Siapa sangka usikan nakal ketika berusia 7 tahun membuat wanita ini bergelar permaisuri kepada negara Bhutan. Bhutan adalah negara berbentuk kerajaan yang terletak di wilayah timur Himalaya yang bersempadan dengan India dan Tibet. Istimewanya negara Bhutan ini kerana telah diwartakan sebagai negara yang paling gembira untuk didiami.

IKLAN
Kahwin Pewaris Takhta Raja Bhutan Di Usia 21 Menjadikan Jetsun Pema PERMAISURI TERMUDA Dunia 
Foto: Instagram @queenjetsunpema

Berbalik kisah permaisuri negara itu, baginda merupakan golongan terpelajar dan merupakan seorang graduan dalam jurusan hubungan antarabangsa dari Kolej Regent London di England. Jetsun Pema bukan sahaja cantik malah lahir dari golongan bangsawan dan boleh bertutur bahasa Inggeris dan Hindi dengan fasih.

Kahwin Pewaris Takhta Raja Bhutan Di Usia 21 Menjadikan Jetsun Pema PERMAISURI TERMUDA Dunia 
Foto: Instagram @queenjetsunpema

Kisah cinta pasangan diraja ini agak menarik kerana Jetsun Pema bertemu Putera Jigme Wangchuck ketika berusia 7 tahun, dan putera itu pula 17 tahun. Ketika itu, Jetsun Pema tidak mengetahui siapa Putera diraja itu tapi menegur “Saya ingin mengahwini awak kerana saya suka awak”.

Kahwin Pewaris Takhta Raja Bhutan Di Usia 21 Menjadikan Jetsun Pema PERMAISURI TERMUDA Dunia 
Foto: Instagram @queenjetsunpema

Kalau dah jodoh, ucapan ‘nakal’ masa kecil Jetsun Pema terus melekat di hati Wangchuck yang telah ditabal sebagai Raja menggantikan bapanya pada tahun 2008. Mereka bertemu kembali ketika Jetsun Pema menuntut di universiti.

Kahwin Pewaris Takhta Raja Bhutan Di Usia 21 Menjadikan Jetsun Pema PERMAISURI TERMUDA Dunia 
Foto: Instagram @queenjetsunpema

Tanggal 13 Oktober 2011, Jetsun Pema telah ditabalkan sebagai Permaisuri Bhutan apabila berkahwin dengan Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck di usia 21 tahun sekali gus bergelar Permaisuri Termuda di dunia. Perkahwinan gilang-gemilang diraja ini bertempat di sebuah istana terindah di negara yang terletak di Himalaya dan masih mementingkan monarki.

Kahwin Pewaris Takhta Raja Bhutan Di Usia 21 Menjadikan Jetsun Pema PERMAISURI TERMUDA Dunia 
Foto: Facebook Jetsun Pema

Suri hati Raja Bhutan ini bukan saja cantik dan terpelajar malah mempunyai ‘sense of fashion’ dan menjadi ikutan rakyat Bhutan. Apa saja yang tersarung ditubuhnya pasti memberi impak yang besar pada penggemar fesyen di Bhutan.

IKLAN
Kahwin Pewaris Takhta Raja Bhutan Di Usia 21 Menjadikan Jetsun Pema PERMAISURI TERMUDA Dunia 
Foto: Instagram @queenjetsunpema

Malah pernah suatu ketika apabila pereka kasut terkenal antarabangsa, Christian Louboutin mahu melancarkan koleksi kasut dengan inspirasi kesenian di negara Bhutan telah mendapat ‘perkenan’ Permaisuri Jetsun Pema terlebih dahulu sebelum dilancarkan.

Walaupun sudah bergelar sebagai permaisuri tapi Jetsun Pema tetap merendah diri dan bergiat aktif dalam aktiviti kemanusiaan. Baginda merupakan Presiden Bhutan Red Cross Society dan Duta United Nations Environment Program Ozone.

IKLAN
Kahwin Pewaris Takhta Raja Bhutan Di Usia 21 Menjadikan Jetsun Pema PERMAISURI TERMUDA Dunia 
Foto: Facebook Jetsun Pema

Jetsun Pema juga telah dilantik sebagai Patron untuk National Environment Commission, Royal Society for Protection of Nature and Clean Bhutan. Jetsun Pema juga dekat di hati rakyat terutama mereka yang kurang upaya. Selain itu Jetsun Pema begitu mengambil berat tentang pendidikan dan kesihatan kanak-kanak di Bhutan.

Baginda juga telah melancarkan projek One Gewog One Product (OGOP) untuk membantu petani menjana pendapatan dengan memasarkan produk dengan lebih berkualiti lagi.

Kahwin Pewaris Takhta Raja Bhutan Di Usia 21 Menjadikan Jetsun Pema PERMAISURI TERMUDA Dunia 
Foto: Facebook Jetsun Pema

Pada 15 Februari 2016, Jetsun Pema telah melahirkan putera sulung mereka, Putera Mahkota Jigme Namgyel Wangchuck, yang lebih dikenali sebagai The Gyalsey. Tahun lalu Jetsun Pema telah melahirkan anak kedua yang diberi nama Jigme Ugyen Wangchuck.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI