Terpesona dengan kemunculan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin di sebuah majlis istimewa baru-baru ini.
Hadir dalam persalinan polos biru lembut dan aksesori rantai leher labuh, penampilan minimalis Tengku Permaisuri Norashikin pastinya menarik perhatian khalayak.
Ads
Menerusi perkongsian di laman rasmi Facebook Selangor Royal Office, Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat merasmikan pameran seni yang berlangsung di Hab Media Kreatif dan Teknologi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Difahamkan ia merupakan pameran solo ‘Art Jamila 2022’ berjudul ‘A Voyage of Moments’ yang diadakan bersempena Hari Autisme Sedunia pada 2 April 2022.
Ads
Ketibaan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin itu sekaligus mengangkat hasil karya seorang Artis Istimewa iaitu Wan Jamila Binti Wan Shaiful Bahri atau lebih dikenali dengan nama Artjamila.
Ads
Pameran seni Jamila ini berlangsung mulai 29 Mac hingga 15 April 2022.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alahai, sweet betul layanan Tengku Datuk Seri Zafrul terhadap isteri tercinta. Lebih-lebih lagi sempena ulang tahun kelahiran suri hati kesayangan, Yang Mulia (YM) Raja Datin Seri Johanna Adrina Raja Arshad.
Meskipun baru pulang dari tugasan rasmi di luar negara tetapi Menteri Perdagagangan Antarabangsa dan Industri ini ceria meraikan hari lahir YM Raja Johanna Adrina atau mesra disapa Dina.
Sebagai suami, ‘hilang’ rasa penat bekerja apabila selamat pulang ke rumah dan tengok wajah isteri dan anak-anak.
Berkongsi momen bahagia itu di media sosial, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memuat naik foto di sisi YM Raja Johanna Adrina bersama dua anak kesayangan.
Kongsinya, “Happy birthday Dina! Syukur alhamdulillah, sempat tiba di rumah dari lawatan rasmi ke Afrika untuk menyambut hari istimewa ini, walaupun hanya dapat meraikan dengan si bongsu dua orang!
Seronoknya dapat kembali ke pangkuan keluarga! Sudah tentu kami rindu sangat-sangat Zahra dan Zaeem, nanti kita celebrate lagi bila semua berkumpul ya!”
Difahamkan YM Raja Johanna Adrina kini meniti usia 48 tahun. Walau menghampiri usia 50 tahun namun penampilan dan raut wajah kerabat diraja Selangor – Negeri Sembilan ini tetap kelihatan awet muda.
Mana tidaknya, YM Raja Johanna Adrina dan Tengku Zafrul mengamalkan gaya hidup sihat. Ada saja waktu terluang, pasangan ini akan beriadah dan joging bersama anak-anak.
Jun lalu, mereka selamat mengerjakan ibadah haji. Tahun ini usia perkahwinan Tengku Zafrul dan Raja Johanna Adrina mencecah 14 tahun.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel.
Semoga rumah tangga Tengku Datuk Seri Zafrul dan Raja Datin Seri Johanna berkekalan hingga ke syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibarat gemerlap sinar keemasan menjadi saksi majlis tayangan perdana filem aksi Mission Impossible Fallout baru-baru ini yang dibawakan khas oleh Bio-essence, rangkaian penjagaan kulit terkenal. Majlis tayangan perdana yang bertempat di MBO, The Starling Mall Petaling Jaya ini turut penampilan selebriti terkenal dan juga Duta Bio-essence, Scha Alyahya. Dalam majlis ini juga Scha berpeluang menonton bersama peminat tersayang.
Pelakon dan ibu kepada Lara Alana ini dalam diam telah lebih 10 tahun menjadi duta kepada produk Bio-essence. “Memang benar saya sudah menjadi duta kepada produk ini lebih daripada 10 tahun. Kalau nak diikutkan banyak produk lain cuba melamar saya menjadi duta produk mereka.
Tetapi saya sangat setia dengan Bio-essence kerana mereka adalah orang pertama yang mempercayai saya untuk menjadi duta produk mereka di awal pembabitan saya dalam dunia seni,” tutur Scha sambil memegang salah satu produk terbaharu Bio-essence.
Menurut pelakon yang turut membintangi drama Ti Amor Sweetheart 100 Hari ini, produk jenama ini adalah pilihan terbaik untuk kulitnya, “Saya agak cerewet menerima tawaran ini pada mulanya kerana memiliki kulit yang sangat sensitif. Setelah menggunakan produk Bio-essence selama beberapa bulan baharu saya yakin untuk terus menggunakannya dan menerima tawaran sebagai duta mereka lebih 10 tahun lalu.
Bio-essence sangat efektif terhadap kulit saya. Kelebihan produk ini yang paling penting efektif dan tidak melekit. Gold water pula merupakan serum yang digunakan sebelum pakai pelembap. Gold flakes ini berfungsi untuk menegangkan muka, mengurangkan kedut dan yang paling penting boleh tutupkan pori-pori di kulit wajah.
Apabila usia meningkat pori-pori semakin besar dan tak cantik serta boleh menyebabkan jerawat tumbuh. Gold water ini boleh membantu menutup pori-pori wajah. Apabila melihat keberkesanan produk ini mereka mencipta pula rangkaian Rose Gold pula.
Antara produk yang menjadi favorite saya adalah facial mist. Selain itu rangkaian Tanaka dan semua rangkaian produk Bio-essence memang sangat sesuai dengan kulit saya. Saya dapat rumuskan produk ini adalah yang terbaik untuk orang Asia,” bicara Scha yang tampil hebat pada malam itu.
Sebagai seorang selebriti bukan mudah untuk terus kekal dalam industri terutama apabila media sosial mula menguasai alam maya. “Bagi saya untuk stay relevant dalam industri kita perlu mempunyai produk terbaharu. Saya baharu sahaja habis bikin filem dan akan bersambung pula dengan telemovie yang akan membuat penggambaran di Amsterdam. Sekurang-kurangnya perlu ada satu atau dua produk untuk terus kekal dalam industri,” terang isteri kepada selebriti Awal Ashaari.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rakaman detik cemas oleh penduduk kampung apabila langit siang bertukar gelap seperti tengah malam menceritakan betapa dahsyatnya bencana Letusan Semeru di Indonesia. Dalam kegelapan, ribuan penduduk kampung berlarian menyelamatkan diri selepas lahar dimuntahkan gunung berapi Semeru mengalir ke perkampungan mereka dengan awan hitam menakutkan, menyelubungi seluruh kawasan Lumajang, di wilayah Jawa Timur itu.
Lewat penghujung tahun ini, satu persatu bencana alam mula singgah ke dada akhbar. Bumi semakin tenat, seolah mengingatkan kita agar tidak terus terbuai dengan keseronokan dunia.
Belum reda kisah letusan gunung berapi terbesar di dunia, Mauna Loa di Hawaii selepas 40 tahun ‘tertidur’ minggu lepas, semalam gempar pula bencana seterusnya di negara jiran.
Memetik sumber Sinar Harian, gunung berapi Semeru meletus untuk tempoh tiga tahun berturut-turut.
Bayangkan dalam keadaan mencemaskan, sambungan Internet terputus dan isyarat telefon tidak berfungsi, sukarelawan terpaksa memberi amaran berpindah hanya dengan pukulan gendang buluh.
Muntahan lahar panas yang mengalir pantas menenggelamkan rumah-rumah kampung. Allahu, tak terbayang bagaimana dahsyatnya bencana ini.
Situasi tambah huru-hara selepas perkampungan tersebut dihujani debu gunung berapi ketika usaha pemindahan dilakukan.
Simpati melihat golongan tua, wanita dan kanak-kanak yang berlari-lari menyelamatkan diri, sementara penduduk lelaki cuba menyelamatkan harta benda dalam proses tersebut.
“Keadaan terlalu gelap. Saya tidak boleh melihat apa-apa dengan keadaan hujan bercampur debu. Tetapi, kami perlu segera berpindah.” Penduduk kampung
Sementara itu, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) memaklumkan Semeru masih dalam fasa letusan walaupun saiz awan debu semakin berkurangan.
Pihak berkuasa menaikkan status amaran pada tahap tertinggi selepas Semeru yang berketinggian 3,676 meter membebaskan debu tebal dan memuntahkan lahar yang berlaku genap setahun selepas letusan pada tahun lalu yang meragut puluhan nyawa. Gunung Semeru merupakan gunung tertinggi di Jawa.
Takziah buat mangsa dan penduduk Letusan Semeru. Doa kami semoga beroleh keselamatan dan kehidupan segera pulih dengan izin Allah SWT.
********************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
********************
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah buat Uyaina Arshad dan Raja Syahiran atas kelahiran cahaya mata ketiga mereka. Syukur kepada Allah, pengacara jelita berkenaan selamat melahirkan permata hati yang merupakan anak lelaki ketiga mereka pada 28 Januari lalu. Khabar gembira itu dikongsikan Uyaina di media sosial miliknya.