Perbezaan jarak usia yang terlalu jauh kini bukanlah sesuatu yang asing bagi pasangan suami isteri di Malaysia.
Mungkin dulu ramai menyifatkan perkahwinan seperti ini ibarat satu paksaan atau bersifatkan materialistik semata-mata. Berbeza sekarang, masyarakat lebih terbuka dan percaya akan ketentuan jodoh yang ditetapkan-Nya.
IKLAN
Seperti yang viral semalam apabila Raja Pop, Dato’ Jamal Abdillah tampil memperkenalkan isterinya Datin Zai Izzati Khairuddin selepas berkahwin hampir setahun. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan keempatnya selepas pernah berumah tangga dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.
Terharunya rasa apabila Dato’ Jamal bercerita tentang cinta pandang pertama mereka. Mereka hanya sempat berkenalan selama dua bulan sebelum bernikah dan hanya sempat berjumpa sekali saja sebelum majlis dilangsungkan pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak.
Kehadiran Datin Zai Izzati yang kini berusia 24 tahun merupakan satu anugerah Tuhan yang terindah buat suaminya. Selain mengubat kesunyian, isteri juga menjadi peneman setia ke mana saja.
Perkahwinan yang diatur keluarga itu turut menerima sambutan baik daripada anak-anak lelaki Dato’ Jamal iaitu Osama Yamani, 17, hasil perkahwinannya dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 11, daripada isteri ketiganya, Fatimatuzahrah.
Sisi Positif
(a) Lebih berjaya
Ramai wanita muda yang tertarik dengan lelaki berusia kerana faktor material. Kerjaya mereka lebih kukuh dan lebih disegani berbanding lelaki muda. Ini juga bermakna, kehidupan anda dijamin stabil serta berkemampuan untuk membeli barangan mewah.
(b) Lebih matang
Pengalaman yang dilalui akan mendewasakan fikiran lelaki berusia. Inilah yang tidak dimiliki oleh kebanyakan lelaki muda yang mudah cemburu setiap kali melihat anda bercakap dengan lelaki lain. Mereka mampu berkompromi dengan ego sendiri dan melihat kehidupan ini dalam perspektif berbeza.
(c) Lebih hebat di ranjang
Kata orang, salah satu kerugian terbesar mengahwini lelaki berusia adalah kehidupan seks atau tarikan seksual yang membosankan. Realitinya, lelaki berusia jauh lebih hebat, malah mementingkan kepuasan isteri dahulu sebelum dirinya. Malah kini pengambilan ubat-ubatan tertentu juga mampu memanjangkan libido serta kesuburan mereka.
IKLAN
(d) Membuat anda berfikiran terbuka
Tanpa disedari, perkahwinan anda dengan lelaki berusia turut mengundang pandangan serong masyarakat. Ada yang melabel anda sebagai pengikis wang atau mengambil kesempatan terhadap krisis pertengahan usia yang dilalui. Namun keadaan ini akan membuat fikiran anda lebih terbuka dan matang meniti cabaran yang mendatang.
(e) Menghargai setiap detik
Bersama dengan lelaki berusia akan membuat anda lebih menghargai setiap waktu yang dilalui. Dia akan mengingatkan anda agar menghirup aroma bunga mawar di taman, bau rumput selepas hujan atau segala keindahan yang sering anda abaikan. Di samping itu, banyak ilmu praktikal atau kewangan yang dapat dikongsi bersama.
Sisi Negatif
IKLAN
(a) Ramai bekas kekasih atau isteri lama
Lelaki berusia mungkin mempunyai bekas isteri atau bekas kekasih yang lebih ramai daripada lelaki muda. Inilah yang menjadikan mereka lebih pintar dalam perhubungan. Mereka juga sering menyimpul persepsi bahawa semua wanita adalah sama.
(b) Mempunyai anak
Bergantung pada jarak usia si dia dan anda, ada segelintir daripada mereka yang telah memiliki anak serta mungkin hampir seusia dengan anda. Bersedialah untuk menjadi ibu segera atau anda berkemungkinan terpaksa bermusuh dengan mereka.
(c) Tidak mahu berkongsi minat
Been there and done that. Tidak ramai lelaki berusia yang mahu berkongsi minat, nilai, pendapat dan kepercayaan mereka dengan anda. Mereka juga tidak mahu melakukan sesuatu yang mengikut trend atau dilakukan oleh generasi anda.
(d) Menjadi semakin tidak berdaya
Untuk 10 tahun pertama, perkahwinan anda mungkin menyeronokkan. Namun terimalah hakikat bahawa si dia semakin berusia dan akhirnya anda perlu bersedia untuk menjaga atau menjadi balunya. Fikirkan semua situasi ini sedalam-dalamnya sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
Happy wedding anniversary buat Dato’ Adi Putra dan isteri, Datin Aida Yusof! Tanggal 18 Januari lalu, genap 17 tahun usia perkahwinan pasangan romantis ini. Bukan tempoh singkat tu! Pasti bermacam-macam ujian dan dugaan telah berjaya diharungi kedua-duanya.
Berkat kesabaran dan saling melengkapi di antara satu sama lain, mereka kini kian bahagia melayari alam rumah tangga. Meskipun belum dikurniakan rezeki untuk timang cahaya mata sendiri.
Pasrah dan reda dengan ketentuan ilahi, Datin Aida menerusi perkongsian di media sosial miliknya menitipkan rasa syukur bergelar isteri kepada pelakon handalan tersebut pada hari ulang tahun perkahwinan mereka baru-baru ini.
“Happy Anniversary to hubby Dato’ Adi Putra. Di hari ulang tahun pernikahan kita pada hari ini 18.01.23 (17 tahun).
Doaku Ya Allah SWT limpahkanlah rasa cinta kasih dan sayang di dalam keluarga kami yang kecil ini, agar kami senantiasa bahagia selalu dalam menjalani bahtera rumah tangga, mempertahankan satu sama lain untuk kebaikan dan keburukan, saling menghargai dan berkatilah kedua-dua anak kami supaya menjadi anak yang solehah dan menjadikan kita semua jalan menuju Jannah memperkuatkan iman di antara satu sama lain. Maka berikanlah selalu perlindungan-Mu Ya Rabb.”
Difahamkan pada tarikh keramat itu, Datin Aida dan Dato’ Adi Putra turut menerima kejutan istimewa daripada kenalan rapat mereka bagi sama-sama menyambut ulang tahun perkahwinan suami isteri ini.
Datin Aida dan Dato’ Adi mempunyai dua orang anak angkat perempuan iaitu Az Zahra dan Zara Adelia yang kini menginjak usia remaja.
Walau bukan darah daging sendiri namun pasangan ini menyayangi kedua-dua cahaya mata tersebut dengan penuh kasih sayang dan tidak pernah membeza-bezakan mereka.
Moga rumah tangga yang dibina bahagia dan berkekalan hingga ke Jannah.
Patutlah sering menjadi buruan syarikat iklan, memang cantik dan ayu sangat orangnya! Walau bukan berbangsa Melayu tetapi Sufya Subashni Nair Balen cukup fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan. Malah, dia juga memiliki nilai ketimuran yang tinggi. Seorang wanita yang sopan dan lemah-lembut dalam berbicara. Mengenali personaliti cantik ini, Sufya yang lebih mesra disapa sebagai Su seorang yang tenang dalam menempuhi liku hidup. Setenang raut wajahnya. Bahkan sepanjang pernah bekerjasama dengan Su sangat menyenangkan. Barangkali kerana wanita ini sudah terbiasa dengan budaya kerja yang memerlukannya bertindak tenang ketika bertugas sebagai krew kabin penerbangan.
Mengulas kerjaya di awan biru yang diceburi sejak hampir dua dekad lalu, Su menjelaskan menjadi pramugari adalah cita-citanya dari kecil. “Menjadi pramugari adalah childhood dream saya. Selepas tamat persekolahan Tingkatan 5 memang saya teringin sangat hendak memohon pekerjaan ini. Tapi kerana parent mahu saya sambung belajar dulu, saya terpaksa akur dan melupakan hasrat tersebut seketika.
Sudahnya, saya ambil keputusan untuk melanjutkan pengajian di Malaysia Institute of Integrative Media, MIIM yang dikenali sebagai Akademi TV3 dalam jurusan Diploma Kewartawanan. Pada tahun akhir pengajian sekitar 2002, saya nekad menghadiri temu duga pramugari MAS di sebuah hotel di Melaka. Ketika itu saya baru berusia 22 tahun dan alhamdulillah, saya lulus semua peringkat ujian sekaligus terpilih mengikuti latihan di Akademi MAS selama 4 bulan di Kelana Jaya.
Saya bekerja sebagai pramugari sejak umur 22 tahun bermula dari April 2003 sampai Mei 2020. Selama 12 tahun saya bertugas sebagai pramugari di Malaysia Airlines System dan kemudian di Suasa Airlines untuk setahun. Seterusnya kembali ke Malaysia Airlines Berhad dari tahun 2018 hingga tahun lepas. Menariknya kerjaya sebagai pramugari, kami menerima latihan penuh yang sungguh membanggakan. Kami dilatih menjadi doktor, bomba, polis selain mengenali food and beverages. Kami juga penyelamat dalam segala situasi yang berlaku dalam ‘burung besi’ itu.
Bercerita tentang kenangan yang tak dapat dilupakan ketika bertugas sebagai pramugari adalah apabila kami yang tak pernah kenal di antara satu sama lain dapat bertoleransi dan jadi satu keluarga kecil apabila ‘terbang’ bersama. Sebab kami semua berada dalam ‘burung besi’ yang terputus tali dari keluarga tercinta dan dunia luar. We only have each other.
Dalam erti kata lain, tugas menjaga penumpang adalah keutamaan kami di dalam setiap penerbangan dan mereka ibarat keluarga kami sendiri. Saya seronok dan bersyukur kerana dapat menimba pelbagai pengalaman sebab bukan semua orang dapat merasai pengalaman sebegini. Walau sedih berjauhan dari keluarga ketika bertugas tapi pengalaman kerjaya ini turut tersimpan bermacam-macam keindahan.”
Tambahnya lagi, “Being a crew memang banyak dugaan lebih-lebih lagi being away from family. Kalau ada kecemasan melibatkan ahli keluarga kebiasannya saya jarang dapat melawat atau teman mereka. Pernah suatu masa dulu, waktu saya mengikuti penerbangan ke Stockholm, New York selama hampir 2 minggu. In the midst of the trip saya dapat SMS daripada keluarga yang abang saya mengalami kemalangan teruk. I was so sad and lost.
Tak tentu arah dibuatnya sebab kapal terbang ke KL lagi 3 hari. Ikutkan hati memang mahu saja terbang balik ke rumah, tapi sebab tanggungjawab kerja terpaksa juga cekalkan diri. Mahu atau tidak, hanya rakan setugas jadi tempat saya mengadu. Dan mereka jugalah yang banyak memberi semangat.
Bila sudah berkahwin dan ada anak, situasi sama juga yang harus saya lalui. Sebagai ibu, saya sepatutnya yang jaga anak apabila mereka demam tapi terpaksa pergi kerja pula. Hendak tahu perkembangan anak pun kena tunggu sampai mendarat baru boleh telefon. Luaran memang nampak macam tak ada apa-apa dan tenang saja layan dan jaga keselamatan penumpang tapi dalam hati hanya Tuhan tahu,” bicaranya penuh semangat.
Rentetan keadaan pandemik Covid-19 yang menjejaskan industri penerbangan, Su terpaksa akur menamatkan perkhidmatan sebagai pramugari di Malaysia Airlines Berhad pada Mei tahun lepas. Enggan sekadar duduk di rumah dan mahu mencari pendapatan sendiri, Su kembali mencari peluang pekerjaan baharu dan kini dia merupakan eksekutif di sebuah syarikat farmaseutikal.
Dalam masa sama, dia turut aktif sebagai model sambilan untuk iklan komersial. Memang selalu nampak wajah cantik Su di kaca televisyen mahupun iklan di media cetak. Tidak cukup dengan itu, Su turut mengusahakan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual aneka jenis dessert seperti cream puff, almond chocolate dan sambal hitam.
Berkongsi sisi peribadi dan salasilah diri, ibu dua anak ini tanpa berselindung mengakui mewarisi darah kacukan dari kedua-dua belah ibu bapa tersayang. “Iya, saya mempunyai darah campuran India (Malayam) dari bapa. Ibu saya pula berketurunan Cina (Hokkien) dari Melaka. Kerjaya sebagai model pula, saya sudah lama berjinak dalam dunia pengiklanan. Bermula dari zaman kolej pada usia 18 tahun sehinggalah sekarang dah beranak dua. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki yang Allah beri dengan mengurniakan sepasang anak yang sangat menjadi kebanggaan keluarga. Anak saya ini boleh dikatakan anak ‘Satu Malaysia’ sebab mereka bukan je ada darah keturunan India, malah mewarisi keturunan Cina dan Melayu.”
Bercerita tentang rejim kecantikan jelitawan ini, tidak dinafikan Su kekal kelihatan awet muda. Kalau tengok susuk tubuh dan raut wajahnya, macam tak makan dek usia. Walhal, tahun ini dia meniti usia 40 tahun. Tersenyum manis saat kecantikan dirinya menjadi bualan, isteri kepada Shan Irwan Sallehudin ini mengakui dia tidak terlalu obses menjaga penampilan sebaliknya hanya mengamalkan rutin normal seperti wanita lain.
“Menjaga kesihatan diri adalah penting bagi saya kerana bila kesihatan terjaga barulah saya boleh menjaga anak-anak dan keluarga dengan baik. Penjagaan yang saya amalkan sebenarnya biasa saja. Seperti tidak ambil minuman sejuk dan berkarbonat. Selain menjaga diet seimbang, saya juga sangat mengutamakan penjagaan diri selepas bersalin. Memang saya ikut amalan orang dulu-dulu yang berpantang selama 100 hari dan banyakkan minum air suam.
Soal kecantikan, saya amat bersyukur dengan pinjaman yang Allah berikan. Menyentuh penjagaan dan rutin harian, saya cuma akan pastikan membersih muka dengan air sekurang-kurangnya setiap kali mengambil wuduk. Penjagaan kulit muka biasa saja, pakai pelembap, sunblock dan krim malam. Itu sahaja.”
Mula memeluk Islam ketika berusia 20an, Su mengakui tertarik mendalami agama suci ini sebelum dia mendirikan rumah tangga. Apatah lagi, sejak remaja lagi dia bergaul rapat dengan kawan-kawan Melayu di sekelilingnya. Petunjuk Allah SWT datang tanpa diduga. Membesar dengan persekitaran dan bergaul rapat dengan masyarakat Melayu telah banyak mempengaruhi cara hidup Sufya. Sejak zaman persekolahan sehinggalah bekerja, kehidupannya dikelilingi dengan budaya Melayu dan ajaran Islam. Tanpa berselindung, wanita ini mengakui dia cukup terkesan melihat keindahan Islam.
“Tanggal 17 Jun 2005 sambil ditemani suami yang ketika itu kenalan rapat, dia bersama ibu bapa serta bapa saudaranya telah membawa saya ke Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di Kuala Lumpur untuk mengucap dua kalimah syahadah. Tiada paksaan daripada mana-mana pihak kerana memeluk Islam adalah pilihan saya sendiri.
Memang dari kecil ketika saya tinggal bersama datuk dan nenek di Negeri Sembilan, saya sudah biasa hidup dalam kejiranan yang majoritinya berbangsa Melayu. Bahkan ketika masih di bangku sekolah rendah, saya turut mengikuti subjek Pendidikan Islam.
Pendek kata, cara hidup saya sama seperti orang Melayu bezanya cuma kami berlainan agama. Keputusan untuk memeluk Islam dibuat tanpa pengetahuan keluarga. Pada mulanya, mereka agak keberatan untuk terima hakikat. Tetapi lama-kelamaan, mereka sedar dan menerima saya seadanya,” jelas model iklan komersial yang pernah menghiasi kempen produk Nestle, Fair & Lovely, MAS dan McDonalds ini.
Dua tahun bergelar mualaf dan mendalami Islam, Sufya akhirnya dilamar Shan Irwan. Perkenalan bersama jejaka Melayu yang dikenalinya sejak menuntut bersama pada tahun 2000 membawa ke jenjang pelamin.
“Saya kenal dengan suami ketika masih muda lagi. Waktu tu tahun 2000 dan saya baru berumur 19 tahun. Kami sama-sama belajar di Kolej ATV3 dan dia adalah cinta pertama saya. 7 tahun mengenali hati budi masing-masing, kami sepakat mendirikan rumah tangga pada tahun 2007 semasa berusia 28 tahun. Alhamdulillah masuk 14 tahun kami berkahwin dan masih lagi dalam alam percintaan. InshaAllah more years to come. Aamiin.”
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata comel iaitu Shaisha Irna Shan Irwan yang kini berusia 12 tahun dan Shahir Issa Shan Irwan, 7 tahun.
Menjaga kesihatan antara agenda resolusi tahun baru. Namun berapa ramai yang betul-betul mengikutnya dan berapa ramai pula yang mencipta berbagai alasan? Mungkin tidak tahu hendak bermula dari mana atau terlalu terikat dengan gaya hidup sedia ada menyebabkan sukar untuk menetapkan pendirian.
Berikut 5 perkara yang boleh anda cuba untuk hidup lebih sihat menjelang tahun baru 2018. Mungkin tidak perlu tunggu, bermulalah dari sekarang!
MINUM LEBIH BANYAK AIR
Nampak mudah tetapi inilah yang seringkali dilupakan iaitu pentingnya keperluan cairan dalam badan. Maka perlu meminum air putih yang secukupnya setiap hari. Seseorang mungkin tidak sedar dirinya sedang mengalami dehidrasi kerana kesannya dapat dilihat seperti kulit kering dan kusam.
Menjelang tahun baru ini terapkan kebiasaan meminum air putih sebagai pengganti cairan badan. Salah satu manfaat yang bakal anda perolehi ialah menurunnya berat badan. Ini kerana kita menjauhi kalori ekstra dari minuman manis.
TIDUR TERATUR
Kalau sepanjang tahun 2017 rutin tidur anda tidak teratur maka mulakan tahun baru dengan cara tidur yang lebih berkualiti. Tidur adalah keperluan setiap orang yang tidak boleh dipandang mudah. Kurang tidur boleh mengakibatkan berbagai kesan buruk.
Kesan jangka pendeknya ialah sukar untuk fokus dan emosi tidak stabil. Kesan jangka panjangnya pula meningkatkan risiko penyakit jantung serta kanser. Atur jam tidur anda bermula dengan mengurangkan paparan cahaya terang pada malam hari, elak makan larut malam dan wujudkan ruang bilik tidur yang menyenangkan.
PILIH OLAHRAGA SESUAI
Mulalah bersenam dan berolahraga. Mungkin sebelum ini ia menjadi omong kosong anda namun tahun baru ini realisasikanlah ia! Pun begitu jangan pula sekadar mengikut trend kerana kelak ia hanya mendatangkan kesukaran untuk anda konsisten. Kuncinya, cari jenis olahraga yang anda sendiri suka.
BANYAK MAKAN BUAH DAN SAYURAN
Diet sihat ‘wajib’ ada amalan ini. Namun kalau sekadar mengikut trend diet tertentu maka sukar bagi anda. Lakukan perlahan-lahan dengan membataskan apa sahaja yang masuk ke dalam mulut secara sederhana.
Banyak makan buah dan sayuran membantu perut memenuhi keperluan serat yang menyihatkan. Kesannya, anda akan sentiasa merasa kenyang dan ‘malas’ hendak makan khususnya makanan bergoreng dan berlemak.
CARI HOBI BARU
Kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal. Tiada salahnya untuk kita selalu memiliki banyak cara untuk merasa bahagia. Apabila seseorang itu merasa stres atau depresi di saat kesibukan sehari-hari maka carilah waktu untuk beristirahat dan lakukan hobi baru. AMY MOHD