“Kalau Allah Berkehendak…” Sebak Baca Luahan Mizz Nina, Maksud ‘Mesej Tersirat’ Tinggal Tanda Tanya

Perkahwinan mana yang tak dilanda badai, lagi-lagi bila usia rumah tangga bertambah dan tiada lagi ‘honeymoon years’. Kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai dakwaan rumah tangga Mizz Nina dan Noh Salleh bergoyang, namun kedua-duanya mengambil pendekatan mengunci mulut.

Selamat diijabkabulkan pada Julai 2011, pasangan yang sering menjadi inspirasi ini sangat dekat dengan kerja dakwah. Sebagai penulis buku dan pengasas Qalby App, tulisan Mizz Nina selalu sarat dengan mesej-mesej tersirat, tapi kali ini seperti membayangkan saat-saat sukar yang dilaluinya sekarang.

Ada kaitan atau tidak, tulisan ini tetap memberi keinsafan dan sesuatu yang baik untuk direnungkan…

“Walaupun mungkin bergenang air mata, tetapkan dalam hati bahawa Allah SWT lebih mengetahui…” Mizz Nina

 

“Sesetengah perkara mungkin kelihatan sungguh sukar untuk dilalui dalam hidup. Semua aspek seperti berhijrah, berdepan dengan kesusahan, sedih kerana kehilangan, bergaduh, mencari kerja, bercerai atau apa situasi sekali pun mungkin nampak sukar namun ganjarannya begitu indah.

Sama seperti mengambil ubat, tiada siapa yang suka kerana pahit namun perlu diambil kerana baik untuk kita. Dalam pada itu, anda juga mungkin menyayangi dan mencintai sesuatu, namun tidak menyedari impaknya sama ada tidak baik atau negatif.

 

Berkemungkinan akan memberi kesan tidak baik namun anda menyayanginya kerana memberikan ketenangan, keterujaan dan kenyamanan. Namun, mungkin juga menyebabkan anda tidak memperoleh ganjaran atau kebaikan pada masa akan datang.

Membuat kebaikan mungkin kurang digemari atau disukai kerana sukar untuk dilakukan, berbeza dengan keburukan yang lebih memberi keselesaan dan kenyamanan.” Mizz Nina

 

 

ANAK JUTAWAN

Peminat muzik hiphop Malaysia atau golongan Gen Y circa milenium pasti amat mengenali Mizz Nina. Berusia 42 tahun, penampilan wanita bertudung labuh itu kini jauh berbeza dengan kemunculan awalnya di persada hiburan.

Sebelum bergelar penyanyi solo, Mizz Nina atau Hajah Shazrina Azman pernah mencatat sejarah sebagai rapper Malaysia pertama yang berduet dengan penyanyi-penyanyi hiphop Amerika Syarikat seperti Flo Rida dan Colby O’Donis. Beliau sebelum itu mencipta nama dalam hiphop scene negara bersama kumpulan Teh Tarik Crew.

**********************************

Nak sihat tapi tak sempat nak berjoging, sekarang Nona guna je benda (klik sini) macam ni di rumah. Dapat lari 15 minit pun dah berpeluh sakan, lemak terbakar dan badan rasa ringan. Boleh guna kod promo NONGSP5 untuk diskaun.

**********************************

 

Merupakan anak bongsu kepada Tokoh Perbankan Negara dan salah seorang lelaki terkaya Malaysia iaitu Tan Sri Dato’ Azman Hashim, Mizz Nina bertuah kerana she was born with a silver spoon in her mouth!

 

Mizz Nina juga merupakan cicit kepada Yang di-Pertuan Agong pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad. Ibunya, YM Tunku Puan Sri Arishah Tunku Ma’amor merupakan kerabat Negeri Sembilan.

Tapi kesenangan bukan segala-galanya. Bayangkan walau lebih sedekad Mizz Nina berumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, mereka masih belum direzekikan cahaya mata.

Namun pada Mac lepas, pasangan ini terbuka hati untuk mengambil anak angkat. Meskipun Mizz Nina mengambil masa lebih setahun untuk membuat keputusan, tapi akhirnya mereka sama-sama menerima anak lelaki bernama Musa sebagai pelengkap hidup.

 

Didoakan semoga segala desas-desus ini hanya sekadar khabar angin yang menjadi asam garam rumah tangga. Doakan yang baik-baik agar perkahwinan Mizz Nina dan Noh Salleh terus bahagia hingga ke Jannah!

IKLAN
Share