Pereka fesyen terkenal mendiang Sonny San mungkin sudah meninggalkan kita. Namun legasi jenama fesyen yang dibina masih kekal utuh sehingga kini dan diteruskan oleh orang kepercayaannya selama ini. Tebaru jenama Eclipse menghamparkan koleksi musim bunga/panas 2018 dengan tema ‘Springing Layers of Life’.

Ads

Jenama Fesyen Legasi Mendiang Sonny San Diteruskan Dengan Cemerlang. Eclipse Tampil Dengan Koleksi Menarik Untuk Musim Bunga/Panas 2018

Diinspirasikan dari siri ‘Layer Drawing’ oleh Nabuhiro Nakanishi yang berkisar tentang perubahan yang mengambil bahagian dalam setiap aspek kehidupan harian seorang manusia, dari sinar matahari terbit sehingga rembang senja, sehinggalah kepada formasi awan dan perkerakan unik alam semula jadi.

Jenama Fesyen Legasi Mendiang Sonny San Diteruskan Dengan Cemerlang. Eclipse Tampil Dengan Koleksi Menarik Untuk Musim Bunga/Panas 2018

Ads

Oleh itu dalam keseluruhan koleksi yang memiliki lebih 45 rekaan ini dapat kita lihat dari segi pemilihan rona, perincian dan juga cetakan ia seolah-olah satu evolusi yang menarik. Dari rona putih bersih ia bergerak kepada warna-warna yang lebih terang dan berkarakter serta dihiasi dengan corak-corak serangga dan flora.

Ads

Jenama Fesyen Legasi Mendiang Sonny San Diteruskan Dengan Cemerlang. Eclipse Tampil Dengan Koleksi Menarik Untuk Musim Bunga/Panas 2018

Siluet yang diterapkan pula lebih relaks dan tidak terlalu memeluk tubuh dan ia membenarkan potongan fabrik serta perincian yang diterapkan menyerlah ditubuh si pemakai. Dari segi pemilihan fabrik ia merangkumi pemilihan net tulle bersulam, sifon poliester, sekuin berlisu, satin, organza lisu, poliester bercetak, baldu dan renda.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI