Jimat RM100+ Untuk Rawatan Rambut Dengan MASKER HOMEMADE Ini, Gerenti Sihat & Lembut

Jika seseorang itu memiliki rambut yang kuat dan sihat, penampilannya bukan saja terlihat segar bahkan menarik. Tahap keyakinan juga tinggi contohnya ketika menghadiri majlis-majlis tertentu.

Jika anda seorang yang tidak gemar ke salun rambut serta memilih cara semula jadi untuk merawatnya, anda boleh memilih salah satu daripada tiga cara yang dikongsikan ini. Mulakan usaha dengan menghasilkan masker rambut semula jadi anda sendiri hari ini.

(1) MASKER TELUR

Sediakan sebiji telur kemudian pukul bersama minyak kelapa dan minyak zaitun. Seterusnya campurkan 1 sudu besar madu asli. Lenyek sebiji pisang hingga halus kemudian masukkan ke dalam bahan telur tadi. Kacau sebati hingga ia kelihatan seperti susu pekat. Setelah itu sapu rata pada rambut dan biarkan 20 minit. Bilas dengan syampu dan air bersih.

Lakukan secara rutin 3 kali seminggu bagi hasil maksimum. Setelah melakukannya selama beberapa minggu, vitamin semula jadi ini akan bekerja pada rambut hingga ia menjadi lebih sihat, berkilau, tidak mudah rapuh dan tidak berkelemumur.

(2) MASKER PISANG

Sediakan pisang bersama 200ml air bersih, 3 sudu besar mayonis dan 2 sudu besar madu. Sediakan juga minyak zaitun, minyak kelapa dan minyak jojoba. Masing-masing 1 sudu besar. Campur semua bahan dan kisar halus.

Kemudian sapu rata pada rambut. Biarkan selama 20 minit lalu lalu dibilas disertai syampu hingga bersih. Lakukan 3 kali seminggu secara teratur. Masker ini bagus untuk mengatasi rambut kering dan kusam.

(3) MASKER AVOKADO

Masker ini sangat bagus sebagai vitamin rambut semula jadi kerana avokado sangat kaya dengan vitamin E yang penting untuk rambut agar menjadi lebih kuat dan halus.

Ambil isinya setengah daripada sebiji avokado kemudian haluskan. Campur dengan 1 sudu besar minyak kelapa, 1 sudu besar minyak zaitun dan 100ml air. Gaul sebati lalu sapu ke seluruh rambut. Biarkan selama 25 minit. Cuci rambut serta syampu hingga bersih. Amy Mohd

IKLAN
Share