
Patutlah adik-beradik selebriti popular Senrose ini cantik. Mewarisi kecantikan ibunda tersayang rupanya! Meskipun sudah meniti usia lewat 50an namun keanggunan Rosmizai Mohd Noor yang juga ratu hati adik-beradik selebriti berkenaan tetap terserlah.
Bersandarkan statusnya sebagai ibu selebriti, Rosmizai tidak terlepas daripada menjadi perhatian khalayak. Apatah lagi, tiga daripada tujuh anak kesayangan aktif dalam industri seni dan bergelar pelakon popular tanah air.
Sedar akan hakikat itu dia bagaimana pun enggan menumpang populariti anak-anak dan menjalani kehidupan tanpa limpahan dunia glamor serta enggan menumpang populariti mereka.
Rosmizai Mohd Noor Ibu Selebriti Datin Nelydia, Uqasha & Raysha

Melihat penampilan dan rupa paras Rosmizai Mohd Noor yang genap meniti usia 57 tahun pada Februari lalu, tidak hairanlah Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose turut dikurniakan raut wajah mempersona.
Walau ketiga-tiga selebriti ini jarang berkongsi kisah ratu hati kesayangan kepada umum namun pendedahan Uqasha mengenai insan hebat berkenaan yang banyak berkorban untuk keluarga dan anak-anak di media sosial miliknya kira-kira dua tahun lalu menarik tumpuan warga maya.
Dedah isteri pelakon Kamal Adli ini, “Tujuan buat video ni bukan nak menunjuk-nunjuk riak mahupun berlagak. Tapi Qasha just nak share how Qasha hargai sangat apa mama buat untuk Sha. Mama Sha single mom, struggle besarkan 7 orang anak cuba sedayanya cari rezeki untuk besarkan kami semua.
Tapi bila dia cari duit sana sini and sha pun tolong mama dan bagi semua apa yang Sha mampu sebagai anak. Tapi bila dia ada lebih je, dia balik Kelantan semata-mata nak surprisedkan Sha dengan hadiah ni.
Mengalir air mata sebab Sha tahu macam-macam cara mama cari rezeki dengan bantuan anak-anak.”
View this post on Instagram

Jasa Rozmizai Mohd Noor Dikenang Uqasha
Tambahnya lagi, “Pukul 2 pagi dia kata nak balik Kelantan, pelik Sha. Rupanya dia dah tempah dan surprisedkan dekat Sha hadiah ni. Sanggup dia drive ditemankan Jazz dan Shima untuk balik surprisedkan Sha yang penat kerja tolong mama.
Thank you so much ma. I love you not because of the emas berlian. But how you always care and love me ma. Hanya ibu kita sahaja boleh terima perangai baik buruk kita. Sayang mama tiada penghujungnya.”

Tiga daripada tujuh anak Rosmizai Mohd Nor ialah Nik Zaris Uqasha Nik Sen atau dikenali sebagai Uqasha Senrose, Nik Zaris Nelydia atau Datin Nelydia Senrose dan Farza Naquraisha atau mesra dikenali sebagai Raysha Rizrose yang juga juara Dewi Remaja 2014/2015.
Rosmizai juga merupakan adik kepada pelakon Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor. Allahyarham ialah ibu kepada aktres Octovia Manrose dan Aprena Manrose.
Miliki kulit bersih macam adik-beradik selebriti ini di sini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!






















