YATIE KAMARZAMAN
Terpegun tengok mahligai indah usahawan cantik ini. Bukan hanya tersusun kemas bahkan dekorasi di segenap ruang dihias penuh teliti dan sarat dengan elemen mewah. Memang tidak ubah seperti hotel bertaraf lima bintang! Pastinya, kediaman Noor Hayati Kamarzaman atau lebih mesra disapa Yatie ini menjadi idaman setiap keluarga.
Aktif berkongsi aktiviti harian dan produk niaga di media sosial, Yatie tidak hanya dikagumi kerana keupayaannya mengurus empayar niaga tetapi juga kerana cita rasa wanita ini dalam menghias kediaman. Daripada perkongsian Yatie di Instagram, rata-rata followers rasa teruja setiap kali anak kepada usahawan ternama Bonda Rozita ini memuat naik foto mahupun video kediaman miliknya.
Daripada rekaan ruang tamu, dapur, bilik tidur, bilik wardrobe
sehinggalah bilik air, semuanya cukup mengagumkan. Malah, Yatie juga selesa menata hias kediaman dengan rona putih bersih yang berkonsepkan klasik kontemporari.Paling mencuri tumpuan ialah ruang dapur kediaman Yatie yang tidak hanya luas dan mewah tetapi juga bersih serta praktikal. Lebih menarik, ia juga terbuka dan menghadap terus ke halaman rumah nan menghijau. Sejuk dan tenang dapat memasak untuk keluarga di ruang dapur serba eksklusif macam dapur Yatie.
Apatah lagi Pengasas The Hijab Co dan The Skin Co serta Pengarah Kreatif Sendayu Tinggi ini memang suka memasak. Bahkan Yatie sering berkongsi resipi masakan dengan hampir sejuta followers.
Selain dapur, rekaan bilik tidur Yatie yang kemas dan minimalis juga menarik tumpuan. Begitu juga bilik air yang cukup mewah dan eksklusif. Keindahan corak marmar, perabot dan hiasan di bilik air Yatie berada dalam kelas tersendiri. Ditambah pula dengan dekorasi pokok hijau dan bunga-bungaan yang menyerlahkan lagi mood tenang.
Bilik wardrobe juga tidak kurang hebatnya. Selain menempatkan pelbagai koleksi beg tangan berjenama mewah dan aksesori, di bilik ini juga dilengkapi dengan ruang mekap yang pasti menjadi dambaan setiap wanita. Dari pemilihan perabot, closet dan kerusi semuanya rona senada putih. Sekaligus menampakkan ruang kelihatan lebih luas.
Rupa-rupanya ada kisah di sebalik pembinaan playhouse tersebut. Kongsi Yatie, “Masa Kak Yatie kecil-kecil, teringinnya lah ada rumah pondok-pondok. Buat lah kat belakang rumah arwah Nek Mok. Tiang buluh, atap daun pisang. Ada tikar bagai. Main seharian kat situlah dengan adik-adik. Sampai nenek bising suruh balik makan, pastu sanggup bawa ke pondok-pondok nak ambil mood.
Sebab tu lah Kak Yatie yang nak sangat ada playhouse kat luar rumah ni. Tapi zaman dah berubah. Anak Kak Yatie suka dalam rumah lagi. Sekarang ni bebulus (kucing) la stay sini kalau malam. Diorang pun tak mau duduk sini siang-siang.”
Yatie merupakan isteri kepada Mohamad Zaidi Aziz dan ibu kepada dua cahaya mata perempuan iaitu Noor Uzma Raisah dan Noor Aleya Baheerah.
Kredit foto: Instagram Yatie Kamarzaman
This website uses cookies.