Tahun 2020 ini tiada siapa sangka ia menjadi sangat mencabar. Cabaran dan dugaan paling besar apabila dunia 'diserang' virus Covid-19. Ramai yang hilang pekerjaan dek kerana kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakkan. Ramai yang tertekan kerana tidak tahu apa yang ingin dilakukan. AMARAH jadi 'teman baik' yang perlu dielakkan!

IKLAN

Adakah anda mudah naik angin apabila seseorang itu menukar lorong laluan dan memotong anda ketika di jalanraya? Adakah anda mudah naik angin apabila si kecil tidak mendengar kata? Kemarahan itu normal dan merupakan emosi sihat tetapi ia bergantung kepada cara anda mengawalnya.kemarahan di luar kawalan boleh mengganggu kesihatan anda malah merosakkan hubungan anda bersama orang lain.

  1. Berfikir sebelum bercakap

Kita selalu mendengar frasa ini tetapi jarang sekali mengamalkannya. Cuba untuk kumpulkan kekuatan ‘menelan’ kemarahan dan fikir apa yang ingin anda sampaikan sebelum memulakan bicara.

  1. Ekspresi kemarahan selepas reda

Sebaik sahaja anda boleh berfikir dengan baik dan jelas, luahkan kekecewaan anda dalam ketegasan tetapi masih dalma kawalan. Nyatakan kebimbangan anda dengan jelas dan direct tanpa melukakan hati orang lain. Cuba kawal diri anda.

  1. Senaman

Aktiviti melibatkan fizikal boleh mengurangkan stres yang menyebabkan anda mulai marah. Apabila anda rasakan kemarahan itu mula hadir, cubalah ambil masa untuk berjoging atau luangkan masa melakukan aktiviti sukan lain. Anda juga boleh berenang.

  1. Timeout

Timeout bukan hanya untuk kanak-kanak. Berikan masa rehat untuk diri anda di saat anda betul-betul perlukannya. Waktu yang tenang, walaupun seketika boleh membantu anda bersedia untuk menghadapi situasi seterusnya tanpa rasa amarah.

  1. Cari solusi

Daripada anda fokus untuk terus marah, apa kata anda fokus dan cari idea bagaimana untuk mengatasi situasi itu. Si kecil sibuk memunggah barang di dalam bilik? Tuup pintu bilik dan uruskan untuk mengemas pada waktu lain. Pasangan anda lewat pulang untuk makan malam? Tak mengapa, jadualkan waktu makan malam sedikit lewat. Ingatkan diri anda kemarahan hanya memenatkan. Lebih baik fikir perkara yang menyeronokkan seperti percutian hujung tahun.

IKLAN
  1. Kenyataan ‘saya’

Untuk mengelakkan ‘blaming game’ – yang mana hanya akan menaikkan kemarahan, gunakan ‘saya’ untuk mendeskripsi masalah itu. Tunjukkan rasa hormat. Contohnya “Saya rasa kecewa awak hanya berlalu ke ruang televisyen tanpa membantu saya memcuci pinggan mangkuk.” Berbeza dengan “Awak selalu mengelak daripada melakukan kerja rumah.”

7. Jangan simpan dendam
Memaafkan adalah kunci utama. Jika anda membiarkan kemarahan dan perasaan negatif menguasi diri, anda pasti terus hidup dalam ‘kegelapan’, terasa diri tidak gembira dan sukar di dekati.

IKLAN
  1. Berjenaka

Menjadi pendengar boleh membantu meredakan amarah. Gunakan humor untuk menghadapi perasaan marah anda dan gunakan sangkaan baik untuk melihat situasi yang akan datang. Elakkan menjadi orang yang sarcastic. Ia hanya memburukkan keadaan.

  1. Skil ketenangan

Bawa bertenang. Praktikkan cara pernafasan yang baik. Anda boleh juga mendengarkan muzik, pilihan muzik perlahan adalah lebih baik. Di samping itu, praktikkan senaman yoga.

  1. Cari bantuan

Anda sendiri perlu tahu bila dan di mana untuk mencari bantuan. Mengawal kemarahan adalah satu cabaran sukar. Sekiranya ia melepasi atas sepatutnya, anda pasti akan tersedar. Tika itu, pilih rakan yang betul dan cari bantuan daripada orang yang sepatutnya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI