Kekal CANTIK Di Usia 46 Tahun, Foto Terkini DATIN SERI CAMELIA Curi Tumpuan

Langsung tak berubah! Itu yang dapat diluahkan saat menatap gambar terkini Datin Seri Dayang Nur Camelia Abang Khalid. Kecantikan milik penyanyi yang popular dengan lagu Rindu Padanya ini benar-benar terserlah walau sudah meniti usia 40an.

Foto: Instagram @shahrezza61

Ramai yang sudah mengetahui Datin Seri Camelia telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dan mempunyai seorang anak perempuan, Aisha Asmara Khan. Penyanyi cantik ini mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia hiburan dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap keluarga tercinta.

Foto: Instagram @shahrezza61

Namun begitu, Datin Seri Camelia sering dilihat dalam pelbagai acara sosial dan wajahnya kerap dirakam dan dimuatnaik di laman media sosial milik rakan-rakannya yang terdiri daripada socialite tanah air.

Foto: Instagram @itstomabangsaufi
Foto: Instagram @tomabangsaufi

Wanita cantik kelahiran Kuching, Sarawak ini sebelum ini sempat menghasilkan 5 album, Camelia, Memori, Mimpi, Untukmu dan Mysticam. Tahun 2007 merupakan tahun terakhir Datin Seri Camelia mengeluarkan album. Pasti ramai yang merindui alunan lembut suara penyanyi yang pernah bergelar duta produk antarabangsa seperti L’Oreal, Tag Heuer, Omega dan Pantene ini.

Foto: Instagram @khirkhalid

Tidak bersandar kepada wajah semata-mata, Penyanyi lagu Puteri Santubong ini membuktikan bakat yang mengalir dalam tubuhnya apabila dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) di Anugerah Industri Muzik (AIM) 1998.

Foto: Instagram @itstomabangsaufi

Bukan sahaja berbakat sebagai penyanyi, wanita yang dilahirkan pada 20 Jun 1974 ini juga berbakat dalam bidang pengacaraan dan pernah menjadi hos program dekorasi, Casa Impian menerusi Astro Ria.

Foto: Instagram @mrstailista

Datin Seri Camelia juga pernah mencatat sejarah apabila menjadi satu-satunya artis Malaysia yang diterbangkan ke Hong Kong untuk menyaksikan pembukaan butik Louis Vuitton (LV) di Canton Road Maison.

Kata orang kalau nak awet muda, muka kena selalu lembap. Solusi kulit lembap ada di sini

Sumber: MStar

IKLAN
Share