Langsung tak berubah! Itu yang dapat diluahkan saat menatap gambar terkini Datin Seri Dayang Nur Camelia Abang Khalid. Kecantikan milik penyanyi yang popular dengan lagu Rindu Padanya ini benar-benar terserlah walau sudah meniti usia 40an.
IKLAN
Foto: Instagram @shahrezza61
Ramai yang sudah mengetahui Datin Seri Camelia telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dan mempunyai seorang anak perempuan, Aisha Asmara Khan. Penyanyi cantik ini mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia hiburan dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap keluarga tercinta.
Foto: Instagram @shahrezza61
Namun begitu, Datin Seri Camelia sering dilihat dalam pelbagai acara sosial dan wajahnya kerap dirakam dan dimuatnaik di laman media sosial milik rakan-rakannya yang terdiri daripada socialite tanah air.
Wanita cantik kelahiran Kuching, Sarawak ini sebelum ini sempat menghasilkan 5 album, Camelia, Memori, Mimpi, Untukmu dan Mysticam. Tahun 2007 merupakan tahun terakhir Datin Seri Camelia mengeluarkan album. Pasti ramai yang merindui alunan lembut suara penyanyi yang pernah bergelar duta produk antarabangsa seperti L’Oreal, Tag Heuer, Omega dan Pantene ini.
Foto: Instagram @khirkhalid
Tidak bersandar kepada wajah semata-mata, Penyanyi lagu Puteri Santubong ini membuktikan bakat yang mengalir dalam tubuhnya apabila dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) di Anugerah Industri Muzik (AIM) 1998.
IKLAN
Foto: Instagram @itstomabangsaufi
Bukan sahaja berbakat sebagai penyanyi, wanita yang dilahirkan pada 20 Jun 1974 ini juga berbakat dalam bidang pengacaraan dan pernah menjadi hos program dekorasi, Casa Impian menerusi Astro Ria.
Foto: Instagram @mrstailista
Datin Seri Camelia juga pernah mencatat sejarah apabila menjadi satu-satunya artis Malaysia yang diterbangkan ke Hong Kong untuk menyaksikan pembukaan butik Louis Vuitton (LV) di Canton Road Maison.
IKLAN
Kata orang kalau nak awet muda, muka kena selalu lembap. Solusi kulit lembap ada di sini
Tiada yang lebih istimewa daripada doa dan ingatan seseorang. Begitulah istimewanya Fyza Kadir di mata ramai orang, apabila si jelita ini dihujani jambangan bunga, kek dan hadiah eksklusif sempena hari jadi ke-35 yang lepas.
Gelaran Barbie Doll Malaysia cukup sinonim dengan wanita jelita ini. Wajahnya yang cantik menyempurnakan ketinggian dan bentuk badan Fyza yang langsing. Seperti tiada cacat cela, sosialit dan selebriti media sosial itu juga bijak berfesyen serta digemari jenama rumah fesyen antarabangsa.
Jika dulu kelibat Fyza kerap menghiasi front row pertunjukan fesyen, kini Fyza dilihat lebih banyak menyempurnakan kempen fesyen dan kecantikan secara online. Antara yang terbaharu sepanjang pandemik ini adalah bersama Dior, Cle de Peau Beaute, Gucci Beauty, Fendi dan banyak lagi.
Tanggal 30 Julai lepas, genaplah usia Fyza mencecah 35 tahun. Berbeza daripada tahun-tahun sebelum dimana ia lazimnya diraikan bersama rakan-rakan, kali ini dia pasrah menyambut hari jadi secara sederhana di rumah akibat PKP.
“Tahun lepas dapat juga celebrate di Hotel Four Seasons. Kiranya cover untuk dua tahun sekalilah, memandangkan tahun ni cuma feeling-feeling ‘celebrating for the gram’ jer, LOL!” Fyza Kadir
Masih dengan kelembutan dan kemesraan yang sama, Fyza yang berdarah kacukan Melayu-Malbari itu tetap membuatkan sesiapa pun senang dengannya.
“I just want to be happy always. Bukan mahu banyak, cukup bersyukur dengan segala kurniaan-Nya pada saya selama ni. Saya gembira dengan kasih sayang dan perhatian daripada orang-orang di sekeliling saya.
I am grateful for everyone for making my birthday special” Fyza Kadir
Bukan sebiji dua kek artisan yang diterima, bukan jua sejambak dua bunga-bungaan segar yang dihantar ke kediaman Fyza. Antara yang menjadi perhatian tentulah surprise dari jenama Dior, LV serta beberapa bingkisan eksklusif kiriman kenalan rapat.
Satu hadiah paling bermakna yang diterima tahun ini, soal saya sambil menduga jawapan yang bakal keluar dari bibirnya…
“Hadiah dari bff saya, Burberry bear sebab saya kumpul koleksi bear tu. Terharu sebab dia sanggup beli mahal-mahal sebagai hadiah hari jadi saya.
Walaupun kami berbeza usia 10 tahun jaraknya, tapi dia saya anggap macam kakak sendiri.
Hadiah hari jadi paling bermakna buat Fyza tahun ini
Koleksi Burberry Thomas Bear yang comel dan boleh dijadikan charm atau pemegang kunci
Saya memang suka koleksi Thomas Bear dari Burberry ni. Comel sangat, ada baju! Sekarang ada lebih kurang 6 Thomas Bear dalam simpanan.” Fyza Kadir
Alhamdulillah, bertuahnya. Semoga wanita Johor yang pernah menghiasi bidang lakonan dan peragaan tanah air ini beroleh kesihatan serta kebahagiaan yang berpanjangan. Happy belated birthday Fyza Kadir!
Siti Murni Abdul Aziz, seorang wanita bercita-cita tinggi dan kreatif. Nekad meninggalkan kerjaya pembaca berita TV di RTM, penghijrahan Siti Murni ke dunia perniagaan nyata membuahkan hasil. Dari sekadar penghasilan tudung, kini jenama Siti Murni memiliki pelbagai rangkaian produk muslimah sepanjang hampir 12 tahun bertapak di pasaran.
Mendekati kisah kejayaan usahawan wanita ini, Siti Murni yang merupakan Pengarah Urusan Empayar Siti Murni melahirkan rasa syukur kerana perniagaannya masih mendapat permintaan pelanggan.
“Kalau dulu kita ada tudung Siti Murni untuk bebas alergik kerongsang, sekarang kita tampilkan pula telekung Siti Murni yang menjadi viral di Malaysia dan Singapura.
Ada juga tambahan produk baharu Siti Murni seperti SM inner, SM sock dan pakaian. Kita lihat produk yang dihasilkan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberi manfaat kepada wanita di luar sana,” ujarnya.
Dalam pada itu demi memenuhi cita rasa pelanggan, Siti Murni juga mengambil pendekatan berani dengan mengeluarkan satu lagi koleksi hijabnya iaitu tudung bawal.
Mengulas pembabitannya dalam bidang keusahawanan, Siti Murni dalam temu bual bersama Nona bersyukur kerana berjaya mengharungi pelbagai ujian.
“Kalau sebut cabaran, mana-mana bisnes pun ada cabaran yang perlu dilalui sebagai usahawan. Kalau di Siti Murni cabaran terbesar pada awal perniagaan dulu ialah untuk membina branding Siti Murni itu sendiri.
Alhamdulillah, kita berjaya lalui dan berjaya memperkenalkan jenama Siti Murni di Malaysia dan Singapura.
Kenapa saya beralih dari dunia penyiaran ke dalam dunia bisnes, pendek kata ia ialah hijrah dalam kehidupan saya. Saya nak bantu diri saya waktu itu mungkin waktu itu keadaan saya tak stabil.
Tapi saya lihat dunia perniagaan bukan saja dapat membantu diri saya malah saya dapat bantu orang di sekeliling saya menerusi produk dan jenama Siti Murni sendiri.”
Dedah wanita yang bakal meniti usia 36 tahun pada September depan ini lagi, untuk menjadi usahawan yang berjaya seseorang itu perlu persiapkan diri mereka dengan segala kemungkinan kelak.
“Untuk jadi seorang usahawan yang berjaya perlu ada sikap yang positif dalam kehidupan kita. Buat sampai jadi tak boleh buat touch and go atau bak kata pepatah hangat-hangat tahi ayam. Tak boleh macam tu. Dia panas kejap tiba-tiba sejuk. Dia kena panas sentiasa.
Kalau rasa suam tu kita sendiri yang perlu panaskan diri kita. Sebagai usahawan juga kita perlu butakan mata kita dengan apa jua halangan di depan kita.
Bisukan suara, pekakkan telinga sebab daripada keadaan itu menjadikan kita seorang yang kebal dalam perniagaan. InshaAllah kita boleh lalui sebaik mungkin sebagai usahawan.”
Terdapat kajian mengatakan penyakit kolera lebih cenderung kepada golongan darah O dan mereka yang mempunyai kekurangan nutrisi seperti Vitamin A atau Retinol.
Kolera kini dikenali sebagai endemik seperti mana COVID-19. Ia kebiasaannya berpunca daripada masalah air yang tidak dirawat menjadikannya isu yang kritikal apabila terjadi di daerah yang paling pesat dengan kemajuan dan padat dengan penduduk.
Gambar hiasan. Foto: www.123rf.com
Tempat pembiakan utama bakteria (Vibrio Cholerae) yang mengakibatkan penyakit kolera ialah
1. Air.
2. Makanan mentah yang dimakan terutama daripada sumber laut.
3. Makanan yang tercemar.
4. Najis individu yang didiagnos kolera.
Beberapa tanda gejala awal apabila individu menghidap penyakit kolera ialah perasaan loya, muntah, ragaman perut atau ‘borborygmi’, cirit-birit yang berterusan tanpa sakit.
Sekiranya ia tidak dirawat dengan segera, boleh mengakibatkan dehidrasi, cirit-birit yang berwarnakan seperti air beras dengan bau hanyir, kehilangan elektrolit dalam badan dan kematian.
Menurut dietitian Hospital Pakar KPJ Damansara, Farah Farhanah Binti Hashim, pencegahan penyakit bawaan seperti makanan dan minuman dapat dielakkan sekiranya diet dan pemakanan diamalkan dengan langkah yang betul.
1. Minum air yang telah dirawat atau yang telah dimasak sepenuhnya
Sumber air yang bersih dan sanitasi yang betul dapat mencegah daripada jangkitan kolera terutamanya di kawasan yang mempunyai ramai dengan penduduk. Sekiranya terjadi kejadian di mana sumber air putus, pastikan air yang disimpan dan digunakan untuk minum dirawat dengan cara menapis dan memasak air sehingga mencapai takat suhu mendidih, iaitu 100°C. Elakkan minum terus daripada paip air, minuman yang dijual secara terbuka seperti gerai yang tidak diyakini kebersihan airnya.
2. Elakkan daripada memakan makanan mentah
Makanan mentah seperti makanan laut hendaklah dimasak dengan sempurna bagi mengelakkan jangkitan kolera kerana air merupakan tempat pembiakan yang utama. Makanan laut yang bercengkerang seperti kerang, lala, ketam, siput, tiram dan sebagainya tempat kegemaran bakteria tersebut. Sekiranya anda gemar memasak seperti stimbot, bakar, pastikan makanan tersebut dibasuh dengan bersih.
Sayur-sayuran juga boleh menjadi sumber kepada pembiakan kolera. Pastikan sayur dibersihkan menggunakan air yang mengalir, dan diletakkan juga pencuci sayur atau air garam untuk pembasmian bakteria.
Gambar hiasan. Foto: www.123rf.com
3. Berwaspada membeli makanan dan minuman daripada restoran atau gerai.
Sekiranya anda kerap membeli makanan dan minuman daripada restoran atau gerai, pastikan kebersihan gerai diyakini. Kebersihan gerai boleh didapati daripada premis yang mempamerkan Gred Kebersihan kedai mereka sebagai bukti makanan yang disediakan adalah bersih dan selamat. Logo tambahan seperti logo BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat) pula dipamerkan oleh premis-premis yang mematuhi syarat-syarat penyediaan dan pemprosesan makanan yang bersih, selamat dan yang paling penting sihat, iaitu dengan penyediaan jumlah kalori yang sesuai mengikut keperluan individu.
4. Jauhi tabiat menghisap ais batu selepas makan dan minum tanpa diyakini kebersihannya.
Tabiat menghisap ais batu selepas makan atau minum terutamanya di premis-premis makanan membahayakan kerana ia boleh meningkatkan risiko jangkitan kolera secara tidak sedar.
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda dan gejala seperti di atas dan dibimbangi ianya kolera, dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital yang berhampiran.
Rawatan di hospital lebih menyeluruh merangkumi pengurusan pengembalian cecair dalam badan, resusitasi cecair, pemberian antibiotik, dan juga pemberian nutrisi dan vitamin tambahan kerana sekiranya kelewatan merawat kolera boleh mengakibatkan malnutrisi, terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Gambar hiasan. Foto: www.123rf.com
TIP Extra! Buat Golongan Darah O;
1. Rawatan air berkala
Pastikan rawatan air berkala dilakukan untuk tujuan pembasmian bakteria. Rawatan air boleh dilakukan dengan menggunakan klorin atau iodin, tapisan air, atau secara didihan.
2. Kerapkan mencuci tangan dan menjaga kebersihan kendiri.
Pastikan anda mencuci tangan dengan air bersih dan mengalir setiap kali sebelum atau selepas aktiviti yang melibatkan penggunaan air. Sekiranya anda gemar akan aktiviti yang melibatkan penggunaan air seperti beriadah di air terjun, pantai dan kolam renang, pastikan anda mencuci tangan dengan bersih sebelum dan selepas makan. Jangan lupa mandi dengan air yang bersih selepas usai aktiviti air.