“Kalau Lambat, Boleh Kena Intubated Atau Sudden Death” Alami Batuk Berpanjangan, FARAHANIM Kongsi Detik Cemas

Kadang-kadang batuk yang sekali sekala datang pun buat kita rasa tak selesa, inikan pula batuk yang berpanjangan. Aktiviti harian boleh terganggu, tidur pun tak lena.

Oleh itu, berwaspadalah jika anda mengalami batuk berpanjangan melebihi tiga minggu segeralah bertemu doktor. Usah biarkan terlalu lama kerana batuk berpanjangan boleh menjadi antara tanda-tanda penyakit.

Pengacara, model, usahawan dan pempengaruh terkenal Farahanim Abd Razak baru-baru ini berkongsi satu hantaran di Instagramnya detik dia dikejarkan ke unit kecemasan kerana mengalami jangkitan saluran pernafasan.

Farahanim Abd Razak.

Segalanya bermula dengan batuk berpanjangan yang dialaminya selama beberapa minggu serta on off. Sehinggalah tiba pada suatu malam, dia mengalami batuk paling teruk tanpa henti.

Berikut perkongsian detik cemas Farahanim di Instagramnya:-

“Anim kena admitted ward disebabkan Bronchitis, jangkitan pada saluran pernafasan (Rhinovirus). Anim batuk agak lama (weeks) tapi on off, sampai 1 malam ni paling teruk batuk nonstop bersambung-sambung. Tapi Anim still macam nak taknak pergi klinik sebab alasan dah makan ubat. Sampai nak tidurkan Nana Rara pun tak boleh sebab bising sangat batuk, sampailah Anim tertidur.

“4 pagi Anim terjaga sebab nak pergi tandas. Masa tu nafas dah separuh je boleh dan berbunyi, muka pucat. terus kejut Arif, picit kaki dia sebab nak cakap/jerit tak boleh. Arif dukung Nana Rara bawa masuk kereta dan straight to emergency. Anim dalam kereta struggle untuk fokus, cakap kat diri jangan panik, jangan nangis, nafas slowly.

“Doktor cakap nasib baik sedar dari tidur, dan datang cepat sebab paru paru Anim dah sempit sangat untuk bernafas. Bacaan oxygen paling rendah. Ya Allah, masa tu Anim hanya ingat amalan Anim kat atas dunia masih sangat kurang, takutnya.

“Allah kejut Anim dari tidur 4 pagi masa tu Anim mimpi mak. Arif cakap Allah sayangkan u ni, nak bagi insaf lagi ni 🙂 rasa macam Allah bagi peluang kedua untuk hidup.

Farahanim turut berpesan agar kita sama-sama menjaga kesihatan dan berdoa agar Allah SWT melindungi diri kita, anak-anak serta keluarga dari segala penyakit dan musibah.

“Please everyone, kalau batuk-batuk berpanjangan jangan biar, jangan tangguh, jangan rasa biasa. Breathing tak normal atau batuk teruk sangat terus pergi emergency. Kalau Anim lambat, atau tak bangun dari tidur waktu tu boleh jadi kena intubated atau sudden death.

“Last sekali, ward sangat sangat full ya. Ramai sangat kena infection mcm Anim ni. Ward kanak-kanak pun full. Doalah setiap hari Allah lindungi anak-anak dan diri dari segala penyakit/musibah, lagi lagi waktu sekarang ni.

Selama diwadkan, Farahanim sangat bertuah kerana suaminya, Dr Arif Aizuddin sentiasa ada di sisi dan ringan tulang membantu menguruskan hal anak-anak termasuk rumahtangga.

Dia bersyukur dikurniakan suami yang prihatin, penyayang dan bertanggungjawab. Kini, dirinya semakin sihat dan kembali dapat menjalani kehidupan seperi sedia kala.

Sepanjang Anim di ward, Arif uruskan anak-anak sendiri, hairdo rambut Nana Rara, hantar school. Arif pergi kerja lepas tu sambung jaga Anim di hospital.

“Alhamdullilah harta dunia akhirat ni sayang sangat-sangat. Anim dah getting better, semakin sihat, back on track, terima kasih sekali lagi semua untuk doa-doa.”

“Terima kasih kepada rakan-rakan yang disayangi yang mendoakan di DM Instagram, whatsapp, call. Mashaallah banyaknya kasih sayang Anim dapat dari semua. Syukur sangat itu pun rezeki, aura yang baik, doa-doa yang baik adalah rezeki. Setiap doa diberikan, Allah akan balas dengan kebaikan juga.

Farahanim atau nama sebenarnya Nur Farahanim Abd Razak, 32, berasal dari Jerantut, Pahang. Dia merupakan ibu kepada sepasang anak kembar perempuan iaitu Amina Raissa Arif Aizudin (Nana) dan Amira Raissa Arif Aizudin (Rara) yang kini berusia empat tahun. Farahanim kini bahagia bergelar isteri kepada Dr Arif Aizuddin yang merupakan seorang doktor gigi.

Kredit Foto: Instagram Farahanim Razak

IKLAN
Share