Kekal Cantik Di Usia 55, SALMA HAYEK Bahagia Bersama Suami Yang Kaya-Raya & Dermawan

Salma Hayek memang seorang akres yang versatil. Berilah apa juga watak kepadanya pasti akan meninggalkan kesan kepada penonton malah sudah beberapa memenangi anugerah. Tak sabar nak tengok lakonan wanita hebat ini dalam filem House of Gucci.

Foto: Instagram @salmahayek

Walau bagaimanapun aktres kelahiran Mexico ini rupa-rupanya COVID-19 survivor. Salma Hayek yang baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-55 itu, sebelum mendedahkan tentang perkara tersebut bercadang mahu merahsiakan sahaja perkara tentang perkara ini.

Foto: Instagram @salmahayek

Kuat semangat Salma Hayek berjuang menentang virus yang ada dalam tubuhnya itu. Walaupun belum berapa pulih ketika itu namun pelakon Hollywood ini telah meneruskan komitmen kerjanya dalam filem House of Gucci di samping Lady Gaga.

Foto: Instagram @salmahayek

Salma Hayek juga sangat beruntung kerana mempunyai suami yang kaya-raya dan yang paling penting bersifat dermawan. Suaminya sering berbahagi rezeki kepada mereka yang memerlukan.

Foto: Instagram @salmahayek
Foto: Instagram @salmahayek

Suami Salma Hayek yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kering iaitu sebuah kumpulan jenama mewah berpangkalan di Perancis yang memiliki gedung-gedung fesyen Gucci serta Yves Saint Laurent.

Foto: Instagram @salmahayek

Tetap jelita walau sudah berusia 55 tahun. Salah satu rahsia kecantikan Salma Hayek ialah minyak kelapa. Salma Hayek akan menggunakan minyak kelapa untuk menanggalkan solekannya.

Kemudian dia akan menghangatkan tuala basah di dalam ketuhar gelombang mikro dan seterusnya menyembur air mawar. Tuala tersebut diletakkan di wajahnya dan dibiarkan seketika.

Foto: Instagram @salmahayek
Foto: Instagram @salmahayek

Macam mudah jer, nak cuba juga lah. Mana tahu dah sampai umur macam tu nanti boleh cantik macam Salma Hayek juga.

IKLAN
Share