Wah, meriahnya majlis gender reveal anak jutawan Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan ini! Dalam perkongsian di media sosial Chryseis Tan baru-baru ini, isteri kepada SM Faliq SM Nasimuddin sudah pun memasuki usia kehamilan 29 minggu dan bakal timang anak kedua.
Tampil dengan persalinan serba putih, dekorasi mewah dan eksklusif ketika majlis berkenaan nyata menarik perhatian warga maya.
Berkonsepkan dekorasi bulan dan bintang, pendedahan jantina bayi Chryseis dan SM Faliq turut diserikan dengan kehadiran ibu bapa, adik-beradik dan kenalan rapat.
Saat belon berisi warna melambangkan jantina bayi diletupkan dan kotak gergasi dibuka, kelihatan wajah teruja dan gembira tetamu apabila mendapati warna biru bertebaran di segenap ruang. Menandakan pasangan suami isteri berkenaan bakal menimang cahaya mata lelaki!
Ads
Chryseis dalam pada itu berkongsi kapsyen ringkas, “Excited to grow our little family.”
Chryseis Tan, anak kepada Tan Sri Vincent Tan dan Puan Sri Esther Tan sah bergelar isteri kepada anak Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin, SM Faliq SM Nasimuddin pada Februari 2018. Mereka saling mengenali sejak zaman persekolahan di sebuah sekolah antarabangsa.
Ads
Kedua-duanya memegang jawatan tinggi di dalam syarikat milik keluarga masing-masing. SM Faliq merupakan Timbalan Pengerusi Eksekutif di Naza TTDI manakala Chryseis pula merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square Berhad.
Ramadan sudah pun melabuhkan tirai dan Syawal akhirnya menjelang tiba 10 April lalu. Setiap kali musim perayaan pastinya gambar Hari Raya golongan VIP dan selebriti tanah air menjadi perhatian. Salah satunya ialah perkongsian momen hari raya isteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin ini yang meraih lebih sejuta tontonan.
Ahli Parlimen Kinabatangan ini memuat naik video seisi keluarga menyambut lebaran di media sosial miliknya nyata mencetuskan pelbagai reaksi.
Rata-rata mereka memuji keakraban isteri pertama dan kedua Datuk Seri Bung Moktar iaitu Datin Seri Nor Asidah Alimuddin dan Datin Seri Zizie Izette.
Lebih bermakna, kesemua anak dan menantu turut sama bergambar di pagi Syawal. Memang meriah keluarga Datuk Seri Bung Moktar!
Ujar ahli politik ini, “Ya Allah rahmatilah keluarga kami ini, berikan kami kebahagiaan dunia dan akhirat. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfıtri maaf zahir batin.”
Datin Seri Zizie berkahwin dengan Datuk Seri Bung Moktar pada tahun 2009 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan anak kembar lelaki iaitu Aadam Zac dan Aaleph Zeke serta seorang anak perempuan, Aalisa Belle Izette.
Pasangan ini turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zaryn Izette.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah 8 tahun menanti zuriat sendiri seperti yang diimpikan dan diharapkan, akhirnya pada tahun ini pelawak terkenal Achey dan isteri berkongsi berita kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka di laman Instagram miliknya.
“Alhamdulillah, rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara, setelah 8 tahun bersama dan masih belum punya rezeki, anak ini hadir untuk mengisi kekosongan itu”, tulis Achey.
Achey dan isteri. Nor Hasanah, bersepakat untuk mengambil anak angkat perempuan pada Ramadan yang ke-6 lalu. Bayi perempuan itu diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir dan dilahirkan pada 15 Mei 2018.
Achey turut mengambil keputusan untuk membuka akaun baru instagram anak perempuannya itu bagi tujuan berkongsi gambar dan video terkini tentang perkembangan anaknya itu yang kini berusia sebulan. Tahniah Nona ucapkan dan semoga Allah membuka lagi pintu rezeki untuk kalian berdua dan impian untuk memiliki cahaya mata sendiri tercapai. Jaga Tiara elok-elok ya!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fair & Lovely, salah satu jenama kecantikan terkemuka di Malaysia sekali lagi menawarkan biasiswa bernilai RM200,000 menerusi Biasiswa Fair & Lovely. Matlamat program biasiswa tersebut adalah untuk menggalakkan golongan wanita merealisasikan impian mereka dan memiliki masa depan yang lebih cerah menerusi pendidikan.
Biasiswa Fair & Lovely ini telah membantu seramai 80 wanita muda sejak tahun 2016 dan untuk tahun ketiga ini, penerima biasiswa bukan sahaja mendapat biasiswa tetapi akan turut menikmati peluang lain yang disediakan oleh Unilever Malaysia.
Menurut Pengurus Jenama Fair & Lovely, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. Lin Meiyi, program Biasiswa Fair & Lovely telah berjaya mencipta sebuah platform bagi wanita muda Malaysia yang memerlukan bantuan kewangan untuk mendapat asas penting yang diperlukan bagi membina masa depan yang lebih cerah.
Pada tahun ini, sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan bersama program biasiswa tersebut, Fair & Lovely akan membangunkan sebuah komuniti maya untuk semua pemegang biasiswanya. Mereka boleh berhubung antara satu sama lain di dalam komuniti ini dan mendapatkan perkembangan terkini tentang peluang yang disediakan oleh Unilever Malaysia seperti bengkel kemahiran temu duga, bengkel kerjaya dan perkongsian kepimpinan wanita yang disampaikan oleh eksekutif wanita Unilever Malaysia.
Seramai 40 wanita muda berpeluang menerima Biasiswa Fair & Lovely. Biasiswa ini terbuka kepada wanita muda yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan ijazah di universiti awam tempatan. Pemohon hendaklah memperolehi minimum CGPA 3.0 dan aktif di dalam bidang ko-kurikulum. Pilihan berdasarkan undian tertinggi daripada tujuh buah universiti awam yang mengambil bahagian.
Tahun lalu, program Biasiswa Fair & Lovely mendapat sambutan menggalakkan dengan kadar permohonan 50% lebih tinggi iaitu 12,044 permohonan daripada 23 buah universiti awam berbanding hanya 8,000 permohonan yang diterima pada tahun 2016.
Nur Qurratuaini Abdul Malek, salah seorang penerima biasiswa Fair & Lovely pada tahun 2017 dari UiTM Shah Alam berkata, “Saya berasal dari Pahang dan mempunyai 6 orang adik beradik. Sebelum menerima tawaran melanjutkan pengajian ke UiTM, saya pernah berkerja sambilan dan berdepan cabaran untuk membahagikan masa di antara kerja dan pelajaran. Walaubagaimanapun, selepas menerima Biasiswa Fair & Lovely, beban keluarga saya semakin ringan dan kini saya semakin hampir untuk merealisasikan impian saya.
Suatu ketika dulu, saya menganggap hasrat untuk mencapai cita-cita dan impian hanya sekadar angan-angan yang tidak mampu untuk dicapai tetapi dengan Biasiswa Fair & Lovely, angan-angan itu semakin menjadi realiti! Saya amat gembira dan bersyukur atas pemberian biasiswa ini.”
Langkah 1: Pemohon hendaklah menyerahkan permohonan mereka dan sebuah esei mengenai sumbangan mereka kepada komuniti daripada apa yang telah mereka pelajari di universiti. Serahan dalam bentuk video adalah pilihan tetapi digalakkan kerana ia meningkatkan lagi peluang dalam proses pemilihan penerima biasiswa.
Langkah 2: Pemohon perlu mengundi untuk universiti mereka. Seramai 40 pelajar akan dipilih dari 7 buah universiti yang mendapat undian tertinggi.
Langkah 3: Para pemohon boleh meminta untuk mendapatkan sampel percuma setelah membuat permohonan di portal mikro.
Fair & Lovely berazam untuk terus menyediakan asas kukuh yang memperkasakan golongan wanita untuk mencapai impian dan meningkatkan keyakinan diri mereka dari segi luaran dan dalaman.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.