Di kalangan wanita topik seperti kecantikan, fesyen, kesihatan dan gaya hidup sering menjadi perbualan setiap kali berjumpa dengan teman-teman baik.
Bukan saja dapat bertukar-tukar pendapat dan idea bahkan mereka juga dapat mengeratkan lagi persahabatan setelah masing-masing sibuk dengan urusan kerja.
Dr Azni, Shafira dan Azlin tiga sahabat baik yang mempunyai persamaan antaranya berkaitan fesyen dan kecantikan.
SALING KONGSI KISAH SUKA DUKA
“Selalunya kalau berjuma kami suka bercakap tentang kehidupan termasuk ketawa tentang hal-hal remeh. Ketawa sangat penting kerana ia banyak membantu saya mengatasi tekanan hidup. Selalunya kami akan jumpa pada waktu makan tengah hari atau minum petang.
Ads
Saya suka fesyen dan suka meneroka warna dan corak. Ia umpama menjadikan diri saya seperti orang baru setiap hari.” kongsi Dr Azni yang merupakan seorang pensyarah.
Bagi Shafira Dalina pula, setiap kali berjumpa biasanya mereka sama-sama berkongsi cerita dan pengalaman suka duka bagi mengeratkan hubungan mereka yang sentiasa sibuk dengan kerjaya dan kehidupan masing-masing.
“Bercakap tentang fesyen, fashion is ever-evolving. Sebelum mencuba sesuatu fesyen penting untuk seseorang itu melihat kesesuaian bentuk badan, ketinggian serta warna kulit.
Ads
Saya menggemari motif-motif yang menyerlahkan ciri-ciri wanita seperti ruffles, pleats, embellishment, renda dan sebagainya. Saya begitu menitikberatkan tentang perincian dan kualiti. Walau seringkas manapun saya sentiasa berusaha untuk menyerlahkan penampilan dengan cara tersendiri.”
Shafira Dalina Kamarudzaman merupakan Eksekutif di salah sebuah bank dan kini berusia 38 tahun.
Sementara Azlin Zulkharnain berpendapat, apa lagi yang sering dibualkan oleh golongan wanita kalau bukan gosip.
Ads
“Gosip tu sebenarnya sekadar penambah rasa saja. Takkan sepanjang masa nak kena serius saja, pasti membosankan. Kami banyak berkongsi tentang cerita, pengalaman dan saling memberi atau bertukar idea tentang sesuatu perkara.
Pandangan saya tentang fesyen ialah bagaimana seseorang mengekspresi dirinya melalui penampilan. Fesyen melambangkan karakter dan cita rasa seseorang. Tak semua trend sesuai kerana banyak faktor yang perlu dititikberatkan agar tak menjadi mangsa fesyen.”
Usahawan berusia 33 tahun ini lebih selesa memilih gaya praktikal yang bukan saja memberi keselesaan bahkan meningkatkan lagi keyakinan dirinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejujurnya, pernahkah anda terfikir, cara yang diamalkan selama ini menjadi penyebab kerosakan pada rambut dan kulit kepala? Kali ini, Nona kongsikan kaedah yang betul untuk mencuci rambut.
TIP SELEBRITI
(a) Rambut Berkilau ala Kelly Brook
Jika anda mempunyai rambut yang cenderung kering dan bercabang, elakkan air hangat saat ramas dan gunakan deep conditioner yang mempunyai tekstur krim yang lebih pekat sehingga dapat melembapkan rambut secara lebih mendalam.
(b) Rambut Sihat Gwyneth Paltrow
Gwyneth mengamalkan pemakanan berunsurkan bahan organik agar rambut selalu sihat dan bersinar.
(c) Rambut beralun Elle Macpherson
“Saya selalu mengurut kulit kepala selama beberapa minit setiap hari. Ia bermanfaat untuk melancarkan peredaran darah menjadikan kulit kepala tetap sihat dan pertumbuhan rambut menjadi lebih kuat,” ujar bekas supermodel dan pemilik brand kecantikan ‘The Body’ ini.
TRIVIA RAMBUT
RAWAT SIKAT ANDA
Bersihkan sikat secara rutin dengan syampu bayi dan titisan air limau diikuti dengan memberus serta dibilas di bawah air mengalir.
ELAKKAN RAMBUT BERCABANG
Lakukan trimming rambut di salun sebulan sekali. Kebiasaan ini berguna untuk membuang hujung rambut yang telah bercabang dan rosak. Jika tidak sempat melakukan rawatan ini di salon, gunting hujung rambut bercabang di rumah. Seterusnya lakukan rawatan topeng (mask) rambut.
NUTRISI RAMBUT
Kekacang dan daging termasuk ikan salmon yang kaya dengan protein, omega3, zink dan vitamin B. Kandungan tersebut membantu menutrisi rambut daripada dalam sekaligus memperbanyakkan sel darah merah yang membawa oksigen ke setiap helaian rambut.
APLIKASI SERUM
Sapukan serum rambut ketika mengeringkan rambut menggunakan hair dryer. Serum ini berguna sebagai pelindung serta rawatan tambahan agar rambut tidak mudah rosak . Pilih yang mempunyai kandungan macadamia dan minyak argan untuk menutrisi, melembutkan dan memberi kilau pada rambut tanpa menjadikannya lepek.
PILIHAN TUDUNG
Gunakan hijab warna putih atau cerah pada keadaan udara panas. Hijab berwarna gelap lebih cepat menyerap panas yang menyebabkan keadaan lembap di sekitar kepala dan rambut. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tagline ‘1 Minit Dah Lentik?’ cukup melekat di fikiran, apatah lagi ia kerap terpampang di dada-dada billboard utama di Malaysia. Iklan ikonik 1Minute Miracle itu juga mencetus fenomena, sekaligus mengangkat kehebatan produk maskara tempatan yang diasaskan oleh Ain Fatin Liyana, setanding dengan produk jenama terbaik lain di rantau ini.
Tidak lokek berkongsi cabaran dan pengalaman bisnes. Kisah hebat 1Minute Mascara hingga digelar sebagai ‘maskara paling best di dunia’ membuktikan kemampuan Ain dalam dunia perniagaan.
Bukan sekadar publisiti, tapi setiap produk keluarannya diyakini pembeli kerana jaminan kualiti. Maklum sahaja, Ain cukup teliti soal pembuatan produk. Kilang mereka harus bertaraf GMP. Harus punya sijil ISO dan diperakui halal.
Rahsia pemasaran itu menjadi mukadimah bicara superwoman yang menerima pengiktirafan Nona Best Cosmetic Brand Award ini.
“Asalnya produk kami bermula dengan warna eksklusif iaitu hitam putih. Tapi selepas meninjau pasaran, kami dapati penampilan produk sebegitu kurang sesuai dan tidak menarik perhatian.
Jadi kami pun ubah, lancarkan packaging yang comel pada harga berpatutan dan mampu milik. Teknik ini berjaya kerana secara emosinya produk yang berwarna-warni menepati sasaran golongan B40 dan usia pelanggan kami iaitu 13 ke 45 tahun.” Ain Fatin Liyana
Berusia 32 tahun, wanita yang mempunyai kelulusan diploma dalam bidang seni bina ini rupa-rupanya memang minat berniaga.
“Sebelum ini kami suami isteri bekerja makan gaji. Suami sebagai jurutera JKR, sementara saya pula pembantu arkitek di sebuah firma swasta di Pulau Pinang.
Kami tekad menubuhkan perniagaan sendiri pada tahun 2013 kerana punya visi dan misi untuk membantu keluarga. Sambil itu dapat memberi manfaat kepada orang lain.”
Memulakan perniagaan pertama di bawah syarikat Aiefy Global Beauty, Ain dan suami, Nor Afifullah Bin Md Isa kemudiannya menukar nama bisnes mereka selepas foundation yang dikeluarkan meledak di pasaran.
“Produk pertama kami adalah foundation yang dicipta pada tahun 2014. Tapi disebabkan kami tidak mendapat formulasi yang tepat, proses R&D berlarutan sehingga tahun 2015.
Akhirnya lahirlah foundation 1Minute Miracle yang seterusnya memberi ilham untuk kami tubuhkan syarikat bernama 1Minute Miracle Sdn Bhd. Pada tahun 2015, kami cuma keluarkan foundation sebanyak 5,000 unit.
Tiba-tiba sambutan melonjak hingga menjadi 50,000 unit dan sekarang produk foundation yang sama masih kekal di pasaran dengan jualan 150,000 unit sebulan.
Ini diikuti dengan pelancaran 1MM Xtreme Mascara pada tahun 2017. Kehebatannya kekal sampai sekarang malah ia telah terjual sebanyak 1.2 juta sejak dilancarkan.” Ain Fatin Liyana
Tak percaya rasanya bila pengasas solekan viral ini bercerita, beliau sebenarnya belajar mekap selepas menjadi usahawan. Seperti wanita lain, Ain juga mahukan sesuatu yang cantik tapi ringkas dan cepat.
“Ramai orang merungut kalau terpaksa habiskan masa berjam-jam di depan cermin. Saya tak sanggup pakai bedak berlapis-lapis… Nak oles primer, calit concealer, kemudian bedak asas dan bedak tabur. Banyak sangat!
Maka dari situlah saya terfikir nak mencipta all-in-one foundation. Dalam tu semua telah diringkaskan. Senang, supaya orang yang tak pandai mekap macam saya pun boleh pakai.”
Ditanya kenapa memilih bidang kosmetik, tenang Ain menjawab kerana faktor strateginya yang lebih mudah dijual serta memberi instant result. Ia amat berbeza dengan usahawan daripada bidang penjagaan kulit atau suplemen.
Usahawan bidang itu harus berpengetahuan luas dalam bidang kesihatan kerana produk mereka melibatkan dalaman manusia.
MESRA PENGGUNA
Selain tampil sebagai wajah utama dan digelar ‘Makcik Pondesyen’ untuk jenama 1Minute Miracle, Ain juga turut menggunakan pengaruh influencer mekap terkenal seperti Muabellaz.
Pastinya ramai yang pernah melihat iklan-iklan 1Minute Miracle, khususnya 20 papan tanda utama yang berada di sepanjang lebuh raya serta bandar-bandar besar seluruh Malaysia.
Selain maskara, 1Minute Miracle turut memasarkan beberapa produk mekap lain yang hangat di pasaran. Antaranya 1MM Foundation, Eyebrow Have Have, Kitty Blush, Harum Maneh Sponge, StayGlow Face Spray, Xtreme Mascara dan sebagainya.
Seramai lebih 2,000 ejen turut dilantik bagi membantu mengembangkan lagi empayar syarikat.
“Jujur kami banyak belajar daripada kesilapan lalu. Saya yakin bahawa sehebat apapun sesuatu jenama itu, aktiviti promosi dan marketing tak boleh berhenti.
Kesilapan yang buat kami jatuh dulu pun kerana kami fikir dah cukup buat marketing. Tapi tidak. Justeru masa produk tengah naik pun sebenarnya marketing mesti diteruskan.”
Baca artikel perjuangan bisnes 1Minute Miracle bersama penerima Nona Best Cosmetic Brand Award, Ain Fatin Liyana ini dalam naskhah edisi khas Nona Superwoman 2022 di pasaran Januari 2023.
Penulis: Norzalina Mohd Alias
Konsep: Azniza Aziz
Arahan Seni: Kiffy Razak
Foto: Azfarina Sulaiman
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa masih ingat dengan Rekha? Aktres jelita terkenal yang memiliki raut wajah ‘seksi’ dengan bakat lakonan yang cukup hebat suatu ketika dulu.
Rekha seringkali menjadi pilihan pengarah-pengarah terkenal bagi menghiasi filem-filem Bollywood arahan mereka.
Melihat kepada penampilannya, siapa sangka usia Rekha sekarang sudah pun mencecah 69 tahun. Wow! Macam tak percaya. Ternyata, kecantikan Rekha dari dulu hingga kini tak pernah memudar, kan?
Walaupun tak muda lagi, hingga kini Rekha masih relevan dalam industri Bollywood. Rekha turut diiktiraf sebagai salah seorang aktres terbaik dalam industri filem Bollywood serta telah membintangi lebih daripada 300 buah filem.
Sepanjang bergelar aktres, Rekha berjaya merangkul beberapa anugerah termasuk satu anugerah Filem Nasional dan tiga anugerah Filmfare.
NONA kongsikan 8 info menarik mengenai Rekha yang masih menawan seperti dilaporkan oleh Keeping Times.
1. Dilahirkan di Chennai, India pada 10 Oktober 1954. Kedua ibu bapanya juga bergelar pelakon.
2. Rekha memulakan karier seninya pada 1966 sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem Telugu Rangula Ratnam. Empat tahun kemudian, Rekha memegang watak utama dalam filem Sawan Bhadon.
3. Nama penuh Rekha ialah Bhanurekha Gemini Ganesan.
4. Pada 1981, Rekha pernah bergandingan dengan aktor lagenda Amitabh Bachchan dalam filem Silsila.
5. Rekha berkahwin dengan Mukesh Aggarwal pada 1990 tetapi jodoh mereka berakhir pada tahun yang sama.
6. Pada 2003, Rekha membintangi filem popular Koi Mil Gaya sebagai ibu kepada Rohit (Hrithik Roshan).
7. Pada 2010, kerajaan India memberi penghormatan kepada Rekha dengan memberi anugerah Padma Shri. Ia merupakan penghormatan awam keempat tertinggi di India.
8. Walaupun tidak muda lagi, Rekha semakin menawan. Tiada sedikit pun tanda penuaan pada wajah aktres ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pejam celik perkahwinan Menteri Besar Selangor dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad mencecah usia 21 tahun. Meskipun sudah lebih dua dekad hidup bersama namun kehangatan cinta dan kasih di antara mereka masih mekar.