Kagum Karya Artis Istimewa, TENGKU PERMAISURI SELANGOR Berkenan Rasmi Pameran Seni Di UiTM

Terpesona dengan kemunculan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin di sebuah majlis istimewa baru-baru ini.

Hadir dalam persalinan polos biru lembut dan aksesori rantai leher labuh, penampilan minimalis Tengku Permaisuri Norashikin pastinya menarik perhatian khalayak.

Menerusi perkongsian di laman rasmi Facebook Selangor Royal Office, Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat merasmikan pameran seni yang berlangsung di Hab Media Kreatif dan Teknologi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Difahamkan ia merupakan pameran solo ‘Art Jamila 2022’ berjudul ‘A Voyage of Moments’ yang diadakan bersempena Hari Autisme Sedunia pada 2 April 2022.

Ketibaan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin itu sekaligus mengangkat hasil karya seorang Artis Istimewa iaitu Wan Jamila Binti Wan Shaiful Bahri atau lebih dikenali dengan nama Artjamila.

Pameran seni Jamila ini berlangsung mulai 29 Mac hingga 15 April 2022.

 

IKLAN
Share