Minuman yang bagus untuk menurunkan berat badan sudah tentu sangat sesuai buat mereka yang sedang mengamalkan program diet. Minuman ini biasanya dapat membantu mengurangkan kadar kalori dalam badan seterusnya membaiki metabolisma.
Terdapat beberapa minuman untuk diet yang boleh anda cuba. Pelbagai jenis minuman sihat boleh dijadikan pilihan untuk menjaga berat badan. Pun begitu, pastikan anda mengawal kadar pengambilannya agar tidak berlebihan.
IKLAN
Sebelum ini kita hanya menitikberatkan tentang makanan sihat saja namun tidak ramai yang memberi perhatian dan menjadikan minuman sihat sebagai salah satu sumber penting dalam program diet.
Anda perlu tahu, sebenarnya ada beberapa jenis minuman sihat yang dapat membantu meningkatkan metabolisma, mencegah rasa lapar seterusnya memberi rasa kenyang yang lama. Minuman berikut seperti:
AIR PUTIH
Terkenal sebagai minuman yang kaya manfaat kesihatan antaranya untuk menurunkan berat badan. Air putih tidak mengandungi kalori sehingga dapat mengurangkan risiko penambahan berat badan. Air putih juga membantu proses pencernaan dan metabolisma. Minum dua gelas air putih sebelum makan untuk memberi efek kenyang. Bagi yang kurang gemar rasa air putih boleh tambah sedikit hirisan lemon atau jus buah untuk memberi rasa manis dan segar.
TEH HIJAU
Kaya antioksidan dan boleh dijadikan solusi minuman yang bagus untuk menurunkan berat badan. Minum tanpa gula dan susu agar bebas kalori. Jika anda suka teh hijau yang manis boleh tambah madu sebagai pemanis semula jadi. Kajian juga menunjukkan teh hijau membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, hipertensi seterusnya mencegah gigi berlubang.
IKLAN
Teh hijau
SMOOTHIES BUAH
Selain jus buah, smoothies buah juga boleh dijadikan akternatif untuk menurunkan berat badan. Sebaiknya, pilih smoothies buah daripada strawberi, pisang atau blueberi kerana rendah kalori. Sebaiknya buatlah sendiri agar anda dapat mengawal berat badan seterusnya program diet sukses. Elak smoothies yang dijual di restoran kerana ada pemanis tambahan tinggi kalori.
JUS SAYURAN
IKLAN
Sesuai diamalkan oleh mereka yang mengamalkan program diet kerana jumlah zat sayuran hanya setengah kalori sahaja berbanding jus buah. Amalkan jus sayuran bersama serat (hampasnya) kerana dapat membantu menangguhkan rasa lapar.
Jus sayuran
KOPI
Kajian menunjukkan pengambilan kopi dalam jumlah ideal (sekitar 2-3 cawan sehari) dapat mengurangkan risiko diabetes dan gangguan fungsi hati. Sekiranya anda ada mengalami penyakit tersebut dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu sebelum mengambilnya.
Hari yang melelahkan. Sepanjang hari memerah idea dan memenuhi temu janji di sana sini. Inilah lumrah wanita berkerjaya. Penat, tapi kecantikan wajah tidak harus diabaikan.
Ayuh manjakan diri sejenak dari segala rutin yang meletihkan. Tugas di pejabat, menjaga keluarga di rumah, juga beriadah membuatkan kulit terdedah kepada persekitaran yang memungkinkan kulit menjadi kusam dan tidak bermaya. Seri wajah turut memudar dan menjadikan keyakinan diri semakin tergugat.
Wanita yang prihatin tentang kecantikan bijak mengatur masa untuk membelai wajah demi kecantikan dalaman dan luaran. Belai wajah dengan layanan istimewa bersandarkan suasana kemudahan spa yang disediakan oleh Shiseido. Serlahkan kembali kecantikan sebenar dengan sentuhan Pakar Kecantikan Shiseido yang dilatih khusus diiringi teknik khas demi meningkatkan kecantikan diri.
Seiring dengan perkembangan teknologi terkini dalam dunia kecantikan, Shiseido telah melahirkan produk demi mengatasi semua masalah kulit. Rejim kecantikan kulit ini direka istimewa mengikut keperluan dan masalah tersendiri.
Mahu setiap wanita memiliki pengalaman rawatan wajah secara eksklusif, Shiseido Facial Cabin diilhamkan bagi memberi kesenangan pada pelanggan. Ia beroperasi di pusat membeli-belah mewah, The Gardens Mall.
Anjakan usia sukar diterima wanita dan perlu dipertahankan melalui rupa paras. Menyedari hakikat ini, Shiseido menghasilkan formula mengekalkan keremajaan kulit melalui rangkaian penjagaan kulit Shiseido White Lucent.
Rangkaian tersebut menyerlahkan kecantikan dalaman dengan menyingkirkan kulit kusam dan letih. Formulasi yang diperbaharui ini menggabungkan SakuraResist Technology demi kulit yang lebih cerah, sambil menyuntik lembapan di bawah kulit.
Melalui kajian terperinci, Shiseido telah menemui jawapan untuk mengatasi masalah pigmentasi yang menjadi punca kulit pramatang. Rangkaian The White Lucent ini merawat kulit ditambah pula dengan kemahiran cemerlang Pakar Kecantikannya mengungkai masalah kulit cerah dan hidrasi.
RAWATAN
Rawatan bermula dengan membersihkan kulit dan menanggalkan kekotoran dengan Brightening Cleansing Foam. Dalam masa yang sama, ia mengekalkan kelembapan kulit.
Bagi menyediakan kulit untuk langkah yang seterusnya, Luminizing Infuser disapukan bersama sejenis peranti ion untuk menggalakkan kadar penyerapan agar kulit mendapat manfaat sepenuhnya.
Aplikasi seterusnya adalah MicroTargeting Spot Corrector yang merupakan produk terlaris Shiseido. Ia berkuasa untuk mencerahkan kulit dari dalam dan memancarkan serinya di wajah.
Kemudian, topeng muka yang telah dinobatkan anugerah, Power Brightening Mask digunakan untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mencerahkan kulit dengan sekata. Masker dibiarkan selama 30 minit dan dibilas sempurna dengan tuala lembut.
Seterusnya perjalanan darah dilancarkan dengan urutan yang telah disapu dengan Brightening Massage Cream. Urutan yang menekan poin-poin tertentu pada wajah membantu kulit memperoleh manfaat produk yang lebih maksimum.
Lindungi kulit anda dengan Luminizing Surge dan belai semula kulit dengan peranti ion untuk menyerap MultiBright Night Cream. Anda bakal menyaksikan keajaiban apabila kadar penyerapan yang tinggi dan menyerlah keserian kulit dengan serta-merta.
Bagi melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran sinar matahari cegah dengan aplikasi Shiseido All Day Brightener N SPF 50+ PA++++ bagai menyempurnakan langkah rawatan wajah ini.
Jika mahu tampil dengan wajah natural, sapu Shiseido OnMakeup Spot Correcting Serum SPF 25 PA+++ untuk menyerlahkan lagi penampilan. Nikmat segar penuh yakin menyapa diri sebaik melangkah meninggalkan pusat rawatan kecantikan. Hamizatul Maizan Mohamed
Orangnya cantik, bijak dan berbakat besar dalam bidang sukan. Tidak hairanlah sejak mengumumkan persaraan sebagai atlet boling pada September tahun lepas, rezeki Syaidatul Afifah Badrul Hamidi semakin mencurah-curah. Bersandarkan rupa paras dan bakat yang dimiliki, bekas ratu tenpin negara ini mampu ‘melangkah’ lebih jauh.
Ketika dihubungi Nona baru-baru ini, Syaidatul Afifah atau mesra disapa Fifah tidak menyangka keputusan untuk bersara awal ketika namanya berada di puncak membuka pintu rezeki lebih luas buat anak kelahiran Perak ini. Dia bukan hanya terima tawaran sebagai pengacara televisyen bahkan turut dilamar menjadi pelakon.
Teruja berkongsi perkembangan diri, Fifah bersyukur kerana dia akhirnya berpeluang mencuba ‘dunia baharu’ memandangkan sejak usia sembilan tahun dia terikat dengan sukan boling.
“Saya seorang yang suka mencuba sebab itu bila dapat tawaran hosting dan berlakon saya ambil. Lagipun berlakon sebab drama tentang boling. Bayangkan dari umur 9 tahun saya dah aktif dengan sukan ini sampai satu tahap saya fikir sampai bila nak main boling.
Umur pun waktu tu dah 29 tahun dan kebetulan duduk rumah lama sebab PKP. Jadi saya beritahu parents ini masa terbaik untuk bersara dan peluang cuba benda baru. Dulu sibuk dengan training hampir setiap hari. Masa bersama family pun kurang. Tapi sekarang fleksibel dan paling penting saya boleh asah bakat dalam bidang lain pula.
Saya dah bersara dari bulan September tahun lepas dan sejak itu saya ditawarkan jadi hos sukan di Astro Arena untuk Nadi Weekend. Buat masa ini juga saya banyak habiskan masa di rumah dengan mengadakan sesi kelas boling secara online untuk remaja berusia 15 tahun. Kelas boling ini cuma diadakan seminggu sekali sebagai galakan semangat untuk mereka untuk menjadi pemain boling.”
Jelas Fifah, dia seorang yang aktif bersukan dan merupakan pemain harapan sekolah untuk sukan bola jaring. Namun atas saranan ayah untuk melibatkan diri secara serius dalam sukan boling, dia akur meninggalkan bola jaring.
Ketika awal pembabitannya, Fifah mendapat didikan daripada jurulatih Ismail Yahya yang merupakan bekas pemain boling kebangsaan. “Dari kecil saya suka sukan dan tanam azam main boling ni nak sampai Sukan SEA.
Kejohanan pertama yang saya dapat masuk ialah Sukan Asia Incheon 2014, Sukan SEA Singapura 2015, Kejohanan Asia 2015 di Bangkok yang menang pingat emas berpasangan wanita, Kejohanan Boling Dunia 2017 di Las Vegas juga bawa pulang emas berpasukan wanita dan Sukan Asia 2018 di Palembang dengan pingat emas trio berpasukan wanita.
Alhamdulillah, semua kejohanan besar dapat pingat emas dan saya tak rasa sedih untuk bersara sebab dah capai apa yang saya impikan selama berada dalam sukan boling.”
Berkongsi pengalaman manis bergelar pelakon drama bersiri Ratu Tenpin yang baru tamat siarannya, Fifah dalam nada teruja berkata, “Selama ni tak terfikir pun berlakon tapi bila Sheila Rusly DM (direct message) di IG bulan Disember tahun lepas dan call serta explain untuk tawaran, saya tak fikir panjang terus terima sebab jalan cerita drama ini 100 peratus berunsurkan boling yang mana sangat dekat dengan diri saya.
Dalam drama 16 episod tu saya bawa watak Sandra yang totally berbeza dengan personaliti diri saya sendiri. Memang susah pada mulanya sebab saya tak ada pengalaman langsung dalam bidang lakonan tapi Sheila Rusly banyak bantu. Selain berlakon saya juga ajar pelakon dalam drama tersebut main boling supaya mereka nampak seperti pemain profesional.”
Bercerita mengenai latar belakang keluarga, Fifah yang kini berusia 30 tahun merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik perempuan. “Adik-beradik saya semua ada bakat sukan. Kakak saya pemain bola jaring untuk Perak tapi dia dah berhenti sukan sebab sambung belajar dan kerja. Adik pun pemain boling juga sampai peringkat negeri Perak. Lepas kahwin dengan pemain hoki Malaysia, dia berhenti main boling.
Masa kami masih sekolah dan aktif sukan, mama ambil keputusan untuk berhenti kerja dan korbankan kerjaya demi bawa kami adik-beradik pergi training. Lagipun papa minta mama fokus jaga anak sebab dia kerja di sebuah hotel di Koh Samui waktu tu. Jadi tak ada orang yang jaga dan hantar anak-anak. Itulah, sampai sekarang saya ingat jasa mama dan pengorbanan paling besar mama buat untuk kami adik-beradik.”
Mengulas rutin kecantikan, Fifah mengakui ‘ketagih’ untuk bersenam setiap hari. “Kalau tak work out, saya jadi gelisah. Dulu buat tiap hari tapi saya perasan badan jadi lemah, kurus dan kurang daripada berat badan ideal. Mungkin sebab badan saya akan senang turun berat kalau terlebih work out. Sebagai atlet, memang ada belajar tentang nutrition dan dengan ketinggian saya 169 cm, berat badan kena sekurang-kurangnya 55-56 kg. Pernah berat saya 53 kg je dan rasa tak selesa.
Jadi sekarang, saya pilih untuk buat alternate iaitu pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad. Sebab PKP dan tak boleh keluar, saya beli treadmill dan running di rumah je. Selalunya minimum saya lari 6 kilometer.
Jujurnya, saya tak pernah diet tapi amalkan makanan seimbang. Dalam seminggu mungkin sekali cheat day. Mujur saya tak suka dessert dan makanan manis-manis termasuk snek. Mungkin dah terbiasa rutin dari dulu dan terikut-ikut sampai sekarang,” ujar Fifah yang turut memasang impian mempunyai sebuah akademi boling suatu hari nanti.
Semoga Fifah terus maju dalam lapangan yang diceburi dan perkongsian bekas atlet ini dapat dijadikan suntikan semangat serta inspirasi kepada semua.
Kejayaan tidak akan pernah mengkhianati mereka yang rajin berusaha. Pernah menjadi pelakon satu ketika dulu, kini Datin Emylia Rosnaida mendaki puncak kerjaya apabila bergelar lady boss di stesen televisyen milik suami tercinta iaitu SUKE TV!
Tidak dinafikan wajah jelita Datin Emylia sewaktu membintangi filem Cinta Metropolitan pada tahun 1996 masih terkesan di hati penonton sampai sekarang.
Pun begitu sejak bergelar isteri kepada aktor dan pengacara popular, Dato’ Mizal Zaini atau nama komersialnya Dato’ AC Mizal hampir 20 tahun lepas Datin Emylia dilihat tidak lagi aktif dalam kerjaya lakonan.
Sebaliknya dia lebih selesa berada di belakang tabir dan menyokong kerjaya suami tercinta di samping menguruskan keluarga dan anak-anak.
Namun kini pasangan romantis berkenaan mengambil tindakan berani mengusahakan perniagaan sendiri sejak April lalu dengan membuka stesen televisyen yang dikenali sebagai SUKE TV. Di SUKE TV, Datin Emylia merupakan pengasas bersama dan menyandang tugas sebagai Pengarah.
SUKE TV ialah rangkaian media dan hiburan terbaharu yang menyiarkan rancangan sesuai dengan selera penonton masa kini. Selain padat dengan informasi beli-belah secara dalam talian.
Memetik kenyataan Dato’ AC Mizal kepada media baru-baru ini, SUKE TV dihasilkan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia dan ia akan ke udara 24 jam dengan menawarkan pengalaman hiburan dan pembelian. Dalam pada itu, SUKE TV juga berhasrat membantu usahawan tempatan, peniaga kecil-kecilan dan PKS melalui SUKE SHOP.
Menjengah media sosial milik isteri Dato’ AC Mizal, ibu dua anak yang juga kakak kepada pelakon Emelda Rosmila berkenaan menyambut ulang tahun kelahiran pada 22 September lepas.
Dalam kesibukan mengurus stesen televisyen di samping suami, Datin Emylia menerima kejutan istimewa daripada kakitangan SUKE TV sempena hari lahirnya.
Kongsi Datin Emylia, “First of all I would like to say thank you to my hubby and all my staff SUKE TV, prepare semua ni. Sanggup stay back dekat office untuk prepare dan buat deco yang cantik. Thank you for your efforts, I appreciate sangat dan paling win, prank me sampai tak pecah lubang ya terror you all semua.
Sampai I sendiri tak boleh detect. Bagus planning you all but I appreciate sangat, terharu dan happy dan bersyukur pada Allah kerana mendapat keluarga baru di SUKE TV. Love you all guys.”
Datin Emylia mendirikan rumah tangga bersama Dato’ AC Mizal pada 10 Oktober 2002 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya matai aitu Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa.
Pada hujung tahun 2009, bekas anggota kumpulan 4U2C tersebut dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato’.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...