Ligat rupa-rupanya pelantun lagu Pematah Hati ini menceburi bidang perniagaan. Walau sibuk dengan kerjaya seni dan menghasilkan karya hebat, masih punya masa untuk menghasilkan produk sendiri. Bukan satu… sebaliknya Nabila Razali kini merupakan pengasas hijab Nabaela Scarf dan produk kosmetik lip matte iaitu Baela. Difahamkan ‘buah tangan’ Nabila ini sudah mula diusahakan sejak awal tahun lagi.
Perniagaan Nabaela Scarf sudah memasuki pasaran pada April lepas dan sehingga kini, terdapat tiga koleksi iaitu Bawal Bae, Cumi Cumi Shawl dan Bawal Basic. “Alhamdulillah dapat feedback luar biasa daripada pelanggan. Cuma, disebabkan kekangan masa… Bella tak sempat nak start collection yang baru. Tambahan pula peminat pun dah tanya what’s next from Nabaela Scarf.
Of course, Bella akan cari masa untuk semua benda tu sebab setakat ini Bella tak ada team yang besar untuk buat semua tu. Ia small scale tapi walau macam mana pun Bella akan tetap cuba untuk menjayakan lagi Nabaela Scarf.”
Ditanya mengenai jualan tudung keluarannya, penyanyi yang turut aktif dalam sukan lumba kereta litar ini berkata sambutan yang diterima cukup memberangsangkan. “Bella sangat gembira dengan sambutan hangat pelanggan. Mereka memang support. Tapi tu lah… nak cari lagu pun pening, nak cari design tudung baru pun pening,” ujarnya sambil ketawa.
Ads
“Istimewanya Nabaela Scarf ialah Bella fokuskan jualan ini kepada student. Lagipun Bella banyak buat performance di kalangan yang mostly student dan kanak-kanak. Kalau nak kenal Nabaela Scarf, ada design ‘love’ di belakang tudung dan itu adalah simbolik kepada ‘cumi cumi’.
https://www.instagram.com/p/BySnzNcF773/
Setiap kali koleksi Nabaela Scarf keluar, Bella akan pastikan ia kena dengan Nabila Razali punya personaliti. Bella tak nak hanya keluarkan tudung yang cantik dan terus jual. Bella nak pastikan yang tudung itu ada signature Nabila Razali,” tegasnya sambil mengakui segala rekaan tudung adalah ilham darinya sendiri.
Ads
Ceria bercerita tentang keseronokan berniaga, Nabila mengakui sudah pun memiliki satu lagi cabang bisnes iaitu kosmetik. “Alhamdulillah Bella dah pun ada Baela Lip Matte. Yang first batch dah sold out… second batch ni tengah restock yang baru.
Ads
Apa-apa pun, Bella bersyukur kerana ada team yang kuat yang sentiasa ada di belakang Bella. Mereka juga yang bertungkus-lumus menjadikan bisnes Baela Lip Matte berjaya. Syukur, sekarang Bella dah masuk bidang bisnes tudung dan kosmetik. Mungkin lepas ni akan cuba dalam bidang lain pula.”
Nabila Razali ditemui ketika menjadi juri jemputan dalam program realiti digital pertama pencarian makeup artist Fabulous MUA, baru-baru ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alhamdulillah, bahtera perkahwinan Fizo Omar dan Fazeera melangkau usia empat tahun! Pastinya sepanjang tempoh ini pelbagai suka duka dilalui mereka namun kedua-duanya kian matang menempuh kehidupan sebagai suami isteri.
Lebih membahagiakan, mereka dikurniakan rezeki menimang tiga cahaya mata dalam tempoh yang singkat.
Tidak sekadar menambah bilangan ahli keluarga, Fazeera yang juga bekas pramugari turut melakar pencapaian sendiri apabila berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan cemerlang.
Bersempena ulang tahun perkahwinan pada 21 Oktober lepas, Fizo yang juga pelakon dan usahawan menitipkan rasa syukur kerana dikurniakan isteri penyayang serta memahami.
Kongsinya, “No words to say how much I love and appreciate u to be my life partner. It has been 4 amazing years together and till Jannah. Syukur di atas segala rezeki dari Allah buat keluarga kami.
Semoga Allah pelihara rumah tangga kami dan lindungilah ibu kpd zuriat hambaMu ini Ya Allah.
My partner in crime, partner gaduh, partner romantic, partner cari rezeki, partner mengasuh anak and my counsellor as well.”
Sementara itu, Fazeera turut mengucapkan terima kasih buat suami tercinta yang berusaha membahagiakan keluarga mereka.
“Happy 4th Anniversary my dear husband. Sometimes we fight with each other but most of the time, we fight for each other.”
Fazeera dan Fizo sah bergelar suami isteri 21 Oktober 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Wan Khaleeda, Wan Umaira dan seorang anak lelaki pada 17 Jun lepas.
Menerusi perkahwinan terdahulu Fizo Omar, dia turut mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Wan Maryam.
Semoga rumah tangga yang dibina Fazeera dan Fizo kekal bahagia sampai syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak hanya membina pengaruh menerusi karya-karyanya yang diterima ramai, penyanyi Ernie Zakri terus mencipta sensasi selepas wajahnya dipilih menghiasi papan iklan digital tersohor di New York Times Square.
Meluahkan rasa syukur dengan perkembangan terbaharu itu, Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri menganggap ia sebagai pencapaian manis dalam kerjaya seninya.
“Semestinya, saya sangat gembira dengan berita ini. Alhamdulillah, ia sememangnya salah satu kejayaan terbesar dalam kerjaya saya sebagai seorang penyanyi solo.
”Saya tak pernah terbayang yang satu hari nanti wajah saya akan terpampang di papan iklandigital New York Times Square yang memang dikenali seluruh dunia,” ujarnya.
Dalam masa sama, penyanyi Gundah itu turut menyifatkan 2023 sebagai tahun yang banyak memberikan kenangan manis buatnya secara peribadi, selain pelbagai perancangan yang sedang disusun rapi.
Terkenal dengan kemantapan vokal yang hebat, Ernie gembira melihat segala penat lelahnya kini membuahkan hasil. Kejayaan terbaharu ini adalah salah satu daripadanya.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Ernie. Semoga terus sukses!
Kredit Foto: Instagram Ernie Zakri
Sumber: Sinarplus
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bulan Disember menjadi pilihan ramai selebriti untuk berangkat ke Tanah Suci dan mengerjakan umrah. Tidak ketinggalan, Azrinaz Mazhar Hakim yang turut mengambil peluang akhir tahun ini untuk berada di sana dan lebih ‘dekat’ dengan Allah SWT.
Menerusi perkongsian di media sosial, Azrinaz sempat memuat naik foto di samping suami tercinta ketika berada di lapangan terbang sebelum berangkat ke Mekah.
Wajah bekas personaliti televisyen ini kelihatan berseri-seri yang tampil anggun dalam persalinan jubah putih dan tudung rona senada.
Kongsinya, “A journey to unlock the gates of mercy, forgiveness, and blessings also an opportunity to reset your spiritual compass and find yourself closer to Allah.”
Melihat penampilan anggun Azrinaz Mazhar Hakim, rata-rata peminat dan followers kesayangan memuji imej jelitawan ini. Apatah lagi, figura berusia 45 tahun berkenaan memiliki aura dan rupa paras cantik.
Di ruangan komen, Azrinaz turut ramah dan rajin membalas pertanyaan followers tersayang.
Ada yang meminta untuk mendoakan kesejahteraan, tidak kurang juga yang mendoakan agar perjalanan selebriti ini menunaikan ibadah umrah berjalan lancar serta mendapat umrah yang mabrur.
Dalam pada itu, ibu empat anak ini turut berkongsi Instagram Stories yang memaparkan dirinya berada di perkarangan Masjidil Haram untuk beribadah, melakukan ibadah tawaf dan saie serta cuba menyentuh Kaabah bersama-sama para jemaah dari seluruh pelusuk dunia yang lain.
Azrinaz mendirikan rumah tangga bersama Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medina.
Sebelum ini Azrinaz menerusi perkahwinan terdahulu bersama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehilangan insan tersayang cukup memilukan. Apatah lagi ibu bapa yang telah banyak berkorban jiwa dan raga membesarkan anak-anak. Baru-baru ini, pelakon Adam Corrie berdepan detik duka apabila ibu tersayang ‘pergi’ untuk selama-lamanya.