Kagum! Walaupun Masih Muda Tapi Datin Paduka Eina Azman Tiap Hari Masak Portion Besar

Datin Paduka Eina Azman bukan sahaja terkenal sebagai seorang pelakon yang mempunyai seraut wajah yang cantik, berkulit putih dan tinggi lampai tetapi juga terkenal kerana suka berkongsi resipi masakan di laman media sosialnya. Tagline “it’s done” begitu sinonim dengan wanita yang mempunyai sebenar Datin Paduka Ainur Syakina binti Azman ini.

Walaupun baharu sahaja berusia 24 tahun tetapi yang memgagumkan terhadap Datin Paduka Eina Azman ini apabila mampu masak dalam portion

yang agak besar setiap hari. Bukan calang-calang wanita boleh masak dalam kuantiti yang besar.

Tergoda tengok ayam rendang yang dimasak oleh ibu kepada sepasang anak kembar, Karl Kareef dan Arianna Aubrey ini. Kali ini Datin Paduka Eina Azman berkongsi resipi Rendang Ayam Pedas Berapi dengan sukatan 3 ekor ayam.

Namun, seperti yang sering Datin Paduka Eina Azman beritahu, beliau tidak mempunyai sukatan yang tepat dalam setiap masakannya. Menjadi kebiasaan isteri kepada Kaiser Gurmeet Harden ini masak ikut sukatan ‘agak-agak’ sahaja. Jom tengok macam mana Datin Paduka Eina Azman masak rendang ayamnya.

Bahan kisar

  • Bawang
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup
  • Cili Padi
  • Sedikit Air

Bahan-bahan;

  • Serai
  • Asam keping
  • 3 ekor ayam
  • Santan
  • Garam & gula
  • Kerisik
  • Daun kunyit

Cara membuat;

  1. Kisar bahan kisar dalam mesin pengisar.
Bawang
Lengkuas
Kunyit hidup
Cili Padi

2. Tumis bahan kisar

Tumis bahan kisar di atas dapur
Masuk serai
Masuk asam keping

3. Kacau sebentar dan masukkan ayam.

Masukkan santan

4. Perisakan dengan garam kasar dan gula.

Masukkan kerisik

5. Kacau sebentar dan akhir sekali masukkan daun kunyit yang telah dihiris nipis.

IKLAN
Share