Penampilan Victoria Beckham, Anna Wintour dan Miranda Kerr sering kelihatan hebat dengan sepasang kaca mata hitam. Aksesori ini bukan sekadar item fesyen semata-mata, malah turut menjadi pendorong kejayaan mereka hari ini. 

Mengapa wanita ikonik seperti mereka sentiasa berkaca mata hitam? Menurut Victoria Beckham di Harper’s Bazaar, kaca mata hitam melindungi pelbagai ‘kekurangan’ pada wajahnya. “Seperti ibu-ibu lain, saya juga selalu berjaga malam untuk anak-anak. They hide a multitude of sins.

Ads

Kaca Mata Hitam Buat Diri Lebih Confident, Tak Sah Bagi WANITA SUKSES Tanpa Aksesori Wajib Ini!

Editor-in-chief Vogue, Anna Wintour berkata di The Cut, “Kaca mata hitam sangat berguna walaupun dikenakan dalam bangunan. Jika saya bosan menghadiri sesuatu pertunjukan, tiada yang tahu pun! Ia macam ‘perisai’,” katanya.

Kaca Mata Hitam Buat Diri Lebih Confident, Tak Sah Bagi WANITA SUKSES Tanpa Aksesori Wajib Ini!

Aktres dan supermodel Australia, Miranda Kerr pula mengenakan kaca mata hitam untuk kesihatan matanya. Amalan ini sememangnya menjadi kebiasaan dari awal kerana Australia menerima dedahan matahari yang tinggi. Jadi pemakaian kaca mata hitam amat penting bagi menghalang sinar UV berbahaya yang merosakkan mata.

Kaca Mata Hitam Buat Diri Lebih Confident, Tak Sah Bagi WANITA SUKSES Tanpa Aksesori Wajib Ini!

Mampu Tingkat Keyakinan Diri?

Tahukah anda, sepasang kaca mata hitam berfungsi lebih dari sekadar menahan silau terik mentari? Semak fungsi lainnya yang jarang anda sedari.

(1) Serlahkan Personaliti Diri

Kaca Mata Hitam Buat Diri Lebih Confident, Tak Sah Bagi WANITA SUKSES Tanpa Aksesori Wajib Ini!

Jika anda mahu kaca mata hitam yang dipakai ‘berbicara’ tentang stail anda, pilih rekaan bingkai yang menonjol perhatian dan menyerlahkan sisi kreatif anda.

(2) Menegaskan Bentuk Wajah Yang Cantik

Kaca Mata Hitam Buat Diri Lebih Confident, Tak Sah Bagi WANITA SUKSES Tanpa Aksesori Wajib Ini!

Kaca mata hitam besar bersegi empat umpamanya, mampu menegaskan bentuk wajah wanita yang bulat. Senyuman dan tulang pipi akan kelihatan lebih menarik. Jadi meskipun mata anda yang cantik terlindung di sebalik kaca mata, anda masih tetap kelihatan menawan tanpa berbuat apa-apa.

(3) Melindungi Mata

Ads

Kaca Mata Hitam Buat Diri Lebih Confident, Tak Sah Bagi WANITA SUKSES Tanpa Aksesori Wajib Ini!

Semua orang tahu bahawa kaca mata hitam penting untuk melindungi mata daripada pancaran sinar UV. Pendedahan berterusan terhadap sinar ini boleh menyebabkan katarak, degenerasi makular, fotokeratitis dan sebagainya. Kaca mata juga dapat melindungi mata daripada habuk, alergen dan debris.

(4) Menjaga Kulit Halus Di Sekitar Mata

Kaca Mata Hitam Buat Diri Lebih Confident, Tak Sah Bagi WANITA SUKSES Tanpa Aksesori Wajib Ini!
Koleksi Bonia dengan tatahan Swarovski
Kaca Mata Hitam Buat Diri Lebih Confident, Tak Sah Bagi WANITA SUKSES Tanpa Aksesori Wajib Ini!
Koleksi Bonia dengan tatahan Swarovski

Selain melindungi anak mata, pemakaian kaca mata juga berfungsi untuk melindungi kulit halus di sekeliling mata daripada kedutan pra-matang.

(5) Sebagai Aksesori Yang Versatil

Kaca Mata Hitam Buat Diri Lebih Confident, Tak Sah Bagi WANITA SUKSES Tanpa Aksesori Wajib Ini!

Ads

Memilih sepasang kaca mata hitam sebagai aksesori tidak pernah menjadi keputusan fesyen yang salah. Ia boleh dipakai dengan gaun formal mahupun denim ranggi, semuanya sesuai!

 

 

Kaca Mata Hitam Buat Diri Lebih Confident, Tak Sah Bagi WANITA SUKSES Tanpa Aksesori Wajib Ini!
Koleksi Bonia
Kaca Mata Hitam Buat Diri Lebih Confident, Tak Sah Bagi WANITA SUKSES Tanpa Aksesori Wajib Ini!
Koleksi Bonia

(6) Alternatif Untuk Solekan Mata

Kaca Mata Hitam Buat Diri Lebih Confident, Tak Sah Bagi WANITA SUKSES Tanpa Aksesori Wajib Ini!

Pada kebanyakan masa, kita mungkin terlalu sibuk untuk menyolek bahagian mata dengan sempurna. Dengan memakai kaca mata hitam dapat menyembunyikan bahagian mata yang polos dengan mudah.

Kaca Mata Hitam Buat Diri Lebih Confident, Tak Sah Bagi WANITA SUKSES Tanpa Aksesori Wajib Ini!
Koleksi Bonia
Kaca Mata Hitam Buat Diri Lebih Confident, Tak Sah Bagi WANITA SUKSES Tanpa Aksesori Wajib Ini!
Koleksi Bonia

 

5 Nasihat Membeli Kaca Mata

  1. Pastikan bingkai kaca mata tidak menyentuh kulit pipi. Jika ya, ia mungkin terlalu besar untuk muka anda.
  2. Jangan biarkan kening anda tersorok di belakang kaca mata. Begitu juga saiz bingkai kaca mata besar mestilah tidak melebihi saiz wajah anda.
  3. Jika bingkai sisi kaca mata tidak terletak kemas di telinga anda, ia mungkin terlalu kecil dan tidak sesuai.
  4. Elakkan memilih bingkai yang terlalu besar kerana ia membuat anda terasa berat dan tidak selesa dipakai sepanjang hari.
  5. Buat ujian senyuman. Kalau anda senyum dan kaca mata ‘terangkat’ dari tulang hidung, bermakna ia terlalu kecil untuk saiz wajah anda.

Untuk pilihan kaca mata hitam bagaikan selebriti-selebriti ini, Nona cadangkan anda pilih koleksi kaca mata hitam daripada Bonia yang cukup elegan dan bergaya. Tatahan batu Swarovski tentu sekali menambah tarikan diri anda kala mengenakan kaca mata Bonia!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI