Kagum Bila Neelofa Hafal Setiap Bacaan Solat Dalam Bahasa Malaysia. “Fahami Maksud Itu Lebih Utama”-Neelofa

Umum sedia maklum  pelakon, pengacara dan ahli perniagaan  Neelofa bakal menginjak  usia 30 tahun esok ( 10 Februari) Tahun ini, Neelofa memilih untuk menyambut hari ulangtahun kelahirannya dengan menganjurkan majlis keagamaan bertempat di Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail.

Dihadiri oleh ahli keluarga, rakan rapat dan hampir 150 peminat, majlis yang diberi jolokan Light and Love Saturdate tersebut dikelolakan oleh Imam Muda Asyraf.

Uniknya, majlis kegamaan ini berkonsepkan perkongsian ilmu yang memberikan fokus terhadap cara untuk mengerjakan solat dengan lebih sempurna.

Selain kelas teori, aturcara majlis juga merangkumi sesi soal jawab, demo solat, serta cara bacaan dalam solat yang betul. Lebih menarik, Neelofa juga sudi untuk melakukan demo solat dan cara bacaan solat dengan maksud dalam Bahasa Melayu. Ia dilakukan untuk menambah pemahaman dalam bacaan solat. Ternyata para hadirin kagum dengan kebolehan Neelofa menghafal setiap rukun dalam solat dalam Bahasa Melayu bagi menunjukkan bahawa aspek pemahaman dalam setiap pergerakan atau bacaan solat penting untuk menambahkan rasa kusyuk dalam solat. Selain itu, para tetamu turut berpeluang membetulkan bacaan surah Al Fatihah sambil dibimbing oleh guru agama bertauliah serta Imam Muda Asyraf.

Ditanya mengenai majlis pada hari ini, Neelofa berkata: “Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Rata-rata mereka yang hadir nampak begitu bersemangat untuk mendalami ilmu.

“Lofa sendiri tidak sangka, majlis yang dirancang agak lambat ini mendapat sambutan yang sangat baik. Hampir 500 orang memohon untuk menghadirkan diri. Bagaimanapun, pihak kami hanya mampu menyediakan tempat untuk 150 orang sahaja.

Katanya lagi: “Melihatkan pada sambutan baik yang diterima, insya-Allah, Lofa akan cuba menganjurkan majlis sebegini dengan lebih kerap untuk manfaat bersama. Seronok melihat peserta begitu bersemangat menghabiskan kelas pada hari ini.”

Light and Love Saturdate bukanlah acara keagamaan pertama yang dianjurkan oleh pihak Neelofa. Sebelum ini mereka juga aktif menganjurkan beberapa kelas berbentuk kerohanian. Sebelum menghadiri majlis, Neelofa turut meluangkan masa bersama para peminat yang membuat surprise ke hari jadi buat Neelofa yang ternyata terharu dengan ingatan serta doa para peminatnya. Selamat ulang tahun Neelofa!

IKLAN
Share