“Kembali tidur untuk melanjutkan mimpi, atau bangun tidur untuk mewujudkan mimpi.”
Haliza Maysuri.
Itu antara petikan kata-kata jutawan terkenal, Haliza Maysuri yang merupakan pengasas Bawal Exclusive Sdn Bhd. Maksudnya penuh tersirat, usah terus leka dengan apa yang kita ada sekarang.
Sebagai usahawan yang sudah banyak melalui pelbagai cabaran getir terutama ketika mula-mula berniaga, Haliza sentiasa tenang dan positif.
KONGSI TIP PERNIAGAAN
Selain gemar berkongsi hobi memasak di Instagram peribadinya, Haliza juga sering berkongsi nasihat dan tip-tip perniagaan khas buat para peniaga di Malaysia.
Haliza menitipkan 8 cara bagaimana untuk bangkit semula dalam perniagaan seterusnya kembali berada di landasan kejayaan.
Harus ada matlamat dan hala tuju syarikat. 5-10 tahun akan datang syarikat harus capai target contohnya dari menyewa kedai kecil, melangkah setapak lagi dengan menyewa butik yang lebih besar dan berterusan dengan membeli bangunan sendiri.
Jangan sesekali ‘merompak’ syarikat sendiri. Contohnya membeli barangan mewah dengan menggunakan duit syarikat. Sebaiknya, jadikan duit itu sebagai modal pusingan perniagaan bagi menjadikannya lebih besar lagi.
Bersama suami tersayang yang menjadi tulang belakang utama kepada Haliza.
Jangan ‘tidur’ terlalu lena dalam perniagaan. Walau sudah selesa sentiasalah tanamkan dalam diri yang perniagaan ini baru saja bermula. Jika terlalu leka dan tidur terlalu lena kita sendiri yang sebenarnya membuka peluang kepada pesaing untuk menguasai pasaran kita.
Sentiasa memahami kehendak pelanggan dan melayan sama rata setiap pelanggan dengan keikhlasan serta kejujuran. Kadang-kadang pelanggan kekal berpuluh tahun dengan kita adalah disebabkan layanan dan keikhlasan kita itu.
Dekorasi butik Bawal Exclusive. Mewahnya!
Selalu upgrade diri dalam mencari ilmu dan merangka strategi terkini.
Nawaitu kena betul. Niatkan “Saya berniaga demi anak-anak agar mereka hidup selesa, saya berniaga nak kaya supaya boleh bayar zakat yang banyak seterusnya boleh berkongsi manfaat bersama orang lain.”
Ads
Hati kena bersih. Jangan dengki dengan perniagaan orang yang lebih hebat. Itu rezeki dia. Rezeki kita Allah dah tetapkan.
Untuk berjaya dan kekal berjaya dalam tempoh yang lama, kita kena suka lihat orang lain bahagia dan berjaya. Kena suka setulus hati. Sokong sungguh-sungguh! Tidak bermuka-muka. Ketika kawan-kawan, adik beradik, kenalan lama, kenalan baru atau mereka yang baru kita kenal sedang meraikan kejayaan, kita support dengan cara kita. Raikan dengan jiwa telus dan tulus. InshaaAllah, kejayaan lebih mudah menghampiri kita.
Pengalaman berniaga di pasar malam serta pernah memiliki gerai kecil di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur telah membina jati diri usahawan Bumiputera berusia 42 tahun ini.
Selama 22 tahun Bawal Exclusive kukuh di pasaran, bukan satu tempoh yang singkat. Pelbagai rintangan diharungi Haliza dan suami, Mohd Rosli Awang demi meletakkan label ekslusifnya itu di tahap gah bukan hanya di Malaysia bahkan luar negara.
Ads
Walaupun bergelar jutawan namun Haliza sentiasa menjadi seorang yang merendah diri. Ini kerana Haliza mengakui dirinya tidaklah terlalu hebat kerana berpendapat ramai lagi usahawan Malaysia yang lebih hebat darinya.
“Inilah saya seadanya, saya tidaklah hebat kerana ramai usahawan Malaysia yang lagi hebat dari saya, tapi saya dewasa dengan pengalaman.
“Moga pengalaman yang selalu saya kongsikan akan memberi manfaat kepada usahawan baru yang nak bermula, ataupun yang sedang jatuh nak bangkit semula.”
SAHABAT BAIK DATIN ANNE NGASRI
Haliza dan Datin Anne Ngasri sememangnya sudah saling bersahabat baik. Hubungan mereka umpama adik beradik. Kedua-duanya hebat dalam bidang karier masing-masing.
Ads
Memetik kata-kata Haliza yang pernah dikongsinya menerusi satu video pendek di Instagram:
“Sahabat yang cantik luar dalam. Bersahabat bukan sebab harta atau nama. Tidak pernah sekalipun cerita buruk orang, pendek kata cantik raut wajahnya secantik akhlak.
“Bukan memuji @annengasri_official eloklah dikongsi sebab ramai bertanya apa rahsia Datin @annengasri-official nampak muda remaja, cantik jelita.”
Semoga persahabatan dua wanita hebat ini berkekalan selamanya.
Kredit Foto: Instagram Haliza Maysuri
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Miss World 2022, Karolina Bielawska dari Poland memiliki kecantikan semula jadi dan tersendiri.
Tinggi, langsing, bijak dan punya senyuman menawan memberi kelebihan kepada jelitawan berusia 23 tahun ini.
Dalam edisi ke-70 Miss World, mahkota bertukar tangan dari Toni-Ann Shingh asal Jamaika ke Karolina.
“Perjalanan hidup adalah paling penting. Namun, setiap hari kita belajar sesuatu yang baru dan memiliki pengalaman unik.
“Apa yang saya raih penuh perjuangan. Kita semua mampu. Percayalah, kita semua mampu menjadi hebat,” ungkap Karolina yang juga seorang prihatin dan berani.
Kenali Karolina melalui beberapa fakta menarik ini:-
Pertandingan Miss World edisi ke-39 yang diadakan pada November 1989 di Hong Kong Convention and Exhibition Centre merupakan kali pertama Uni Soviet menghantar wakilnya.
Aneta Kreglicka dari Poland memenangi pertandingan itu menewaskan 77 peserta yang lain. 33 tahun kemudian, Karolina Bielawska berjaya meraih mahkota Miss World.
Karolina memulakan karier sebagai model sejak usianya 14 tahun. Kemudian, Karolina meneruskan kariernya sebagai penyiar.
Dilahirkan pada 11 April 1999, Karolina seorang yang sukakan cabaran dan gaya hidup lasak seperti melakukan scuba diving, hiking dan flying fox.
Dalam pertandingan Miss World 2022, Karolina membuat program ‘Beauty with a Purpose’ bertajuk ‘Zupa Na Pietrynie’.
Ia memfokuskan kepada misi kemanusiaan, memberikan bantuan dan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat.
Karolina gemar membaca buku tentang motivasi diri.
Selain itu, Karolina turut berimpian untuk bergelar seorang motivasi suatu hari nanti.
Semoga Karolina terus sukses dalam setiap perkara yang diminatinya.
Kredit Foto: Instagram Karolina Bielawska
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja De Fam pasti kenal dengan salah seorang anggotanya iaitu Nur Shazwani Shamsuddin atau lebih mesra disapa sebagai Cik Manggis yang dilihat semakin manis apabila berhijah mengenakan hijab sejak tiga tahun lalu.
Sejak tampil dengan imej lebih muslimah dan sopan, stail dan penampilan Cik Manggis sentiasa menjadi sorotan para peminatnya kerana beliau sering kelihatan ‘On Point’ dalam setiap stail yang digayakannya.
Malah, sejak berhijab Cik Manggis tidak melihat ianya sebagai halangan untuk menjadi diri sendiri dan melakukan sebarang aktiviti lasak sebagai seorang hijabi. Justeru, imej dirinya yang optimis ini sering menerima pujian dari netizen.
Cik Manggis Bukti Wanita \Mampu Ikuti Trend Sukan Ekstrem, ‘Skateboarding’
Cik Manggis sekali lagi menjadi perhatian dan sorotan ramai apabila penyanyi berbakat besar ini juga mempunyai kemahiran dan kebolehan bermain skateboard.
Rata-rata wargamaya akui terkedu melihat ‘performance’ Cik Manggis yang lincah meluncur diatas papas selaju (Skateboard)
Mana tidaknya, menerusi sebuah video yang tular di laman sosial memaparkan, Cik Manggis yang menaiki papan selaju seperti seorang proffesional, lantas membuatkan netizen membanjiri ruangan komen hantaran berkenaan dengan pelbagai maklum balas berserta puji-pujian.
“Aku rasa Cik Manggis ni kau bagi la apa pun.. Semua dia boleh.
“Salute.. Even muslimah sekarang but u in trend sis🥰..
“Akak ni tapau semua. Semua akak boleh. Love sangat energy akak. Stay safe kak. Jangan injured lagi tau 🥰
Malah, ada juga peminat yang menyatakan bahawa Cik Manggis adalah anak seni yang serba boleh, kerana jika berikan apa sahaja kepada selebriti ini tentu dia boleh melakukannya.
Hijabista mendapati video berdurasi pendek yang dikongsikan dilaman sosial, memaparkan Cik Manggis sedang bermain skateboard itu telah menerima ribuan tanda suka dan menimbulkan rasa kagum dikalangan netizen.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA!
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di Telegram
Foto parti sambutan hari jadi ke-50 seorang wanita bernama Puspa Dewi, heboh bertebaran di media sosial sejak 29 September 2017 lalu. Manakala tahun lalu wanita ini telah menyambut ulang tahun yang ke 51 tetapi penampilannya tetap kelihatan muda remaja. Pasti ramai wanita yang mencemburui kejelitaan wanita ini dan ingin tahu apakah rahsia yang diamalkan.
Angka 51 itu langsung tidak mencerminkan wajah Puspa Dewi, seorang ibu separuh abad yang kelihatan seperti gadis remaja. Orangnya nampak muda betul!
Pada awal tahun ini anak lelakinya, Dennis Hadi merupakan seorang fitness & nutrition experts telah berkahwin dan apabila digandingkan bersama Puspa Dewi dan menantunya umpama sebaya.
Sering dilihat tersenyum manis, ibu kepada Dennis Hadi dan Daniel Hadi itu sebenarnya merupakan seorang pegawai bank yang disegani di Bank Danamon Indonesia. Beliau juga kerap membantu menjalankan perniagaan katering anak sulungnya iaitu HadiKitchen Healthy Catering.
Apabila menyelongkar gaya hidup Puspa Dewi, ternyata ada 3 amalan yang selalu dibuat oleh wanita beranak dua yang mesra disapa sebagai Mama Hadi ini.
(1) Aktif berzumba dan bersenamrobik. Tengoklah, lincah gerakannya!
(2) Mengamalkan pemakanan sihat dan melebihkan sayur-sayuran. Setiap kali tibanya waktu makan tengah hari, pek makanan Puspa Dewi akan dihantar sendiri oleh anaknya dari HadiKitchen Healthy Catering. Sedap dan berkhasiat!
(3) Sentiasa menjaga penampilan diri, gayanya persis anak remaja.
Selain gaya hidup aktif dan sihat, Puspa Dewi juga selalu dikelilingi ahli keluarga serta rakan-rakan yang positif. Beliau sentiasa positif dan berusaha menjauhi tekanan dengan melancong ke pelbagai tempat.
Nah, mungkin banyak ‘amalan’ wanita ini yang boleh kita amalkan dari sekarang. Maklumlah, siapa nak nampak berusia kan? Dengarnya Puspa Dewi ni juga adalah ibu saudara selebriti terkenal iaitu Sandra Dewi.
Sumber: Instagram @puspadewihc
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.