Kelengkapan Tidur Ini Sangat Membantu Mengatasi Masalah INSOMNIA! Malah, Sudah Terbukti Di Negara Jepun

Pakar kesihatan tidur, Am Life International Sdn Bhd (Malaysia) baru-baru ini menerima Anugerah Kehormat Hari Tidur Sedunia 2017 di Prague, Republik Czech menjadikan Malaysia satu-satunya negara Asia yang menerima anugerah berprestij ini.

Anugerah yang menjadi rebutan ini hanya disampaikan kepada 5 negara – Brazil, Itali, Mexico, Portugal dan Malaysia (Am Life) oleh kongres bersama Persatuan Perubatan Tidur Sedunia (WASM) dan Persekutuan Tidur Sedunia di upacara yang dianjurkan oleh Persatuan Penyelidikan Tidur & Perubatan Tidur Republik Czech. Ia mendapat pengiktirafan kerana usaha berterusannya untuk memberi pendidikan dan kesedaran tentang kesihatan tidur. Pengasasnya Encik Lew Mun Yee sentiasa memberi ceramah di seluruh rantau ini tentang insomnia dan masalah tidur yang semakin meningkat di Asia Pasifik dan seluruh dunia.

Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa kita menghabiskan 1/3 daripada hayat kita dengan tidur. Tidur merupakan keperluan asas manusia dan penting kepada kesihatan dan kesejahteraan kita. Menurut satu kaji selidik serantau, secara purata rakyat Malaysia hanya tidur selamat 6.4 jam, kurang 1.6 jam daripada 8 jam tidur yang disyorkan.

Insomnia sudah menjadi satu gangguan tidur yang biasa dalam masyarakat moden, dicetuskan oleh kesibukan dan tekanan gaya hidup dan penggunaan produk elektronik, yang menyebabkan kekurangan tidur. Tidur yang kurang berkualiti atau kekurangan tidur boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti obesiti, diabetes, kelemahan sistem imun dan menimbulkan masalah psikologi seperti kemurungan, keresahan dan psikosis.

Terdapat hampir 100 gangguan tidur, tetapi kebanyakannya boleh ditangani dan diuruskan dengan bantuan pakar tidur. Memandangkan hanya 1/3 daripada penghidap meminta bantuan profesional, ia berhasrat untuk memberikan lebih banyak pendidikan tentang kesihatan dan penyelesaian tidur dengan menggunakan terapi keupayaan elektrik, yang telah diselidiki dan dibuktikan secara saintifik di Jepun berpuluh-puluh tahun dahulu.

Apabila permintaan global meningkat bagi penjagaan kesihatan berkaitan insomnia dan masalah kesihatan suboptimum pada 2012, ‘sistem tempat tidur penjagaan kesihatan’ yang boleh memberikan penjagaan kesihatan secara sewajarnya dan terapi pemulihan kepada pelanggan apabila mereka tidur atau berehat. Kelengkapan tempat tidur ini pada asasnya ialah tilam termoterapi serat karbon yang disokong oleh ‘bantal kesihatan prestasi tinggi’ dan ‘selimut tenaga titanium’.

Kelengkapan tempat tidur penjagaan kesihatan ini bersifat semula jadi dengan matlamat untuk ‘mencipta kesihatan daripada tidur’ menerusi terapi tanpa ubat-ubatan, suntikan, dan tidak invasif. Ia merangsangkan proses penyembuhan semula jadi badan, memberikan terapi paling asas untuk orang zaman moden menerusi pendekatan ‘penjagaan kesihatan tidur’ dengan menangani akar umbi tabiat hidup kita sehari-hari.

Kini, tilam termoterapi keupayaan elektrik diiktiraf oleh badan-badan pensijilan perubatan Jepun (juga Kementerian Kesihatannya). Pada 2017, tilam rawatan ini diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan Taiwan sebagai peralatan perubatan. Ia merupakan pusat elektroterapi terbesar di Malaysia oleh Buku Rekod Malaysia.  Produknya juga telah lulus beberapa saringan ketat termasuk pensijilan ISO 9001:2008 Pengurusan Kualiti Antarabangsa.

Kementerian Kesihatan Jepun mengiktiraf tilam termoterapi keupayaan elektrik  sebagai alat perubatan yang boleh menangani 8 gejala berikut: Sakit Kepala, Insomnia Teruk, Sakit Bahu/Tengkuk, Sembelit, Tidak Hadam, Tangan & Kaki Sejuk, Sakit Saraf/Otot, Kelesuan Kronik.

Fungsinya berteraskan tenaga keupayaan elektrik & serat karbon termoterapi. Alat terapi keupayaan elektrik meningkatkan ketertelapan membran dan memulihkan pertumbuhan, serta meneutralkan darah berasid kepada beralkali ringan.

Di pasaran, terdapat banyak produk untuk ‘menambah baik tidur’; termasuk tilam, bantal, gebar, ubat, urutan dan sebagainya. Malah, hasil perolehan industri teknologi tidur yang mencecah 11.3 bilion dolar AS pada 2013 telah meningkat kepada 35.2 bilion dolar AS pada 2015, dan diramalkan mencapai 76.7 bilion dolar AS pada 2019.

Orang ramai kini mula memberi perhatian kepada kualiti tidur. Hubung kait kesihatan seseorang dengan tidur yang lena telah sekian lama tersemat dalam fikiran. Pasaran akan terus berkembang dengan momentum yang menggalakkan dan industri ‘pasaran tidur berkualiti’ akan menjadi trend utama pada masa hadapan. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

 

IKLAN
Share