Kekal Anggun Mempesona, YAM Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-50!

Tak jemu mata memandang Yang Amat Mulia Tunku (YAM) Dato’ Seri Mimi Wahida Binti Raja Abdullah Wahman. Walaupun jarang sekali melihat kelibatnya namun apabila sesekali muncul mata bagaikan tertawan dengan kejelitaan dan personaliti miliknya. Cukup elegan dan penuh dengan kelembutan serta sering menarik perhatian ramai.

Foto: Instagram @hafiztaharim

Pasti ramai yang masih ingat seraut wajah cantik ini pernah menghiasi kaca televisyen tempatan suatu ketika dahulu. YAM Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida pernah bertugas sebagai pembaca berita di salah sebuah stesen televisyen swasta. Sejak daripada awal pembabitannya dalam dunia penyiaran sudah buat ramai tertawan.

Foto: Instagram @hafiztaharim

YAM Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida telah diputerikan pada 14 Jun 1971 dan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-50 baru-baru ini. Meniti usia 50 tahun, baginda kekal anggun mempesona dan memiliki aura tersendiri. YAM Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida merupakan puteri

kepada YM Raja Abdullah Wahman Bin Raja Sulaiman dan YM Tunku Azimi Binti Tunku Muhammad Yusuf.
Foto: Instagram @hafiztaharim
Foto: Koleksi Peribadi Che Puan Sarimah Ibrahim

YAM Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida telah bertemu jodoh dengan Yang Amat Mulia Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan Tunku Nadzaruddin Ibni Almarhum Tuanku Jaafar dan telah menyaksikan sebuah majlis perkahwinan diraja berlangsung di Istana Negara pada 6 November 1997.

Foto: Instagram @hafiztaharim
Yang Mulia Tunku Ines Najihah Raden binti Tunku Nadzaruddin. Foto: Instagram @hafiztaharim

Pasangan diraja ini dikurniakan dua orang putera dan seorang puteri iaitu Yang Mulia Tunku Muhammad Hazim Shah Raden bin Tunku Nadzaruddin, Yang Mulia Tunku Muhammad Mish’al Raden bin Tunku Nadzaruddin dan Yang Mulia Tunku Ines Najihah Raden binti Tunku Nadzaruddin.

Foto: Instagram @hafiztaharim
IKLAN
Share