Nampaknya, bukan kediaman milik Titi Kamal dan suaminya, Christian Sugiono menjadi sorotan dek dekorasi yang moden dan indah, malah kediaman ibu bapa mentua Titi Kamal juga tidak kurang hebatnya.

IKLAN
Kediaman Mentua TITI KAMAL Jadi Sorotan, Dekorasi Ala Resort Ini Punya Pemandangan Menakjubkan!
Titi Kamal dan suaminya, Christian Sugiono di kediaman mewah mereka di Jakarta. Foto: Instagram @titi_kamall

Perkongsian selebriti Indonesia yang popular dalam filem Ada Apa Dengan Cinta ini di laman Instagram miliknya memeprlihatkan keluarganya pulang bercuti di vila milik mentuanya yang terletak di Ubud, Bali.

Kediaman Mentua TITI KAMAL Jadi Sorotan, Dekorasi Ala Resort Ini Punya Pemandangan Menakjubkan!

Melihat persekitaran vila tersebut sememangnya mendamaikan apatah lagi ia dikelilingi kawasan sawah padi yang menghijau. Sekali pandang dari kejauhan, kediaman tersebut persis vila percutian mewah dalam persekitaran hijau yang mendamaikan.

Baca Juga: https://www.nona.my/sukses-terkenal-jom-intip-dekorasi-banglo-mewah-titi-kamal-christian-sugiono-2/

Kediaman Mentua TITI KAMAL Jadi Sorotan, Dekorasi Ala Resort Ini Punya Pemandangan Menakjubkan!
Foto: Instagram @titi_kamall

Untuk rekod, keluarga mentua Titi Kamal baharu sahaja menduduki kediaman tersebut sekitar sambutan Tahun Baru Cina yang lalu. Pasangan ini turut berkongsi kemeriahan keluarga besar Christian Sugiono yang berdarah campuran German, Cina dan Jawa ini meraikan Tahun Baru Cina di kediaman baharu tersebut.

Kediaman Mentua TITI KAMAL Jadi Sorotan, Dekorasi Ala Resort Ini Punya Pemandangan Menakjubkan!
Foto: Instagram @titi_kamall

Rumah mentua Titi Kamal merupakan sebuah kediaman berkonsep klasik Amerika ini didominasi rona putih dan hitam serta rona natural sebagai asas dekorasi kediaman. Kediaman dua tingkat ini kelihatan mewah dalam elemen hiasan yang moden dan tidak sarat dengan pelbagai dekorasi.

IKLAN

 

Melihat ruang dalaman kediaman pula, ia mengetengahkan konsep elegan dan open concept yang mencerap cahaya matahari masuk ke dalam kediaman, sekaligus memberikan kesan pencahayaan yang cerah untuk segenap ruang kediaman.

IKLAN
Kediaman Mentua TITI KAMAL Jadi Sorotan, Dekorasi Ala Resort Ini Punya Pemandangan Menakjubkan!
Foto: Instagram @titi_kamall

Salah satu ruang yang turut menarik perhatian termasuklah ruang dapur dan ruang makan yang bersatu dalam elemen hiasan yang terbuka dan luas saujana mata memandang. Pemilihan meja makan kayu dengan elemen hiasan moden melengkapkan dekorasi di ruang makan yang terletak bersebelahan ruang tamu utama yang mengetengahkan konsep dekorasi minimalis moden.

Kediaman Mentua TITI KAMAL Jadi Sorotan, Dekorasi Ala Resort Ini Punya Pemandangan Menakjubkan!
Foto: Instagram @titi_kamall
Kediaman Mentua TITI KAMAL Jadi Sorotan, Dekorasi Ala Resort Ini Punya Pemandangan Menakjubkan!
Foto: Instagram @titi_kamall

Sekali pandang, kediaman mentua Titi Kamal  sememangnya nampak amat berbeza dari kediaman biasa di Bali.  Kediaman berkonsepkan vila Amerika klasik ini kelihatan begitu menawan dan sesuai sebagai resort home untuk menenangkan fikiran, apatah lagi dengan pemandangan kawasan padi menghijau yang menakjubkan! Tidak salah jika dikategorikan kediaman ini bak kediaman idaman dalam filem Hollywood!

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI