditetapkan sebelum dihantar kepada pelanggan,” katanya.
Selain beg tangan songket, Siti Noor turut menghasilkan pelbagai beg lain seperti sling bag, clutch dan tote, bergantung pada permintaan pelanggan.
Harga pula bergantung pada jenis beg, saiz dan material yang digunakan, iaitu dari serendah RM180 hingga RM400.
Tentang pasaran, beliau berkata selain platform dalam talian, produknya juga boleh didapati di sebuah butik di Pavilion Bukit Jalil.
“Saya juga akan menyertai pameran dan acara besar untuk berjumpa dan memperkenalkan jenama kepada lebih ramai orang termasuk acara yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia kerana produk saya turut dipromosikan menerusi laman web Kraftangan Malaysia,” katanya.
Menurut Siti Noor, beliau berasa puas setiap kali melihat pelanggan menggayakan beg tangan buatan beliau, lebih-lebih lagi jika dipadankan dengan baju kurung atau kebaya.
Sumber: BERNAMA | Gambar: FB Siti Noor Misro
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Raya Dalam Suasana Baru, Isteri-Isteri Menteri Ini Tetap Anggun Sambut Syawal!

Diam tak diam, hari ini sudah pun memasuki 6 Syawal. Walau suasana lebaran tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya rentetan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB) ekoran wabak Covid-19 yang masih belum reda, namun bahang Aidilfitri masih terasa. Juadah raya tetap terhidang di pagi Syawal, begitu juga dendangan lagu-lagu raya yang masih berkumandang di corong radio. Yang pasti Syawal kali ini disambut dengan cara sendiri.
Seperti rakyat biasa, golongan pemimpin negara juga tidak terkecuali menyambut raya di samping keluarga tersayang pada 1 Syawal. Kelonggaran kerajaan memberi kebenaran
untuk berkumpul bersama keluarga hanya pada hari raya pertama digunakan sebaik mungkin. Dengan syarat, tidak melebihi 20 orang dalam satu-satu masa. Meskipun singkat tetapi memadai untuk melepas rindu selepas sekian lama tidak bertemu ahli keluarga kerana pematuhan PKP.
Selaku Menteri Kanan Kluster Keselamatan yang sering tampil di kaca televisyen menyampaikan maklumat terkini berhubung keadaan semasa negara sepanjang Covid-19, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak melepaskan peluang menyambut 1 Syawal di samping anak-anak dan cucu tersayang.

Menerusi foto yang dikongsikan anak perempuan Datuk Seri Ismail Sabri yang juga isteri Datuk Jovian Mandagie iaitu Datin Nina Ismail Sabri, kelihatan keluarga ini memilih busana sepadan untuk digayakan di pagi 1 Syawal. Terserlah keanggunan isteri Menteri Kanan ini iaitu Datin Seri Muhaini tatkala memakai busana raya sedondon di samping suami tercinta dan anak-anak.
Jika Datuk Seri Ismail Sabri memilih rona senada dengan ahli keluarga, berbeza pula bagi Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa. Menerusi gambar yang dikongsikan
Tan Sri Annuar di laman Instagramnya, kelihatan hanya beliau dan isteri tercinta iaitu Puan Sri Rosniah Abdul Rahman menyarung persalinan sedondon lilac. Manakala anak-anak
pula memilih baju raya berlainan warna.
Ujar Ahli Parlimen Ketereh ini, “Cukup berbeza raya tahun ini, buat pertama kalinya saya tidak dapat berada di Kelantan pada hari raya pertama. Walau bagaimanapun syukur alhamdulillah dapat menunaikan Solat Aidilfitri di Masjid Saidina Umar Al-Khattab. Harap pagi raya ini membawa barakah dan kegembiraan buat semua. Ahli keluarga ada 19 orang jadi tak berkumpul lebih daripada 20 orang. Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami sekeluarga.”


Seorang lagi isteri menteri yang tampil anggun mempersona di pagi 1 Syawal ialah Tengku Datin Seri Marsilla, suri hati kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Terkenal dengan raut wajah lembut dan cantik, penampilan ibu empat anak ini nyata mencuri perhatian. Beliau memilih persalinan raya corak abstrak rona senada di samping Datuk Seri Hishammuddin yang segak berbaju melayu warna kuning lembut dan lengkap bersamping.
Walau tidak tampil sedondon dengan anak-anak namun keluarga ini tetap ceria menyambut Aidilfitri dalam suasana sederhana. Kongsi Ahli Parlimen Sembrong ini, “Selamat pagi Syawal semua! Korang sambut raya kat mana tu? Saya, isteri, anak-anak, semua menantu dan cucu sambut kat rumah KL je. Sayu juga hati masa solat sunat Aidilfitri tadi, biasanya awal pagi dah ke masjid.

Takpelah, demi lawan #COVID19, kita redha. Biarpun sambut raya dengan ahli keluarga terdekat je, jangan lupa tanya khabar saudara mara yang duduk jauh. Cara paling mudah, video call. Moga cara new normal ini eratkan silaturrahim sesama kita, insyaAllah.”
Dalam pada itu, Datuk Seri Hishammuddin dan isteri juga melahirkan rasa rindu terhadap ketiga-tiga cucu mereka. “Tahun lepas sambut Syawal dengan dua cucu. Alhamdulillah tahun ni bertambah lagi sorang – Nasha Alayna. Sorry Alayna, tahun ni Tok Dad tak boleh bawa Alayna pergi ziarah raya rumah orang lain lagi. Kita kena duduk rumah kita je. Kejap lagi bila Tok Dad dan Tok mum video call dengan saudara mara, boleh la Alayna join sekali!”
Walau terpaksa sambut raya dalam norma baharu namun ikatan kekeluargaan masih terpaut utuh! Tidak kira di mana sahaja berada, Aidilfitri tetap dirai dan bersama-sama berjuang melawan wabak Covid-19.