Berkolaborasi dengan syarikat pengilangan tempatan, Tyani, wanita kacukan Melayu-Inggeris ini telah berkongsi rahsia cantiknya dengan mengoptimumkan khasiat ekstrak habbatussauda.
Ads
Suplemen sedia untuk dimakan (ready-to-eat) ini turut menyediakan kebaikan buah delima, vitamin C, kranberi, madu dan banyak lagi. Diadun sempurna untuk melambatkan kesan penuaan dan merangsang kulit bersih serta berseri-seri.
Wanita cantik yang membintangi drama popular 7 Hari Mencintaimu ini menyatakan, ilham untuk mengeluarkan produk ini hadir apabila sering sibuk dengan tugas harian tetapi dalam masa yang sama mahu kekal cantik dan cergas.
Ads
Perkataan güzelim itu sendiri bermakna ‘kecantikanku’ dalam bahasa Turki. Semoga adik kepada vokalis kumpulan popular, Bunface ini terus sukses mengemudi perniagaan miliknya.
Foto: Instagram @sallywho
Dalam pada itu, penghujung tahun 2020 telah membawa tuah buat pelakon cantik ini apabila berjaya mencipta sejarah peribadinya dengan mencipta nama di peringkat antarabangsa.
Siti Saleha telah memenangi anugerah kategori Asian Model sempena penganjuran Asia Model Festival 2020.
Foto: Instagram @sallywho
Mendapat pengiktirafan antarabangsa bukan sesuatu yang mudah kerana terpaksa melalui sistem penghakiman yang efisyen. Sebelum ini anugerah ini pernah diterima oleh dua selebriti popular tempatan iaitu Amber Chia dan Amelia Handerson.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai seorang wanita menggalas tugas sebagai seorang isteri, ibu dan pekerja atau majikan dalam masa yang sama perlukan pengorbanan yang luar biasa. Wanita memang insan yang begitu istimewa dikurniakan semangat yang kental. Kehadiran Ramadan sedikit sebanyak menguji kesabaran dan keimanan dalam membahagikan antara keperluan dunia dan keperluan akhirat.
Memetik Program yang ke udara di ruangan IKIM.Fm baru-baru ini dalam slot Tarbiyah Datuk Ustazah Norhafizah Musa berkongsi tajuk Mujahadah Ramadan. Mujahadah ini berlawan dengan kekuatan iman. Menurut Ustazah Norhafizah ketika menyambut Ramadan berbagai-bagai yang dirancang untuk meraih keberkatan Ramadan itu. Tapi bila saat melaksanakan perancangan tersebut ada satu faktor yang sangat besar yang menjadi punca berjaya atau tidak perancangan tersebut iaitu MUJAHADAH.
Sejauh mana kekuatan kita untuk melawan dengan hawa nafsu, menegakkan apa yang kita rancang, kita mampu menepis kebiasaan hawa nafsu yang sukakan keseronokan, kesenangan serta bermalas-malas. Kita perlu ubah dalam hari-hari puasa yang masih berbaki agar tidak menjadikan Ramadan ini sebagai rutin yang biasa sahaja.
Sebagai isteri dan ibu kena masak untuk berbuka masak dan bangun awal pagi untuk sahur pula. Memang penat tapi perlu titipkan elemen MUJAHAD agar kita mampu melakukannya. Buat benda baik pasti akan timbul perasaan bermalas-malas, penat dan bertangguh. Sebab itu, mari kita menginsafi bahawa Allah SWT sedang menguji kita. Biar untuk 30 hari Ramadan kita letakkan ikhtiar perjuangan untuk melawan, mendidik dan menguruskan hawa nafsu itu dengan baik.
Allah menguji kita dengan cara yang sangat ihsan dengan kadar keimanan yang ada dalam diri kita. Kita kuatkan iman untuk melawan hawa nafsu ketika Ramadan. Baru beberapa yang berlalu, berapa markah kita? Begitu sukar untuk mendapat markah penuh. Kalau bab kita bersama anak-anak mahu markah yang tertinggi. Tetapi bila bab kita dengan Allah SWT terlalu berkira.
Ramadan Adalah Bulan Berdoa
Rasulullah SAW bercerita dengan Aisyah. Di malam Ramadan terdapat satu malam yang sangat istimewa iaitu Lailatulqadar. Kalau kamu mahu bertemu malam ini, perbanyakan amalan kamu, banyak kan doa. Lalu Aisyah bertanya nabi, apa doa terbaik yang boleh minta. Lalu jawab Rasulullah doa yang terbaik adalah “Ya, Allah sesungguhnya Engkau Maha mengampunkan, dan suka mengampunkan dan ampunkanlah aku.”
Tip Mujahadah Di Bulan Ramadan
Cadangan: Kalau kita tak mampu mujahadah gantikan dengan menangis. Tak larat pergi terawih, gantikan dengan menangis. Kena ada rasa takut. Belajar menangis. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak dulu suka tengok kehidupan keluarga pelakon Ashraf Muslim bersama dua isteri serta anak-anaknya. Biarpun hidup berpoligami tetapi Ashraf berjaya membahagiakan dan menjadi suami yang terbaik buat kedua-dua isteri tersayang, Dr Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi.
Malah, kebahagiaan mereka itu sering menjadi tumpuan ramai dan antara contoh pekahwinan berpoligami yang harmoni. Walaupun hidup bermadu tetapi hubungan isteri-isteri Ashraf sangat akrab. Sama-sama cantik, lemah lembut, pandai masak dan berjiwa keibuan.
Pada 12 September 2022 yang lalu, genaplah usia Ashraf yang ke-41. Tanpa pengetahuannya, kedua-dua isteri kesayangan yang digelar Mama dan Ibu itu telah berpakat membuat kejutan dengan memilih air terjun sebagai lokasi. Memang rare!
Biarpun disambut dalam suasana santai dan sederhana, tetapi momen itu sangat bermakna buat Ashraf. Memetik kata-katanya di akaun Instagram, dia memohon maaf kepada kedua-dua isteri dan berpesan agar menjaga anak-anak dengan baik sekiranya dia pergi dulu.
“Happy birthday to me! Cerita semalam plan pergi berkelah jer. Gigihlah pagi-pagi semua orang bangun nak pergi berkelah. Ingatkan sebab nak bawak anak-anak pergi mandi manda yerlah kan cuti sekolah. Angkatlah barang-barang semua gigih naik tangga.
“Duk cakap dalam hati apa yang beriya sangat sampai macam-macam barang dibawaknya. Haa.. sampai je kat atas setup-setup tempat makan dan terkejut AM bila Mama Ibu setupkan semua ni untuk AM.
“Terima kasih Mama Ibu kerana meraikan birthday AM ke 41 ni. Dah tua dah. Huhuhu. AM doakan semoga Mama Ibu sentiasa dimurahkan rezeki, diberkati dunia dan akhirat. Maafkan ayah salah silap selama ini.
“Jika ayah pergi dulu jagalah anak-anak dengan baik. I love you all.”
Dr Dayana dan Sakinah turut berkongsi ucapan ringkas buat suami tercinta mereka itu di akaun Instagram @ashrafslegacy:-
“Happy Birthday ayah. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Sentiasa jaga hati untuk Mama, Ibu dan anak-anak ok! Terima kasih kerana menjadi imam yang baik buat kami.
Lots of love, Mama & Ibu Sarah, Adam, Anas & Safiyyah”
BELAJAR MEMBERI & MENERIMA
Pernah berkongsi kepada Majalah Nona sebelum ini, Ashraf menganggap perkahwinan mereka itu adalah satu ukhwah terhebat dalam hidupnya. Dayana dan Sakinah adalah amanah Allah SWT kepadanya untuk mendidik mereka menjadi isteri yang solehah.
Manakala bagi Dr Dayana pula, sebagai isteri pertama dia bersyukur mengenali Sakinah yang dianggapnya seperti sahabat yang sentiasa ada bersama. Menurutnya, apabila berkongsi kasih seorang suami, tolak ansur adalah sangat penting.
Ashraf juga sering mengingatkan mereka tentang sabar selain belajar untuk memberi dan menerima demi kebahagiaan bersama. Dr Dayana dan Sakinah bersyukur kerana dikurniakan suami yang adil dan bertanggungjawab.
Dalam pada itu, Sakinah menyatakan, menggalas status isteri kedua bukannya mudah namun dia melaluinya dengan tenang dan bahagia. Walaupun usianya lebih tua daripada Dr Dayana namun dia tetap menghormatinya.
“Saya kagum dengan sikap Dayana yang sentiasa tenang dan tidak mudah melatah. Bila bermadu masing-masing kena faham peranan termasuklah berkaitan giliran. Kami tidak akan ganggu privasi masing-masing terutama ketika giliran.”
Untuk info, Ashraf dan Dr Dayana berkahwin pada Ogos 2011 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf yang kini berusia 7 tahun.
Manakala perkahwinan Ashraf dengan Sakinah pada Julai 2013. Mereka dikurniakan tiga anak iaitu Sarah Ashraf, 8, Adam Ashraf, 7, dan Safiyyah Ashraf, 3.
Kredit Foto: Instagram Ashraf Muslim & Ashrafs Legacy
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejelitaan Queen Rania Al Abdullah telah mencuri perhatian seluruh pelusuk dunia. Setiap kali muncul di majlis pasti penampilan Ratu Jordan ini menjadi bahan bualan. Namun, keperibadian yang dipamerkan lantas sering bermesra dengan rakyat jelata ini menjadikannya wanita inspirasi dunia. Tidak hairan bila Ratu Rania pernah dikurniakan Anugerah Personaliti Berpengaruh di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu.
Ratu Rania memperoleh ijazah perniagaan dari American University of Cairo ini merupakan isteri kesayangan Raja Abdullah II. Raja dan Ratu Jordan ini telah dikurniakan 4 orang cahayamata iaitu 2 orang putera dan 2 orang puteri, Putera Mahkota Hussein, Puteri Salma, Puteri Iman dan Putera Hashem.
Baru-baru ini puteri kesayangan Ratu Rania, Puteri Salma bint Abdullah telah mencipta sejarah negara Jordan itu sendiri apabila menjadi wanita pertama yang berjaya lulus latihan teori dan praktikal sebagai juruterbang dengan Angkatan Tentera Jordan. Pengumuman rasmi ini telah dikeluarkan oleh Royal Hashemite Court.
Puteri Salma yang merupakan anak ketiga kepada pasangan diraja ini telah menerima pengiktirafan daripada ayahandanya sendiri iaitu Raja Jordan dalam sebuah majlis yang berlangsung di Istana Amman Al Husseiniya. Dalam majlis tersebut Raja Abdullah II telah meletakkan lencana penerbangan ke atas uniform tentera milik anaknya.
Puteri bongsu pasangan diraja ini telah mengambil langkah berani menyertai dunia ketenteraan seperti ayah dan abangnya. Puteri yang baru berusia 19 tahun ini merupakan pelajar lulusan Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom dan menamatkan pengajian di sana pada November 2018.
Ratu kesayangan Jordan itu turut menyaksikan majlis bersejarah dalam hidup puterinya bersama-sama anak sulungnya, Tengku Mahkota Putera Hussein. Ratu Rania seperti biasa tampil cantik dan anggun mengenakan mini dress berwarna ungu. Cita rasa fesyennya yang tinggi dan menarik menjadikan beliau kerap dipaparkan di dalam majalah fesyen Amerika.
Selepas menjadi Ratu Jordan, Rania aktif menjadi duta untuk banyak pusat kebajikan dan menjadikan perkara ini sebagai salah satu agenda utamanya sebagai seorang permaisuri.
Sumber: AlJazeera.com
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!