
Selepas bersara dari arena sukan boling dan menjadi Ketua Sekretariat Majlis Sukan Negara, Datuk Shalin Zulkifli membuat keputusan ‘cuti’ seketika daripada kerjaya demi mengejar impian untuk melanjutkan pengajian.
Tiada istilah terlambat dalam menimba ilmu dan peluang yang diberikan kepada bekas ratu tenpin boling ini dimanfaatkan sepenuhnya Datuk Shalin meskipun terpaksa berjauhan daripada keluarga.
Datuk Shalin Zulkifli Sambung Belajar

Sejak awal September 2025, isteri Azidi Ameran ini sudah pun berada di Seoul, Korea Selatan untuk mengikuti Dream Together Master 2025. Ia adalah satu Program Siswazah Pengurusan Sukan Global yang bertempat di Seoul National University.
Berkongsi perkembangan tersebut di media sosial, Datuk Shalin Zulkifli atau nama penuhnya Datuk Shalin Nazirah Zulkifli meluahkan rasa syukur dengan rezeki berkenaan.
“Bismillah. Here I am, starting over and taking a career break to pursue more knowledge so that I can be better. Alhamdulillah.
Thank you Allah for the opportunity. There must be a reason you’ve set me on this path, and I trust you’re plans for me.
Thank you to my hubby for your endless support, my daughter, family and friends.”
View this post on Instagram

Difahamkan program siswazah biasiswa penuh ini dibiayai oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea (MCST) dan Yayasan Promosi Sukan Korea (KSPO) bertujuan menyatukan kerjasama sukan antarabangsa melalui rangkaian global serta penyediaan yang mendalam berkaitan bidang pengurusan sukan.
Selain berfungsi sebagai cara persediaan untuk jawatan kepimpinan dalam bidang sukan.
Pengajian ini akan mengambil masa 17 bulan dan diikuti enam bulan khusus untuk kerja tesis. Kerjasama Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan dan Seoul National University ini sudah terjalin sejak 2015.
Pencapaian Datuk Shalin Zulkifli

Meskipun Datuk Shalin sudah bersara dari arena sukan tenpin boling pada 2021 namun namanya segar dalam sejarah negara dan peminat sukan tanah air.
Sepanjang hampir tiga dekad bergelar atlet, dia berjaya merangkul lima kali kejuaraan dunia, empat kali juara Sukan Asia, tiga kali juara Asia dan 20 kali juara Sukan SEA.
Atas pencapaian membanggakan tersebut, Datuk Shalin Zulkifli dikurniakan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2023.
Datuk Shalin mendirikan rumah tangga bersama bekas pemain tenpin boling iaitu Azidi Ameran pada tahun 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Aleya Azidi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!





