Tak jemu mata memandang Yang Amat Mulia Tunku (YAM) Dato’ Seri Mimi Wahida Binti Raja Abdullah Wahman. Walaupun jarang sekali melihat kelibatnya namun apabila sesekali muncul mata bagaikan tertawan dengan kejelitaan dan personaliti miliknya. Cukup elegan dan penuh dengan kelembutan serta sering menarik perhatian ramai.

IKLAN
Kekal Anggun Mempesona, YAM Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-50!
Foto: Instagram @hafiztaharim

Pasti ramai yang masih ingat seraut wajah cantik ini pernah menghiasi kaca televisyen tempatan suatu ketika dahulu. YAM Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida pernah bertugas sebagai pembaca berita di salah sebuah stesen televisyen swasta. Sejak daripada awal pembabitannya dalam dunia penyiaran sudah buat ramai tertawan.

Kekal Anggun Mempesona, YAM Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-50!
Foto: Instagram @hafiztaharim

YAM Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida telah diputerikan pada 14 Jun 1971 dan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-50 baru-baru ini. Meniti usia 50 tahun, baginda kekal anggun mempesona dan memiliki aura tersendiri. YAM Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida merupakan puteri kepada YM Raja Abdullah Wahman Bin Raja Sulaiman dan YM Tunku Azimi Binti Tunku Muhammad Yusuf.

IKLAN
Kekal Anggun Mempesona, YAM Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-50!
Foto: Instagram @hafiztaharim
Kekal Anggun Mempesona, YAM Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-50!
Foto: Koleksi Peribadi Che Puan Sarimah Ibrahim

YAM Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida telah bertemu jodoh dengan Yang Amat Mulia Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan Tunku Nadzaruddin Ibni Almarhum Tuanku Jaafar dan telah menyaksikan sebuah majlis perkahwinan diraja berlangsung di Istana Negara pada 6 November 1997.

IKLAN
Kekal Anggun Mempesona, YAM Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-50!
Foto: Instagram @hafiztaharim
Kekal Anggun Mempesona, YAM Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-50!
Yang Mulia Tunku Ines Najihah Raden binti Tunku Nadzaruddin. Foto: Instagram @hafiztaharim

Pasangan diraja ini dikurniakan dua orang putera dan seorang puteri iaitu Yang Mulia Tunku Muhammad Hazim Shah Raden bin Tunku Nadzaruddin, Yang Mulia Tunku Muhammad Mish’al Raden bin Tunku Nadzaruddin dan Yang Mulia Tunku Ines Najihah Raden binti Tunku Nadzaruddin.

Kekal Anggun Mempesona, YAM Tunku Dato’ Seri Mimi Wahida Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-50!
Foto: Instagram @hafiztaharim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI