Acara berprestij Kedah Fashion Week (KFW) kembali buat kali ke-5 pada 5 – 7 Ogos 2022. Ia menggabungkan industri fesyen yang pelbagai dan inovatif dari Asia Tenggara merangkumi 12 jenama terkenal, 16 pereka tersohor, 8 pereka revolusi tempatan, 31 runway shows dan rakan-rakan selebriti jemputan.

IKLAN

KEDAH FASHION WEEK Kembali Buat Kali Ke-5, Rai Inspirasi Fesyen Pereka Baru & TernamaKEDAH FASHION WEEK Kembali Buat Kali Ke-5, Rai Inspirasi Fesyen Pereka Baru & TernamaKEDAH FASHION WEEK Kembali Buat Kali Ke-5, Rai Inspirasi Fesyen Pereka Baru & TernamaNatasha Hudson bertindak selaku pengacara majlis sepanjang tiga hari KFW berlangsung. Acara rasmi dimulakan dengan Pereka Fesyen Tempatan Revolusi pada pukul 3 petang, diikuti dengan persembahan tenants’ runway pada pukul 5 petang. Antara jenama yang mempamerkan koleksi terbaharu mereka ialah ICAHFA, QAIRA HIJAB, FANA COUTURE, HLA, PARKSON, NUWAV, TEVA, BIRKENSTOCK, STUDIO, STEVE MADDEN, SWAROVSKI, dan SEMBONIA.

KEDAH FASHION WEEK Kembali Buat Kali Ke-5, Rai Inspirasi Fesyen Pereka Baru & TernamaKEDAH FASHION WEEK Kembali Buat Kali Ke-5, Rai Inspirasi Fesyen Pereka Baru & TernamaKEDAH FASHION WEEK Kembali Buat Kali Ke-5, Rai Inspirasi Fesyen Pereka Baru & TernamaBarisan pereka bertaraaf antarabangsa antaranya Hirankrit Pattaraboriboonkul dari Thailand, dan Edwin Ao dari Filipina, serta pereka terkenal BYTWOO, THALIA, AINAHARIZ, DANIEL ZHARIF, ERIC CHOONG, TAUFIK IDROS, FAIEEEZ OFFICIAL, RL MENSWEAR, DEE ROSLAN, BON ZAINAL, SETH&LUNA, KHUNTUMN, AMAZÉ dan WAN & MARY.

KEDAH FASHION WEEK Kembali Buat Kali Ke-5, Rai Inspirasi Fesyen Pereka Baru & TernamaKEDAH FASHION WEEK Kembali Buat Kali Ke-5, Rai Inspirasi Fesyen Pereka Baru & TernamaTurut serta, pereka-pereka yang sedang meningkat naik iaitu Eugene Chow (Ntrovert), Hooi Ho Mun (Homun Hooi), Jeremy Wong Zi Jin (Jer), Liew Hui Ying (Lhy), Liren (Liren), See Jia Wen (Cappusee), Shawn Wong (SH WN) dan Tan Wan Yee (Thewomanofyee).

IKLAN

KEDAH FASHION WEEK Kembali Buat Kali Ke-5, Rai Inspirasi Fesyen Pereka Baru & TernamaTurut hadir menyerikan majlis ialah Miss Global International 2022, Sandra Lim, penyanyi popular Idayu, dan selebriti Kedah terkenal Rozita Che Wan. Penonton dihiburkan dengan persembahan artis jemputan iaitu Marsha Milan Londoh pada Malam Gala; Khai Bahar untuk Men’s Night, dan Dayang NurFaizah pada Grand Finale.

IKLAN

KEDAH FASHION WEEK Kembali Buat Kali Ke-5, Rai Inspirasi Fesyen Pereka Baru & TernamaTetamu diraja khas, Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda, (Raja Puan Muda Kedah) berangkat ke acara KFW bagi menyaksikan malam penutup. Acara berlabuh dengan penghormatan khas ‘Ikon Fesyen KFW22’ kepada pereka Eric Choong sempena Ulang tahun ke-33 dalam industri fesyen.

KEDAH FASHION WEEK Kembali Buat Kali Ke-5, Rai Inspirasi Fesyen Pereka Baru & TernamaKEDAH FASHION WEEK Kembali Buat Kali Ke-5, Rai Inspirasi Fesyen Pereka Baru & TernamaAntara penaja utama acara ini ialah Golden Screen Cinema (GSC), Sony Pictures Malaysia, BMW Lee Motors, Hotel Star City, Bt Haus Retreat, Visual Art Deco, Akademi Solekan & Kecantikan Clover, Peak Fitness, Himalaya, Medi Beaute, Café Diem, 105°C Coffeehaus, Kafe Moara, Zoomix, Kedai Bunga Barbara, Ecobrown’s dan Sembonia.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI