Julung Kali Dianjurkan, Majlis Ilmu NONA VIP XCESS KE SYURGA Jalin Ukhwah & Cetus Motivasi

Bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2023 dan Ramadan Al-Mubarak, pihak Majalah Nona bersama rakan sinergi PEKAWANIS, My #InfaqIhsan, Warisan Ummah Ikhlas dan Angel Group Creative Financial Solution sukacitanya menganjurkan Majlis Ilmu NONA VIP XCESS KE SYURGA.

Majlis yang bertemakan rona putih dan pink dengan sentuhan Timur Tengah ini diadakan bertujuan untuk menyebarkan motivasi kepada para Muslimah, selain memantapkan ibadah dan persiapan rohani menjelang ketibaan bulan Ramadan.

Isteri Menteri Besar Selangor, YAB Datin Seri Masdiana Muhamad; Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak serta Pengasas My#InfaqIhsan, Datuk Rozzana Rahmat menjadi antara dif-dif kehormat yang menyerikan majlis.

Majlis yang diadakan di Dewan Megawati, Kediaman Dato’ Menteri Besar Selangor ini dimulai dengan alunan bacaan dan makna Surah Al-Insan oleh Sheikh Abdullah Jahaf.

Surah ini dipilih sempena World #QuranHour tahun ini dengan membawa tema ‘Memanusiakan Manusia’ atau Humanising the Ummah. Ini selari dengan matlamat majlis menuju syurga sekeluarga.

Sesi Talk bersama panel Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki dan Dr Robiah Hamzah bersama Moderator Datuk Hajah Rozzana Rahmat menjadi kemuncak acara.

 

Banyak pengisian yang memberi manfaat kepada golongan wanita dikongsikan sebagai bekalan perjalanan menuju ke Jannah.

Bagi terus menyemarakkan suasana, majlis diteruskan dengan sesi Qasidah oleh Kumpulan Ar-Rayyan.

Acara disusuli dengan penyampaian Anugerah Ikon Muslimah NONA kepada enam figura terkenal. Mereka ialah: –

1. Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa
2. Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki
3. Dr Robiah K Hamzah
4. Datuk Hajah Rozzana Rahmat
5. Dr Rukhaidah Abd Karim
6. Fatin Nabila Ahmad Zainuddin

Penyanyi Lah Ahmad tampil membuat persembahan di akhir acara yang mengalunkan beberapa buah lagu berunsurkan dakwah.

Antara public figure yang hadir ialah Mona Din, Joy Revfa, Anita Baharom, dan ramai lagi.

Kredit Foto: Majalah Nona

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

IKLAN
Share