Terpesona dengan kemunculan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin di sebuah majlis istimewa baru-baru ini.
Hadir dalam persalinan polos biru lembut dan aksesori rantai leher labuh, penampilan minimalis Tengku Permaisuri Norashikin pastinya menarik perhatian khalayak.
Ads
Menerusi perkongsian di laman rasmi Facebook Selangor Royal Office, Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat merasmikan pameran seni yang berlangsung di Hab Media Kreatif dan Teknologi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Difahamkan ia merupakan pameran solo ‘Art Jamila 2022’ berjudul ‘A Voyage of Moments’ yang diadakan bersempena Hari Autisme Sedunia pada 2 April 2022.
Ads
Ketibaan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin itu sekaligus mengangkat hasil karya seorang Artis Istimewa iaitu Wan Jamila Binti Wan Shaiful Bahri atau lebih dikenali dengan nama Artjamila.
Menamatkan segala gosip dan spekulasi liar berkaitan hubungannya dengan jejaka tampan, Adam Sinclair, Yuna hari ini mengumumkan berita pertunangan mereka yang diadakan secara tertutup di Shah Alam.
Majlis yang dilangsungkan pada hari Sabtu, 5 Ogos 2017 di kediaman ibu bapa Yuna tersebut hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan sahabat handai mereka.
Mengenakan sepasang persalinan tunang rekaan Hatta Dolmat, gaya Yuna dan Adam pada hari bersejarah ini terlihat begitu elegan. Pelamin majlis berkonsepkan bunga segar dalam rona pastel dihias oleh perunding perkahwinan tersohor, Rekateemor manakala hantaran serta bunga tangannya digubah oleh The Calla.
Yuna atau nama penuhnya Yunalis Dato’ Mat Zara’ai kini berusia 30 tahun dan merupakan anak tunggal kepada pasangan Dato’ Mat Zara’ai dan Datin Anum Fawzia Abd Wahab. Berpengkalan di Los Angeles, beliau cukup disegani sebagai seorang penyanyi, penulis lirik dan usahawan anak Malaysia yang berjaya.
Sementara itu, Adam Yousof Mohamed Sinclair pula bekerja sebagai pengarah filem dan merupakan adik bongsu kepada pelakon Ashraf Sinclair dan penyampai radio/hos TV, Aishah Sinclar. Adam berusia 32 tahun dan dilahirkan di Riyadh, Arab Saudi.
Menurut sumber, pasangan ini berkenalan di set rakaman sebuah iklan televisyen pada awal tahun 2013. Bermula sebagai rakan biasa, Yuna dan Adam akhirnya semakin rapat dan mula merancang untuk memeterai ikatan perkahwinan.
Selepas berjumpa keluarga masing-masing, rancangan untuk bertunang pun bermula selepas upacara merisik pada 27 Mac 2017 lalu.
“Syukur alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Majlis kami dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan karib. Kami sekeluarga sangat gembira dapat berjumpa dan bermesra dengan seluruh keluarga Adam.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat-peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan saya. Berkat doa mereka, hari ini saya selamat bertunang dengan Adam Sinclair,” kata Yuna dalam nada teruja.
Tambah beliau lagi, “Ini merupakan momen yang sangat manis bagi saya, kerana ini langkah pertama kami untuk hidup bersama dan saya sangat bersyukur berjumpa dengan seorang yang sangat penyayang dan baik hati seperti Adam.
Percaturan Allah itu memang sungguh indah, Adam merupakan rakan karib saya, dan sepanjang perkenalan kami dia telah mewarnai hidup saya serta buat saya senyum dan ketawa. Saya gembira akan bergelar isteri kepadanya satu hari nanti, insyaAllah,” kata gadis manis kelahiran Alor Setar, Kedah itu.
Kemuncak majlis pernikahan mereka dijangkakan berlangsung pada Januari 2018 ini. Norzalina Mohd Alias
Kredit: Foto Zel Atif
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Abdul Rahman lambang seorang wanita sempurna. Penampilan beliau yang sopan dan menutup aurat bukan hanya ‘sejuk’ mata memandang bahkan mencerminkan peribadi Muslimah sejati.
Sebagai isteri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Puan Sri Noorainee dilihat cukup menjaga nama baik suami, setia menemani suami tercinta dan menjadi tulang belakang kepada kejayaan Perdana Menteri Ke-8 tersebut hingga ke hari ini.
Pengalaman Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam arena politik tanah air selama lebih 40 tahun membuatkan Puan Sri Noorainee lebih matang dan cekal membawa gelaran isteri pemimpin.
Menyedari tanggungjawabnya sebagai isteri Perdana Menteri, kelibat Puan Sri Noorainee kelihatan menghadiri majlis-majlis rasmi dan mengikuti program ramah mesra bersama rakyat dalam usaha menyokong kerjaya suami tercinta.
Mendekati personaliti isteri kepada Perdana Menteri ini, Puan Sri Noorainee dilahirkan pada 21 April 1949. Sama seperti Tan Sri Muhyiddin, ibu berjiwa penyayang ini juga merupakan wanita kelahiran Muar, Johor.
Meniti usia 72 tahun, Puan Sri Noorainee pernah menyandang jawatan Timbalan Yang diPertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) dan Penasihat Pertubuhan Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (JUITA JOHOR) ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor sekitar tahun 1986 hingga 1995.
Kini, Puan Sri Noorainee turut bergelar Penaung Kempen Tabung Pahlawan. Pada Julai tahun lalu, Puan Sri Noorainee berpeluang menyematkan pin veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di pakaian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kempen Tabung Pahlawan ini dilancarkan pada bulan Ogos bagi mengutip sumbangan daripada syarikat korporat dan individu untuk diagihkan kepada veteran ATM yang memerlukan di seluruh negara.
Puan Sri Noorainee mendirikan rumah tangga bersama Tan Sri Muhyiddin pada 22 September 1972. Selama 49 tahun hidup bersama, mereka dikurniakan empat cahaya mata terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan iaitu Datuk Fakhri Yassin, Datin Sri Nabila Mahiaddin, Najwa Mahiaddin dan Farhan Yassin Mahiaddin.
Keempat-empat anak pasangan ini melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan korporat, industri hiburan dan penulisan. Lebih membanggakan, salah seorang cucu Tan Sri Muhyiddin dan Puan Sri Noorainee iaitu Iman Alisha merupakan atlet gimrama yang mewakili Wilayah Persekutuan dalam Sukan Malaysia 2018 ketika berusia 13 tahun.
Moga segala jasa dan kebaikan yang dipamerkan Puan Sri Noorainee menjadi inspirasi untuk menjadi wanita, isteri dan ibu yang baik kepada keluarga serta masyarakat.
Kredit foto: Facebook Muhyiddin Yassin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hebat penangan perayaan Aidilfitri tahun ini! Mana tidaknya, baju Melayu dijual pada harga mencecah RM1,499 sepasang turut sold out dalam jangka masa singkat!
Itulah penangan koleksi baju Melayu Rizman Ruzaini edisi ‘luxe’ yang dijual pada harga RM1,499 sepasang. Ia merupakan koleksi eksklusif dan hanya dihasilkan sekitar 500 hingga 1,000 pasang sahaja.
Untuk info, baju Melayu yang dimodelkan oleh penyanyi Hael Husaini itu dilaporkan telah ‘sold out’ setelah ia dipasarkan dalam tempoh kurang dua minggu.
Sebelum ini, set baju Melayu yang dijual oleh Rizman Ruzaini telah menerima kritikan segelintir netizen kerana berharga RM1,499 sepasang.Malah, baju Melayu RR edisi ‘luxe’ ini dijual dalam kadar yang eksklusif iaitu sekitar 500 hingga 1,000 pasang sahaja.
Menurut pereka fesyen duo popular ini, meskipun penjualan baju itu dikecam berikutan harganya yang mahal, namun ia tetap laku kerana mempunyai peminatnya yang tersendiri. Tambahnya lagi, jenama yang dibangunkan oleh mereka mempunyai beberapa segmen dan pembeli boleh membeli pelbagai produk mengikut harga sasar dan kemampuan masing-masing.
Untuk rekod, label Rizman Ruzaini mempunyai segmen untuk setiap lapisan masyarakat di mana RR Luxe mensasarkan produk dan jenama yang lebih eksklusif berbanding koleksi Ready To Wear yang meletakkan tanda harga yang mampu dimiliki.
Tambah Ruzaini pula, setiap tahun, koleksi Baju Melayu Rizman Ruzaini mempunyai peminatnya yang tersendiri dan sering sold out.
Jenama ini turut melancarkan Pop Up Store Rizman Ruzaini bertempat di I City Shah Alam yang beroperasi selama sebulan sehingga pertengahan sambutan Aidilfitri dengan menawarkan pelbagai promosi istimiewa terhadap produk jenamanya. Kemunculan Liza Hanim dan Ernie Zakri menghiburkan para pengunjung yang membeli-belah di situ tempoh hari mendapat sambutan hangat dari para peminat.
Menegaskan peminat jenama ini terdiri dari semua kategori gaya hidup sama ada T40, M40 mahupun B40, jenama ini mempunyai pilihan untuk mereka merealisasikan impian menyarung jenama Rizman Ruzaini bukan sahaj untuk musim perayaan, malah termasuklah majlis-majlis istimewa yang bakal dihadiri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Vie Shantie Khan merupakan salah seorang figura wanita inspirasi kepada rakyat Malaysia. Aura dan karisma yang dimiliki anak jati kelahiran Sabah ini cukup terserlah dalam bidang perniagaan. Pada usia 30an lagi Vie Shantie telah pun meraih pelbagai pencapaian membanggakan. Bukan hanya di Malaysia bahkan di peringkat dunia.